backup og meta

Mengapa Mengetahui Tekanan Darah Sangat Penting?

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 15/11/2019

    Mengapa Mengetahui Tekanan Darah Sangat Penting?

    Tekanan darah ialah salah satu daripada petanda utama kepada kesihatan seseorang. Seorang doktor akan mendapatkan 4 tanda yang disebut sebagai tanda vital (vital signs) setiap kali menjalankan pemeriksaan kepada pesakit. Tanda-tanda tersebut ialah:

    • Tekanan darah.
    • Nadi.
    • Suhu badan.
    • Kadar pernafasan.

    Bacaan tidak normal pada tanda-tanda ini mungkin menunjukkan masalah yang berlaku pada individu terbabit.

    Tekanan darah tinggi (hipertensi) menjejaskan banyak organ

    Tekanan darah membantu darah mengalir dalam sistem peredaran darah. Jika terganggu, aliran darah juga akan terkesan dan ia boleh menjejaskan pelbagai organ terutamanya jantung, otak, dan buah pinggang yang menerima bekalan darah yang tinggi.

    Tekanan darah tinggi mungkin tidak menyebabkan kematian secara langsung tetapi ia membawa kepada keadaan kesihatan lain yang serius seperti penyakit jantung iskemik (sebab kematian nombor satu di Malaysia!), strok (nombor 3!), dan penyakit buah pinggang kronik.

    Tiada simptom khusus

    Hipertensi malangnya tidak mempunyai simptom yang khusus meskipun membawa risiko yang besar. Kebiasaannya, simptom pertama yang berlaku ialah komplikasi kepada penyakit seperti serangan jantung dan strok. Pada waktu itu, tahap penyakit sudah semakin lanjut dan peluang untuk pulih semakin berkurang.

    Oleh sebab itu, hipertensi perlu dikenal pasti sebelum berlaku sebarang simptom.

    Bagaimana ingin melakukan sedemikian? Jalani pemeriksaan tekanan darah secara berkala sejak muda. Jangan menyangka penyakit ini haanya menyerang orang berumur. Anda boleh dapatkan pengukur tekanan darah elektronik untuk digunakan di rumah. Jika bacaan anda melebihi normal (120/80), dapatkan pemeriksaan dari doktor.

    Bagi mereka yang mempunyai bacaan normal, pemeriksaan harus dilakukan sekurang-kurangnya sekali dalam 5 tahun. Apabila semakin berumur, kekerapan perlu ditambah. Jika bacaan tidak normal, pemeriksaan lebih kerap diperlukan dan ubat-ubatan mungkin harus diambil.

    Ketahui tekanan darah anda, cegah sebelum terlambat

    Pencegahan ialah langkah terbaik dalam menangani keadaan kesihatan ini. Jangan pandang remeh terhadap bacaan tekanan darah anda. Ia boleh dicegah melalui gaya hidup dan pemakanan sihat serta pemeriksaan tekanan darah secara berkala.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 15/11/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan