Ubat-ubatan 2: Perencat aktiviti enzim penukar angiotensin (ACE inhibitors – ACEi)
Ubatan ini menghalang pembentukan hormon angiotensin – yang menyempitkan pembuluh darah. Ini menyebabkan pembuluh darah melebar, menurunkan tekanan darah dan meningkatkan output jantung. Ubat-ubatan yang ada termasuk benazepril, captopril, enalapril, fosinopril, lisinopril, moexipril, perindopril, quinapril, ramipril, dan trandolapril. Ubat-ubatan ini memberi manfaat kepada pesakit diabetes, jantung atau pesakit kronik buah pinggang.
Ubat-ubatan 3: Perencat reseptor angiotensin II (Angiotensin II receptor blockers – ARB)
Ubatan ini menyekat tindakan hormon angiotensin – sejenis bahan kimia yang menyempitkan pembuluh darah. Oleh itu, serupa dengan ACEi, mereka dapat membantu meluaskan saluran darah, menurunkan tekanan darah dan meningkatkan output jantung. ARB yang ada termasuklah azilsartan, candesartan, irbesartan, losartan, olmesartan, telmisartan, dan valsartan. Ubat-ubatan ini sangat penting bagi orang-orang yang mempunyai penyakit buah pinggang kronik.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen