backup og meta

Anda Berisiko Alami Prediabetes Jika Ada Faktor Risiko Ini, Ayuh Semak Sekarang!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 03/11/2021

    Anda Berisiko Alami Prediabetes Jika Ada Faktor Risiko Ini, Ayuh Semak Sekarang!

    Pernah dengar mengenai tanda prediabetes? Ia bukan bermakna anda mengalami kencing manis, tetapi meningkat risiko untuk mengembangkan keadaan tersebut. Baca artikel ini untuk mengetahui apakah tanda-tandanya.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kencing Manis sila dapatkannya di sini.

    Apa itu prediabetes?

    Tanda prediabetes bukanlah satu keadaan penyakit tetapi ianya adalah tanda amaran bahawa anda mungkin mempunyai diabetes jenis 2 dalam waktu terdekat kerana ia melibatkan tahap gula dalam darah yang tinggi, namun tidak cukup tinggi untuk dikategorikan sebagai diabetes jenis 2.

    Walaupun mempunyai prediabetes akan menimbulkan risiko untuk meningkat kepada diabetes jenis 2 dalam tempoh 10 tahun akan datang, anda masih dapat menghalang perkembangan tersebut daripada berlaku.

    Sekiranya anda memiliki prediabetes, tahap gula darah (glukosa) anda adalah lebih tinggi daripada yang sepatutnya. Prediabetes juga digelar sebagai diabetes “borderline“.

    Pada kebiasaannya, tubuh badan anda menghasilkan hormon yang dipanggil insulin untuk membantu mengawal gula darah anda. Apabila anda mempunyai prediabetes, sistem tersebut tidak berfungsi dengan sepatutnya.

    Tubuh badan anda berkemungkinan tidak dapat menghasilkan insulin dengan secukupnya selepas makan, atau badan anda mungkin tidak bertindak balas terhadap insulin dengan betul.

    Prediabetes boleh menjadikan anda lebih cenderung untuk mendapat penyakit jantung atau mengalami strok. Tetapi anda boleh bertindak untuk mengurangkan risiko daripada mendapat penyakit tersebut.

    Apakah tanda prediabetes?

    • Glukosa berpuasa yang terjejas (IFG) – Glukosa plasma puasa (FPG) ≥100 mg / dL hingga 125 mg / dL (≥5.6 mmol / L hingga 6.9 mmol / L).
    • Toleransi glukosa yang terjejas (IGT) – Glukosa plasma ≥140 mg / dL hingga 199 mg / dL (≥7.8 mmol / L hingga 11.0 mmol / L) diukur dua jam selepas beban glukosa 1.75 g / kg (maksimum dos 75 g) dalam ujian toleransi glukosa oral (OGTT).
    • Hemoglobin A1C (HbA1C) antara 5.7 dan 6.4 peratus (39 hingga 46 mmol / mol) juga dianggap menunjukkan risiko diabetes dan telah dilihat sebagai prediabetes bagi orang dewasa. HbA1C adalah hemoglobin glikasi yang mencerminkan purata plasma glukosa lebih lapan hingga 12 minggu sebelum ini.

    Apakah penyebab terjadinya tanda prediabetes?

    tanda prediabetes

    Penyebab sebenar prediabetes adalah tidak diketahui.

    Tetapi sejarah dan genetik keluarga kelihatanya memainkan peranan penting dlam pembentukan prediabetes. Gaya hidup yang tidak aktif dan lemak yang berlebihan, terutamanya lemak di bahagian perut juga merupakan antara faktor penting bagi prediabetes.

    Individu yang mempunyai prediabetes tidak memproses gula (glukosa) dengan betul.

    Akibatnya, gula berkumpul di dalam aliran darah dan tidak lagi melaksanakan tugasnya dengan betul iaitu dengan mengakses sel yang membentuk otot dan tisu-tisu badan yang lain.

    Kebanyakan glukosa dalam badan anda berasal daripada makanan yang anda makan. Apabila makanan dicerna, gula memasuki aliran darah anda. Peralihan gula dari aliran darah ke bahagian sel badan anda memerlukan peranan hormon iaitu insulin.

    Insulin berasal dari kelenjar yang terletak di belakang perut (pankreas). Pankreas anda merembeskan insulin ke dalam aliran darah anda apabila anda makan.

    Apabila insulin membuat peredarannya didalam darah, ia membolehkan gula memasuki sel anda dan menurunkan jumlah gula dalam aliran darah anda. Apabila paras gula darah anda menurun, rembesan insulin dari pankreas anda juga akan menurun.

    Apabila anda mempunyai prediabetes, proses ini mula tidak berfungsi dengan cara yang sepatutnya. Proses mengakses sel anda tidak terjadi yang mengakibatkan gula kekal berada dalam aliran darah.

    Gula darah tinggi berlaku apabila pankreas anda tidak menghasilkan insulin dengan cukup atau sel anda bersifat rintang terhadap tindakan insulin, atau mungkin juga kedua-duanya.

    Baca juga:

    Bagaimanakah saya boleh tahu sama ada saya mempunyai prediabetes?

    Biasanya, anda tidak mempunyai simptom atau tanda-tanda prediabetes tertentu sehingga anda berada dalam keadaan diabetes yang serius.

    Walau bagaimanapun, acanthosis nigricans boleh menjadi isyarat awal. Ia adalah keadaan yang menggelapkan kulit anda, biasanya di kawasan leher, ketiak, siku, lutut, dan ruas buku jari.

    Tanda-tanda dan simptom yang menunjukkan bahawa anda beralih daripada prediabetes ke diabetes jenis 2 termasuklah:

    tanda prediabetes

    Apakah faktor risiko untuk mempunyai prediabetes?

    Faktor risiko untuk prediabetes adalah serupa dengan diabetes jenis 2. Anda harus berjumpa dengan doktor jika anda prihatin terhadap diabetes atau jika anda ada melihat tanda atau simptom diabetes jenis 2.

    Tanda-tanda tersebut antaranya adalah:

    • Berat badan yang berlebihan
    • Berumur 45 tahun dan ke atas
    • Sejarah keluarga
    • Kurang aktif:
    • Diabetes gestasi
    • Mempunyai sindrom ovari polikistik
    • Mengalami gangguan tidur (apnea tidur obstruktif)
    • Corak pemakanan tidak sihat
    • Saiz pinggang yang besar 
    • Merokok
    • Bangsa dan etnik tertentu juga merupakan faktor yang berpotensi

    Keadaan lain yang berkaitan dengan prediabetes termasuklah:

    • Tekanan darah tinggi
    • Kadar kolesterol lipoprotein berkepekatan tinggi (HDL) yang rendah iaitu kolesterol “baik”
    • Tahap trigliserida yang tinggi – jenis lemak dalam darah anda

    Apabila keadaan ini berlaku bersama-sama dengan obesiti, ia dikaitkan dengan rintangan terhadap insulin. Gabungan tiga atau lebih keadaan ini sering dipanggil sebagai sindrom metabolik.

    Komplikasi tanda prediabetes

    Kesan prediabetes yang paling serius adalah perkembangan diabetes jenis 2. Ini kerana diabetes jenis 2 boleh menyebabkan:

    • Tekanan darah tinggi
    • Kolesterol yang tinggi
    • Penyakit jantung
    • Strok
    • Penyakit buah pinggang
    • Kebutaan
    • Amputasi

    tanda prediabetes

    Penyelidikan menunjukkan bahawa prediabetes sering dikaitkan dengan serangan jantung yang tidak dikesan dan boleh merosakkan buah pinggang anda, walaupun anda belum beralih ke peringkat diabetes jenis 2.

    Adakah semua tanda prediabetes akan menjadi diabetes?

    Menurut kajian, hampir 40% daripada kalangan mereka yang mengalami prediabetes akan menghidap diabetes dalam tempoh 4 tahun jika tidak dirawat. Ia adalah tempoh yang sangat singkat!

    Oleh itu, intervensi harus dilakukan untuk mengelakkan risiko mengalami kencing manis. Golongan ini juga lebih berisiko tinggi mengalami serangan jantung atau strok.

    Anda masih boleh menjauhkan diri daripada diabetes jenis 2 dengan mengamalkan gaya hidup sihat seperti mengambil diet yang seimbang, mengawal berat badan dan mula bersenam secara teratur dan berhenti merokok.

    Sekiranya anda mempunyai tekanan darah tinggi atau kolesterol tinggi, ambil ubat-ubatan seperti yang diarahkan oleh doktor anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 03/11/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan