backup og meta

Latihan Senaman bagi Tekanan Darah Tinggi

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh JX Chan · Disemak pada 15/11/2019

    Latihan Senaman bagi Tekanan Darah Tinggi

    Aktiviti fizikal berpotensi mengurangkan tekanan darah, terutama jika anda memang tidak aktif sehingga sekarang. Aktiviti fizikal juga membantu anda menurunkan berat badan anda. Namun menjadi aktif masih akan menurunkan tekanan darah anda walaupun tidak menurunkan berat badan.

    Senaman aerobik yang kerap boleh membantu menurunkan tekanan darah tinggi. Latihan-latihan aerobik termasuklah aktiviti yang meningkatkan kadar jantung anda, seperti berjalan kaki, berbasikal, menari, berenang, dan berjoging.

  • Orang yang tidak bersenam lebih cenderung untuk mendapat tekanan darah tinggi daripada orang yang melakukan senaman.
  • Menjalankan senaman sederhana sekurang-kurangnya 2½ jam seminggu boleh membantu menurunkan tekanan darah. Salah satu cara untuk melakukan sebegini ialah aktif 30 minit sehari, sekurang-kurangnya 5 hari seminggu. Adalah diterima untuk aktif dalam blok 10 minit atau lebih sepanjang hari dan minggu anda.
  • Aktiviti fizikal juga membantu menurunkan berat badan dan telah terbukti dapat mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • Aktiviti fizikal yang tetap juga menurunkan risiko diabetes anda. Ini penting, kerana diabetes meningkatkan risiko komplikasi akibat daripada tekanan darah tinggi.
  • Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh JX Chan · Disemak pada 15/11/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan