Adakah Tekanan Darah Tinggi Menyebabkan Sakit Kepala?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Adalah mudah dibayangkan bahawa tekanan darah tinggi mungkin turut mengakibatkan sakit kepala. Anda mungkin terfikir,

“Jantung ini berdegup dengan terlalu laju. Darah ditekan ke dinding salurannya. Mungkin tengkorak di bahagian kepala ini turut ditekan. Rasanya?”

Jawapannya ialah, tidak semestinya berlaku begitu. Selogik manapun kelihatannya konklusi itu, para pengkaji hanya menjumpai bukti bagi kejadian ini terlalu sedikit, hanya pada keadaan berkecuali.

Teruskan membaca untuk merungkan kebenaran mengenai kaitan antara sakit kepala dan tekanan darah.

Gambaran menyeluruh

Orang mula menyangkakan bahawa sakit kepala merupakan tanda tekanan darah tinggi bermula seabad yang lalu. Namun, pengkaji hari ini belum lagi menjumpai perkaitan antara sakit kepala yang muncul dan tekanan darah tinggi. Sebaliknya, banyak doktor masa kini berterusan mempercayai bahawa tekanan darah pesakit adalah tinggi kerana mereka mengalami sakit kepala.

Pakar otak, Deborah Friedman menyenaraikan beberapa alasan bagi pandangan ini:

  • Hipertensi mungkin fenomena yang berkaitan kesakitan akut.
  • Sakit kepala mungkin kesan sampingan beberapa ubatan anti hipertensi.
  • Di samping, pil merawat tekanan darah tinggi dapat mengelak serangan sakit kepala, justeru mengurangkan risiko sakit kepala bagi pesakit dirawat.

Mengapa ada pesakit darah tinggi yang jarang mengalami sakit kepala?

Pengkaji dari norway mendapati mereka yang mengalami hipertensi mungkin lebih kurang berhadapan dengan sakit kepala. Kumpulan ini telah melihat pada orang dewasa seramai lebih dari 22,000 yang tidak mengalami sakit kepala, diukur pada jarak masa 11 tahun.

Mereka yang mempunyai bacaan tekanan sistolik darah di atas 150 sebenarnya ada 30 peratus risiko yang lebih rendah untuk mengalami sakit kepala bukan migrain. Jumlah sistolik adalah jumlah maksimum bacaan tekanan darah. Pengkaji mula datang kepada konklusi hipalgesia—satu istilah yang merujuk kepada oengurangan sensitiviti pada kesakitan—sebagai kemungkinan bagi penjelasan masalah ini.

Apakah barah hipertensi?

Sakit kepala boleh juga menjadi salah satu simptom sekiranya anda mempunyai hipertensi teruk atau ‘barah’ hipertensi. Tekanan darah tinggi jenis ini boleh datang secara tiba-tiba dan memberi kesan pada satu peratus dari mereka yang mengalami hipertensi.

Barah hipertensi boleh terjadi pada orang dewasa muda, terutamanya lelaki Afrika-Amerika. Ia juga boleh terjadi kepada pesakit mengalami masalah buah pinggang dan toksemia dari kehamilan.

Apakah simptom yang perlu saya pantau?

Petanda berlakunya sakit kepala kesan barah hipertensi termasuklah pandangan yang kabur dan perubahan status mental. Anda mungkin juga mengalami loya, lemah-lemah badan, sesak nafas, sakit dada, atau sawan.

Barah hipertensi adalah keadaan kecemasan medikal. Anda perlu dibawa ke hospital, di mana anda akan menerima ubatan secara intravenus bagi memastikan vital anda dalam kawalan.

Apa yang perlu saya ingat?

Kajian terkini menunjukkan sakit kepala tekanan biasa mempunyai kaitan yang amat kecil atau tidak berkaitan dengan hipertensi. Malah, anda mungkin tidak berkemungkinan untuk mengalami tekanan darah tinggi.

Bagi migrain dan darah tinggi, keduanya adalah masalah yang selalu terjadi, yang akan terjadi pada 10 ke 22 peratus populasi dewasa. Secara kasarnya 3% dari populasi dijangka untuk mengalami keduanya.

Sakit kepala bukanlah petanda yang boleh disandarkan, melainkan dalam kes barah hipertensi. Langkah terbaik bagi anda ialah melakukan ujian tekanan darah secara kerap.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut