backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Jika Diabetes Tidak Dikawal Ini Kesan Jangka Pendek & Panjang Yang Boleh Terjadi, AWAS!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 19/10/2022

    Jika Diabetes Tidak Dikawal Ini Kesan Jangka Pendek & Panjang Yang Boleh Terjadi, AWAS!

    Diabetis atau kencing manis ini adalah salah satu penyakit kronik yang ditakuti oleh kebanyakan orang kerana ia mempunyai banyak komplikasi yang bakal dihidapi oleh penghidapnya. Namun, apakah komplikasi kencing manis jika pengambilan makanan bergula tidak dikawal? 

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kencing Manis sila dapatkannya di sini.

    Komplikasi kencing manis jangka pendek

    Berikut antara impak yang boleh dialami:

    i) Hiperglisemia

    Hiperglisemia atau gula tinggi dalam darah dalam tempoh yang panjang boleh menyebabkan kerosakan saraf dan organ tubuh.

    Ia terjadi sekiranya pesakit tidak mengambil langkah pencegahan untuk mengurangkan tahap gula dalam darah seperti suntikan insulin.

    Hiperglisemua adalah keadaan yang serius dan memerlukan rawatan perubatan segera.

    ii) Hipoglisemia

    Dalam beberapa kes, penghidap diabetes melakukan kawalan yang salah dan berlebihan sehingga tahap glukosa dalam darah menjadi terlalu rendah.

    Melambatkan waktu makan dan bersenam serta pengambilan ubat diabetes atau suntikan insulin boleh menyebabkan hipoglisemia.

    Kawalan gula dalam darah dan rundingan bersama doktor boleh mengelakkan pesakit mengalami hipoglisemia ini.

    komplikasi kencing manis

    iii) Ketoasidosis

    Ketoasidosis adalah komplikasi penyakit kencing manis yang terjadi apabila tubuh tidak mampu menggunakan glukosa atau gula dalam darah sebagai tenaga kerana kekurangan insulin.

    Ketika sel-sel tubuh kekurangan tenaga, ia akan menggunakan lemak cadangan sebagai tenaga.

    Semasa rantaian lemak terganggu, terbentuklah keton (racun) dalam tubuh.

    Keadaan ini boleh menyebakan kesukaran bernafas, sakit perut terlampau dan dehidrasi.

    Komplikasi kencing manis jangka panjang

    i) Kerosakan mata

    Kadar gula yang turun naik pada peringkat awal menyebabkan masalah keseimbangan cecair dalam kanta.

    Ini boleh menyebabkan mata menjadi kabur dan lama kelamaan kanta akan rosak, iaitu menjadi katarak mata.

    Pada masa sama saraf juga boleh rosak. Kedua-dua keadaan ini boleh menyebabkan buta.

    Baca juga:

    ii) Masalah kulit dan kaki

    Pesakit kencing manis sangat mudah mengalami masalah kaki.

    Kerosakan pada saraf dan saluran darah akan mengehadkan alirah darah ke bahagian kaki.

    Gatal-gatal kecil pada kaki dan kulit mudah menjadi jangkitan luka yang sangat teruk.

    Tanpa penjagaan yang serius, luka akan semakin membesar dan sekiranya semakin teruk bahagian itu mesti dipotong supaya jangkitan tidak terus merebak.

    iii) Mati pucuk dan risiko mandul

    Akibat pengaliran darah yang perlahan dan juga kerosakan saraf, fungsi alat sulit lelaki yang menghidap diabetes boleh menurun dan menyebabkan mati pucuk.

    iv) Buah pinggang

    Gula yang tinggi juga boleh merosakkan sel buah pinggang dan menyebabkan buah pinggang terpaksa bekerja lebih.

    Biasanya, pesakit akan dipantau sama ada buah pinggang mereka masih dalam keadaan baik atau sebaliknya.

    komplikasi kencing manis

    v) Masalah jantung antara komplikasi kencing manis

    Penghidap diabetes berisiko terkena masalah jantung.

    Penyelidik mengatakan bahawa risiko serangan jantung pada penghidap kencing manis adalah sama dengan mereka yang pernah mengalami serangan jantung.

    Beberapa masalah pada jantung dan penyempitan pembuluh darah yang berkait dengan diabetes adalah:

    Oleh sebab itu, penghidap kencing manis perlu melakukan pemeriksaan kadar gula dalam darah secara rutin, menjaga gaya hidup dan pemakanan bagi mengurangkan risiko komplikasi kencing manis ini. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 19/10/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan