backup og meta

Penggunaan Insulin, Apa Yang Setiap Pesakit Kencing Manis Patut Tahu Tentangnya?

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 21/12/2023

    Penggunaan Insulin, Apa Yang Setiap Pesakit Kencing Manis Patut Tahu Tentangnya?

    Insulin adalah hormon yang dihasilkan semula jadi oleh tubuh melalui pankreas, sehingga tubuh tidak boleh berfungsi dengan baik tanpanya. Apabila ia tiada secara semula jadi atau tanpa penggunaan ubat insulin di farmasi, tubuh tidak akan mampu untuk mengawal jumpa glukosa dalam darah.

    Untuk mendapatkan lebih banyak informsi tentang Kencing Manis, anda boleh klik di sini.

    Peranan insulin dalam rawatan diabetes

    Kencing manis jenis 1

    Bagi pesakit diabetes jenis 1, insulin semula jadinya tidak mencukupi atau musnah sepenuhnya. Mereka sangat bergantung kepada terapi insulin sebagai rawatan yang berterusan.

    Apabila rawatan insulin tidak teratur atau kurang regimen, pesakit mungkin mengalami peningkatan paras gula. Apabila keadaan ini berlaku, tubuh akan bergantung kepada lemaknya.

    Sekiranya keadaan ini tidak diperiksa, komplikasi mengancam nyawa yang dikenali sebagai asidosis diabetes mungkin akan berlaku.

    Tanda-tanda untuk gangguan ini adalah banyak, dan pada masa yang paling teruk mereka mungkin tidak sedarkan diri. Tanda-tanda biasa termasuk:

  • Pucat
  • Berpeluh
  • Peningkatan degupan jantung
  • Penglihatan mulai kabur
  • Lapar
  • Kencing manis jenis 2

    Diabetes jenis 2 pula adalah penyakit yang sedikit berbeza. Tubuh tidak aktif memusnahkan stok insulinnya, tetapi gabungan faktor menyebabkan peningkatan rintangan terhadap manfaat positif ubat insulin.

    ubat insulin

    Fakta mengenai ubat insulin

    1. Terapi insulin tidak menyembuhkan diabetes

    Bertentangan dengan tanggapan masyarakat, terapi insulin bukanlah jalan akhir bagi pesakit diabetes.

    Sudah pasti terapi insulin perlu diteruskan sebaik sahaja ia dimulakan, agar anda dapat bertahan dengan selamat selama bertahun-tahun.

    Ia adalah pendekatan semula jadi untuk mengubati diabetes tetapi ia tidak dapat menyembuhkan penyakit ini.

    2. Suntikan insulin tidak lagi menyakitkan

    Terdapat kepercayaan umum bahawa suntikan insulin menyakitkan. Selain itu, sistem penyampaian pintar seperti pen insulin seperti sistem jarum mikro.

    Dengan sistem penyampaian insulin maju yang merangkumi sistem pembebasan kawalan aplikasinya yang merasakan keperluan badan dan melepaskan dos berkaitan dengan hormon melalui jarum mikro yang tidak menyakitkan.

    ubat insulin

    3. Insulin boleh kekal dalam darah selama 14 hingga 20 jam

    • Short-acting insulinInsulin terlarut dengan cepat (30-60 minit) dan kekal selama antara 6 dan 8 jam.
    • Intermediate-actingInsulin isophane bertindak sedikit perlahan (1-2 jam) dan kekal selama antara 10 dan 14 jam.
    • Long-acting insulinInsulin jenis ini termasuk (determir, glargine, protamine zinc, zinc suspension) bertindak perlahan (1-2 jam) dan kekal lebih lama sehingga 24 jam.
    • Insulin campuran: Camuran insulin short-acting dan  intermediate-acting dibahagikan kepada jumlah yang berbeza bergantung kepada kes individu.

    4. Perlu sentiasa disimpan dalam keadaan sejuk

    Insulin memerlukan keadaan penyimpanan yang betul. Ia adalah wajib untuk memastikan insulin disejukkan walaupun botol tidak dibuka. Tetapi ia tidak boleh dibekukan.

    Setelah dibuka, ubat insulin tidak boleh disimpan selama lebih daripada 28 hari. Penggunaan selepas tarikh tamat tempoh adalah dilarang sama sekali.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 21/12/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan