backup og meta

Kenali 4 Jenis Ubat Bius, Ada Perbezaan Yang Perlu Sesuai Prosedur Pembedahan!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 08/08/2023

    Kenali 4 Jenis Ubat Bius, Ada Perbezaan Yang Perlu Sesuai Prosedur Pembedahan!

    Pelbagai prosedur perubatan memerlukan penggunaan ubat bius anestesia. Ia memang sangat diperlukan untuk melegakan kesakitan pesakit dalam proses tersebut.

    Tetapi dengan prosedur yang berbeza, ubat yang berbeza mungkin akan diperlukan. Jadi, anda patut belajar tentang jenis anestesia yang diperlukan.

    Terdapat empat jenis yang utama. Jenis yang digunakan bergantung kepada prosedur yang akan anda jalani, keadaan kesihatan dan pilihan kalian.

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang kesihatan, anda boleh klik di sini.

    ubat bius anestesia

    Bius setempat

    Anestesia setempat (Local Anesthesia) adalah ubat yang disuntik berhampiran kawasan yang memerlukan rawatan.

    Ia mengurangkan kesakitan, walaupun deria rasa juga berkurangan.

    Ia biasanya dilakukan oleh doktor atau jururawat profesional. Selepas prosedur ini, anda tidak akan merasa sakit.

    Walau bagaimanapun, anda mungkin masih merasakan sentuhan tekanan. Anda boleh meminta doktor untuk memberikan ubat penenang untuk mengurangkan keresahan sewaktu proses tersebut.

    Bius sebahagian

    Prosedur ini (Regional Anesthesia) digunakan apabila pesakit memerlukan ubat bius pada bahagian yang besar atau bahagian dengan terlalu banyak saraf.

    Contohnya dalam pembedahan tangan. Ia memerlukan ubat bius dari ketiak untuk melumpuhkan seluruh saraf daripada ketiak ke telapak tangan.

    Anestesia neuroksial

    Apabila menggunakan prosedur ini, doktor akan menyuntik ubat bius ke akar saraf tulang belakang. Ia menyebabkan lumpuh bahagian yang lebih besar daripada ubat bius anestesia sebahagian.

    Bius epidural contohnya digunakan sewaktu bersalin atau untuk pembedahan besar di bahagian perut.

    Bius spinal juga digunakan untuk prosedur melibatkan otot abdomen dan bahagian bawah seperti peha dan lutut.

    Anda boleh membuat pilihan anda sendiri mengenai jenis neuroksial yang anda mahukan bergantung pada prosedur yang akan anda hadapi.

    Dengan kedua-dua jenis bius ini, anda hanya akan tidur dan tidak ingat apa-apa.

    Anestesia am

    ubat bius anestesia

    Doktor atau jururawat akan menyuntik campuran ubat secara intravena untuk membuat anda tidak sedarkan diri dan tidak lagi merasa sakit. Doktor juga boleh mengesyorkan ubat pelalian otot semasa pembedahan.

    Prosedur ini biasanya dikaitkan dengan beberapa kesan sampingan seperti mual dan sakit kepala. Walau bagaimanapun, simptom ini boleh dikurangkan.

    Kempat-empat prosedur ini adalah kaedah utama bius untuk rawatan pembedahan yang biasa digunakan doktor di masa kini.

    Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan tentang jenis, risiko atau berapa lama kesan bius hilang, anda perlu menghubungi doktor anda untuk maklumat lanjut.

    Sentiasa berhati-hati sebelum mengambil sebarang ubat bius anestesia tanpa bantuan daripada kakitangan perubatan profesional.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 08/08/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan