Sea2Summit: Diabetes Jenis 1 Bukan Alasan!

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Pengasas bersama A4D, Jerry Gore, menyatakan bahawa diabetes jenis 1 bukan satu alasan. Dia mempunyai diabetes jenis 1 dan terbabit dalam kemalangan berbasikal pada musim panas lalu. Ini menyebabkan kerosakan saraf yang meluas di lengan kanannya, tetapi Jerry tetap kembali berbasikal dan menyahut kembali cabaran tersebut, Sea2Summit Challenge pada Ogos.

Sea2Summit: Ringkasannya

Cabaran itu melibatkan 5 penunggang A4D dari Nice, di pantai, dan menunggang 221 kilometer (km) ke kem Dome de Neige des Écrins, gunung tertinggi yang sepenuhnya di dalam Perancis. Mereka kemudian memulakan pendakian 9 jam di atas gunung, mencapai ketinggian lebih kurang 4,000 meter sebelum terpaksa turun akibat angin kencang, keadaan salji berbahaya pada suhu -21C.

Sumber: www.action4diabetics.org

Jenis 1: Tiada alasan dengan penjagaan yang betul

Terdapat beberapa perkara yang tidak dapat dikawal, dan salah satunya adalah cuaca. Bagaimanapun, Jerry dapat mengawal kadar gula dalam darah sepanjang cabaran, menguji darah secara kerap dan menyuntik insulin. Tanpa keupayaan melakukan ini, menyelesaikan cabaran fizikal ini atau bahkan kehidupan seharian adalah tidak mungkin. Bagi Jerry, diabetes jenis 1 bukan satu alasan!

Sumber: www.action4diabetics.org

Cipta kelainan

Itu adalah mengenai Sea2Summit, mengumpul wang untuk golongan muda dengan Diabetes jenis 1 di Asia Tenggara. Ini supaya mereka mempunyai kebebasan seperti Jerry, yang tidak mempunyai alasan untuk mencapai potensinya.

Terdapat golongan muda yang tanpa bantuan, tidak akan mempunyai akses kepada ubat dan sokongan penting. Setakat ini, pasukan Sea2Summit telah mengumpul lebih daripada € 7,500 dan berharap untuk mencapai sasaran € 40,000 selepas sumbangan dan pembentangan!

Tahniah dan terima kasih kepada Ilonka Biermans, Wout van Hoof, Guillaume Rousset, Hugh Robinson dan Pierre Prebet atas usaha besar mereka dalam mengambil bahagian dalam cabaran itu dan juga pasukan sokongan iaitu Jackie Gore, Marie-Antoinette Rousset dan Pierre Rousset atas usaha mereka membantu menyelamat dan mengubah kehidupan!

Sumber: www.action4diabetics.org

Kolaborasi antara Hello Health Group dan Action4Diabetics (A4D) bersempena World Diabetes Day 2018 pada 14 November ini,  kami ingin memaklumkan bahawa orang ramai sebenarnya boleh menyumbang untuk membantu A4D dengan memberi sumbangan bagi membantu lebih ramai kanak-kanak yang menghidap diabetes jenis 1.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan
Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut