Adakah Mungkin Untuk Mendapat Semula Kanser Selepas Pembedahan?
Oleh kerana tisu payudara sangatlah sukar untuk dibuang sepenuhnya, mastektomi profilaktik bukanlah jaminan penyembuhan kanser. Tisu payudara melebar ke tulang selangka (collarbone) dan ke dalam bahagian ketiak, dan adalah mustahil untuk membuang setiap satu dari sel tersebut. Malangnya, hanya satu sel diperlukan bagi tumbesaran kanser payudara.
Apakah Lagi Ubatan Pencegahan yang Boleh Diambilkira oleh Wanita?
Diuji positif untuk mutasi genetik juga bermakna anda menghadapi risiko tinggi untuk kanser ovari. Sekiranya ini adalah kesnya, anda mungkin perlu memperhitung pebedahan pengeluaran ovari juga. Dua ubatan, tamoxifane dan raloxifane, telah diperakui FDA sebagai rawatan pencegahan kanser payudara. Ubatan ini, bagaimanapun, hanya akan menghalang kanser payudara positif-estrogen. Mereka turut mempunyai kesan sampingan yang sukar.
Apakah Satu Langkah Pencegahan Terbaik yang Boleh Diambil untuk Kanser Payudara?
Tidak ada jalan untuk mengetahui dengan jelas pada siapa kanser payudara akan terbentuk dan pada siapa ianya tidak akan terbentuk. Menjalani gaya hidup yang sihat ialah satu langkah pencegahan terbaik yang kita ketahui. Makan makanan berkualiti, bersenam, menghadkan pengambilan alkohol, tidak merokok, dan menjauhkan diri dari bahan kimia seboleh mungkin, ialah semua langkah positif yang boleh disenaraikan. Walaupun ia tidak menjamin kanser dapat dihalang, pengambilan langkah ini dapat meningkatkan taraf kesihatan anda secara keseluruhan dan membantu anda kekal kuat seandainya datang serangan dari kanser.
Membuat pilihan bagi menjalani mastektomi profilaktik bukanlah satu pilihan yang mudah. Mastektomi ialah prosedur pembedahan dengan risiko yang besar. Ianya boleh memberi impak pada kehidupan anda dan cara anda melihat diri anda sendiri.
Mastektomi profilaktik adalah kekal, prosedur yang tidak dapat diperbalikkan. Pastikan anda berbincang tentang maklumatnya bersama doktor, keluarga, dan mereka yang tersayang sebelum membuat pilihan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen