backup og meta

Kesan Tekanan Darah Tinggi Terhadap Kesihatan - Sampai Boleh Jejaskan Seks?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Shahrul Izwan Naser · Disemak pada 03/01/2023

    Kesan Tekanan Darah Tinggi Terhadap Kesihatan - Sampai Boleh Jejaskan Seks?

    Ramai yang tahu bahawa tekanan darah tinggi boleh memberi kesan kepada kesihatan tubuh badan kita terutamanya jantung. Pun begitu, mungkin ramai yang belum tahu bahawa ia juga boleh beri kesan kepada kesihatan seksual.

    Jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk mengetahui mengenainya dengan lebih mendalam lagi!

    Kesan tekanan darah tinggi terhadap kesihatan seksual

    Salur darah yang rosak akibat daripada tekanan darah tinggi (HBP atau hipertensi) akan mengurangkan aliran darah ke seluruh tubuh anda.

    Pengurangan aliran darah ke pinggul sudah tentu akan menjejaskan aktiviti seks lelaki dan wanita. Berikut merupakan kesan yang mungkin akan berlaku:

    • Ereksi yang tidak berfungsi – Bagi lelaki, kesan tekanan darah tinggi pada fungsi seksual lelaki lebih jelas berbanding wanita. Ereksi yang tidak berfungsi terjadi apabila aliran darah tidak mencukupi untuk ereksi zakar.
    • Kehilangan keinginan seks – Tekanan darah tinggi akan mengurangkan keinginan untuk melakukan aktiviti seks bagi wanita.

    kegelisahan jejaskan hubungan seks

    Dalam erti kata yang lain, ia memang berbahaya buat individu tidak kira lelaki atau wanita. Namun, kami lebih tertarik akan kesan tekanan darah tinggi pada lelaki kerana kesannya yang lebih serius.

    Ia sebenarnya jauh lebih berbahaya buat kaum lelaki

    Sesetengah orang bimbang bahawa mereka akan mendapat serangan jantung semasa bersetubuh. Amat bernasib baik kerana risiko itu sangat kecil.

    Walaupun seks menaikkan tekanan darah anda, namun aktiviti tersebut sama seperti berjalan kaki atau menaiki tangga. Walau bagaimanapun, anda harus mendapatkan rawatan tentang masalah ereksi anda.

    Sekiranya anda mempunyai kedua-dua tekanan darah tinggi dan ereksi yang tidak berfungsi (ED), anda perlu berjumpa doktor anda untuk mencari penyelesaian.

    Anda boleh membincangkan tentang kehidupan seks anda dengan doktor, tetapi yakinlah, bahawa doktor anda telah mendengarnya sebelum ini dan tahu bagaimana untuk membantu anda.

    Satu kajian dalam Journal of the American Geriatrics Society mendapati bahawa 49% lelaki berusia lebih 40 tahun menghadapi darah tinggi akan mempunyai ED.

    ereksi waktu pagi

    Di samping itu, fungsi ereksi juga mempunyai kaitan dengan penyakit vaskular, kesan sampingan ubat, dan kadang-kadang mungkin berkaitan dengan depresi atau tekanan.

    Tekanan darah tinggi akan menghalang arteri mengalirkan darah ke dalam zakar. Ia juga akan menyebabkan otot lembut dalam zakar kehilangan daya mengendur.

    Oleh sebab itu, aliran darah ke dalam zakar akan tidak mencukupi untuk menjadikannya tegak.

    Di samping itu, lelaki yang mempunyai tekanan darah tinggi juga mempunyai tahap testosteron yang rendah. Testosteron adalah hormon utama bagi lelaki yang memainkan peranan besar dalam rangsangan seksual.

    Akhir sekali, anda boleh mengawal tekanan darah dan kesihatan seksual anda dengan mengamalkan gaya hidup sihat serta bekerja dan tentu saja, anda mesti mematuhi nasihat doktor anda.

    Baca juga:

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Shahrul Izwan Naser · Disemak pada 03/01/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan