backup og meta

Suntikan Insulin Semasa Hamil Merisaukan Anda? Periksa Ini Dahulu Sebelum Suntik!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nana Muhammad · Disemak pada 22/08/2022

    Suntikan Insulin Semasa Hamil Merisaukan Anda? Periksa Ini Dahulu Sebelum Suntik!

    Pesakit kencing manis tertentu akan mendapatkan suntikan insulin untuk diabetes bagi membantu mereka mengendalikan penyakit tersebut. Namun, bagaimana dengan keadaan pesakit diabetes yang sedang hamil? Adakah mereka masih perlu terus mendapatkan suntikan insulin?

    Anda juga mungkin tertanya-tanya mengenai kesan suntikan insulin untuk diabetes kepada bayi dalam kandungan. Bagi mengetahuinya, teruskan membaca artikel di bawah.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

    Kenali jenis diabetes pada ibu hamil

    Jika pesakit diabetes biasa mengalami sama ada diabetes jenis 1 atau diabetes jenis 2, wanita hamil yang mengalami diabetes juga terbahagi kepada dua jenis diabetes; diabetes pragestasi dan diabetes gestasi.

    Diabetes pragestasi adalah keadaan di mana wanita sudah mengalami diabetes sebelum mereka disahkan hamil, sementara diabetes gestasi adalah penyakit kencing manis yang berlaku hanya sewaktu kehamilan iaitu bermula ketika minggu ke-24.

    Kebiasaannya bagi diabetes gestasi, paras gula dalam darah akan kembali kepada normal selepas bersalin. Namun begitu, anda berisiko untuk menghidap kencing manis jenis 2 selepas itu. Oleh itu, anda perlu selalu diperiksa doktor untuk mengawasi dan mengawal gula dalam darah.

    Adalah digalakkan untuk wanita dengan kencing manis jenis 1 atau jenis 2 yang merancang untuk hamil berbincang dengan doktor sebelum kehamilan. Kencing manis yang tidak dikawal atau kurang terkawal menyebabkan permasalahan kepada bayi anda, termasuklah kecacatan janin.

    Periksa glukosa darah sebelum cucuk insulin!

    diabetes semasa hamil

    Ibu hamil yang menghidap diabetes akan mengalami perubahan hormon yang mengubahsuai paras glukosa darah mereka. Malah, kehamilan juga akan membuatkan simptom glukosa darah rendah sukar untuk dikesan. Lantaran itu, kawalan diabetes semasa hamil adalah penting.

    Ibu hamil perlu mengikuti nasihat doktor dan mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan paras glukosa darah sentiasa berada pada paras normal.

    Antara langkah yang perlu dilakukan adalah mengikuti pelan pemakanan yang baik dan  melakukan aktiviti fizikal supaya paras glukosa darah yang tinggi dapat dikurangkan.

    Walaupun begitu, hindarkan diri daripada melakukan aktiviti lasak kerana bukan sahaja ia mampu membahayakan kandungan anda, malah mengurangkan paras gula darah dalam tempoh yang terlalu cepat dan menyebabkan hipoglisemia.

    Anda mungkin perlu memeriksa paras glukosa darah sehingga lapan kali ujian sehari, dan ia termasuklah pemeriksaan sebelum dan selepas makan. Akan tetapi, berbincanglah dengan doktor anda terlebih dahulu sebelum melakukan apa-apa pemeriksaan sendiri tanpa pantauan di rumah.

    Bagi kebanyakan ibu hamil, mereka tidak memerlukan apa-apa rawatan bagi mengawal paras gula darah, cukuplah dengan diet yang terkawal dan senaman. Namun, sesetengah wanita hamil juga mungkin perlu mengambil suntikan insulin untuk diabetes.

    Baca juga:

    Suntikan insulin untuk diabetes, apakah kesannya kepada bayi dalam kandungan?

    suntikan insulin untuk diabetes

    Insulin adalah hormon yang dihasilkan oleh pankreas dan berfungsi untuk menghantar gula ke dalam sel bagi memberikan tenaga pada tubuh.

    Kekurangan insulin atau rintangan insulin menyebabkan glukosa tidak dapat memasuki sel tubuh untuk memberikan tenaga. Suntikan insulin perlu diberikan kepada pesakit diabetes tertentu untuk mengawal paras glukosa darah semasa hamil. Suntikan insulin untuk diabetes adalah langkah paling efektif untuk pelarasan halus glukosa darah dan ia tidak akan memasuki plasenta.

    Jadi, jangan risau kerana suntikan insulin semasa hamil adalah selamat untuk bayi dalam kandungan. Suntikan insulin untuk diabetes boleh disuntik menggunakan beberapa kaedah yang selamat, termasuklah :

    • Penggunaan picagari
    • Pen insulin
    • Pam insulin

    Keperluan insulin bagi ibu hamil yang mengalami diabetes jenis 1 akan meningkat kerana kehamilan akan mengakibatkan pelan rawatan insulin anda berubah. Ini berikutan disebabkan oleh hormon yang dibina di dalam plasenta.

    Sementara itu, ibu hamil yang menghidap diabetes jenis 2 pula mungkin perlu berhenti mengambil ubat yang disyorkan untuk mengawal glukosa darah mereka. Ini kerana pengambilan pil tersebut masih belum disahkan selamat jika diambil semasa hamil.

    Oleh itu, doktor akan menyarankan anda untuk bertukar kepada pengambilan suntikan insulin untuk diabetes. 

    suntikan insulin untuk diabetes

    Ibu yang mengalami diabetes gestasi lazimnya hanya perlu mengawal paras glukosa darah dengan cara mengikuti pelan pemakanan dan kerap bersenam. Walau bagaimanapun, jika paras glukosa darah mereka masih tinggi, doktor mungkin akan menyuruh anda untuk mula mengambil insulin.

    Berbeza dengan pengambilan insulin, American Diabetes Association tidak menyarankan pengambilan ubat melalui oral semasa hamil kerana dikhuatiri ia akan menembusi plasenta dan mengganggu perkembangan janin.

    Walau bagaimanapun, kesannya kepada bayi masih belum diketahui. Berbincanglah dengan doktor anda jika anda mempunyai sebarang kemusykilan tentang penyakit anda dan dos insluin yang diperlukan semasa hamil.

    #HelloHealthCare #WorldDiabetesDay #HelloDoktor

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nana Muhammad · Disemak pada 22/08/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan