backup og meta

Diabetes dan Kesannya Terhadap Emosi

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 19/12/2019

    Diabetes dan Kesannya Terhadap Emosi

    Diabetes adalah satu keadaan yang memberi kesan kepada cara tubuh seseorang menggunakan gula untuk tenaga. Walau bagaimanapun, diabetes menjejaskan hampir semua sistem badan dan mempunyai kesan pada emosi seseorang.

    Diabetes dan perubahan emosi

    Diabetes boleh menyebabkan pelbagai kesan terhadap emosi seseorang. Sebagai contoh, menguruskan diabetes boleh menyebabkan seseorang menjadi stres. Seseorang mungkin juga sentiasa bimbang tentang gula dalam darah mereka sama ada ia terlalu tinggi atau terlalu rendah.

    Pelarasan diet pesakit dan sentiasa memeriksa gula dalam darah boleh menambah tekanan dan kesenangan hidup seseorang. Akibatnya, mereka lebih cenderung mengalami perasaan kebimbangan dan kemurungan.

    Perubahan gula dalam darah boleh menyebabkan perubahan mood seseorang berlaku dengan cepat seperti menyebabkan mereka sedih dan mudah marah. Ini terutama berlaku semasa episod hipoglikemia, di mana paras gula dalam darah menurun lebih rendah daripada 70 miligram setiap desiliter (mg / dL).

    Antara perubahan emosi penghidap diabetes:

    Kejutan/Penafian

    Anda mungkin berasa terkejut, keliru dan mungkin sedikit bingung dengan keputusan diagnosis. Anda juga mungkin berpura-pura bahawa diagnosis itu salah dan enggan mengambil sebarang langkah untuk menguruskan penyakit ini. Menyedari bahawa diabetes akan memainkan peranan penting dalam hidup anda adalah satu langkah utama untuk menerima keadaan anda.

    Ketakutan/Kebimbangan 

    Anda mungkin berasa takut kerana anda tidak mempunyai banyak pengetahuan mengenai diabetes dan tidak pasti apa yang akan berlaku seterusnya. Atau anda mungkin takut komplikasi akibat penyakit diabetes. Bagaimana pun, anda boleh mengurangkan kebimbangan dengan mengambil berat tentang kesihatan anda, mempelajari berkenaan diabetes dan memahami bagaimana anda boleh menangguhkan atau mencegah komplikasi daripada berlaku.

    Sedih/Hiba

    Selepas diagnosis, anda mungkin merasakan kesedihan seperti kehilangan orang tersayang. Anda mungkin merasakan bahawa hidup anda telah berubah selama-lamanya dan meratapi kehilangan gaya hidup anda sebelum diagnosis. Menghidap diabetes mungkin membuat anda berasa lemah atau tidak bersemangat, terutama jika anda juga mempunyai komplikasi penyakit ini. Sebaiknya, luahkan perasaan anda kepada seseorang yang boleh memahami anda seperti  orang lain yang menghidap kencing manis atau profesional / kaunselor penjagaan kesihatan bagi membantu meredakan kesedihan anda.

    Kemurungan

    Walaupun tempoh bersedih adalah normal dengan diagnosis mana-mana penyakit kronik, kesedihan yang berpanjangan boleh menjadi tanda kemurungan. Kemurungan adalah dua kali biasa pada orang yang menghidap kencing manis dan ia juga dikaitkan dengan pengurusan gula dalam darah yang buruk, komplikasi kesihatan dan penurunan kualiti hidup. 

    Maklumkan kepada doktor anda jika anda terus merasakan ‘down’ selama lebih daripada beberapa bulan selepas diagnosis atau jika anda mempunyai tanda-tanda kemurungan yang lain, termasuk rasa keletihan sepanjang masa, perubahan pola tidur, perubahan tabiat makan, kesulitan membuat keputusan, dan rasa putus asa atau tidak berdaya. Kemurungan boleh dirawat secara berkesan dengan ubat, kaunseling atau kedua-duanya.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 19/12/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan