Seperti mana yang ramai dalam kalangan kita sudah tahu, diabetes adalah satu penyakit yang sangat kompleks. Namun, bagaimana ia boleh berlaku dan puncanya adalah berkaitan dengan banyak faktor penyebab diabetes.
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Seperti mana yang ramai dalam kalangan kita sudah tahu, diabetes adalah satu penyakit yang sangat kompleks. Namun, bagaimana ia boleh berlaku dan puncanya adalah berkaitan dengan banyak faktor penyebab diabetes.
Ini kerana tiada satu sebab khusus yang menjadi punca utama kepada antara penyakit kronik di dunia ini.
Apa yang pasti adalah ia berlaku disebabkan kekurangan insulin atau kegagalan sel-sel di dalam tubuh badan untuk menggunakan insulin yang ada.
Genetik, gaya hidup dan berat badan adalah antara kunci utama dalam memahami faktor penyebab diabetes.
Jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk tahu lebih lanjut tentangnya!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kencing Manis, sila dapatkannya di sini.
Jika anda sedang menghidap penyakit kencing manis, tentu ada dalam kalangan ahli keluarga anda yang mengalami perkara yang sama.
Ini kerana keterlibatan faktor genetik dalam kencing manis telah lama dikenal pasti.
Menurut Persatuan Diabetes Amerika, risiko menghidap diabetes jenis 2 adalah:
Kekuatan pengaruh genetik adalah berbeza mengikut setiap orang. Ada yang sangat kuat, ada juga yang sederhana dan kurang.
Pengaruh ini menjejaskan gen yang mengawal penghasilan glukosa, pengawalan insulin serta bagaimana glukosa dikesan oleh sel-sel badan.
Baca juga:
Tidak adil untuk sepenuhnya menyalahkan genetik kerana ia tidak menyebabkan kencing manis dengan sendiri tetapi berlaku dengan pengaruh persekitaran serta gaya hidup. Interaksi antara faktor-faktor ini akan meningkatkan risiko menghidap kencing manis.
Di Malaysia, khususnya, makanan adalah cabaran utama dalam menjalani gaya hidup sihat. Kepelbagaian makanan mungkin boleh menjadi alternatif yang baik, namun sebaliknya membuatkan pertambahan kalori secara berlebihan.
Jangan terkejut jika membaca statistik obesiti di Malaysia. 3 daripada 10 rakyat negara ini adalah obes.
Antara faktor penyebab diabetes ialah berat badan berlebihan. Ini akan meningkatkan risiko penyakit kencing manis.
Ia menyebabkan insulin gagal digunakan dengan baik oleh sel badan, satu keadaan yang dinamakan sebagai rintangan insulin (insulin resistance).
Selain pemakanan, aktiviti fizikal juga merupakan faktor yang penting.
Kehidupan tidak aktif yang menguasai masyarakat membuatkan jumlah kalori yang dibakar kurang daripada jumlah pengambilan.
Sudah lah kerja pun hanya duduk di hadapan komputer selama 8 jam, di rumah pula tiada sebarang aktiviti fizikal dilakukan.
Gaya hidup seperti ini bukan sahaja mengundang kencing manis, malah penyakit-penyakit lain juga termasuk sakit jantung, strok dan tekanan darah tinggi.
Konklusinya, 2 perkara asas yang kami sebut tadi adalah antara faktor penyebab diabetes atau penyakit kencing manis.
Jadi, ila berwaspada dengan tiga faktor kencing manis yang paling utama ini: genetik, gaya hidup dan berat badan.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen