backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Bagaimana Senaman Membantu Menurunkan Kadar Gula Dalam Darah?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 20/07/2022

    Bagaimana Senaman Membantu Menurunkan Kadar Gula Dalam Darah?

    Tahukah anda, apa kesan senaman terhadap kadar gula dalam darah? Masalah utama bagi penghidap diabetes jenis 2 ialah kegagalan insulin untuk merendahkan kadar gula darah meskipun insulin yang dirembeskan oleh pankreas mungkin pada kadar normal. Gula yang sepatutnya digunakan oleh badan akan kekal tinggi dalam darah.

    Kesannya, kadar gula yang tinggi meningkatkan risiko kepada banyak keadaan termasuk penyakit jantung, strok, penyakit buah pinggang, dan masalah penglihatan.

    Pemakanan dan ubat-ubatan boleh membantu mengawal gula dalam darah. Namun, tahukah anda bahawa senaman dan aktiviti fizikal sebenarnya merupakan salah satu cara paling berkesan untuk mengawal kadar gula?

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kencing Manis, sila dapatkannya di sini.

    Apakah kesan senaman terhadap kadar gula darah?

    gula dalam darah

    Semasa melakukan aktiviti fizikal, jantung, paru-paru dan otot anda akan bekerja lebih kuat dari biasa. Anda bernafas lebih laju dan jantung berdegup lebih pantas. Keadaan ini memerlukan lebih banyak gula atau glukosa untuk memenuhi keperluan tenaga yang tinggi.

    Hasilnya, kadar gula darah akan menurun. Senaman pada kadar sederhana hingga berat dapat mengekalkan kadar gula yang rendah sehingga 24 jam! Dalam masa yang sama, ia juga membantu insulin berfungsi dengan lebih baik.

    Walau bagaimanapun, elakkan senaman yang terlalu berat kerana ia kadangkala mungkin menyebabkan kadar gula meningkat secara sementara selepas senaman serta boleh melepaskan lebih hormon stres yang meningkatkan kadar gula dalam darah.

    Jika bentuk badan anda membuatkan senaman sukar dilakukan, sila berbincang dengan doktor untuk mendapatkan nasihat serta cadangan senaman yang sesuai dengan keadaan anda.

    Baca juga:

    Mulakan dengan gerakan kecil

    kesan senaman

    Anda boleh mulakan dengan senaman ringan seperti berjalan kaki, naik turun tangga, dan berlari anak sebelum pergi ke senaman yang lebih berat seperti angkat berat dan berlari. Mulakan sedikit demi sedikit. Tanpa anda sedar, kesan senaman akan dapat dilihat dalam masa yang singkat.

    Paling penting adalah untuk mula membuat perancangan. Jika tidak dimulakan, perubahan tidak akan dapat dilihat. Biar kecil asalkan ada perkembangan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 20/07/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan