A4D: Cabaran Berbasikal untuk Mengumpul Dana Diabetes Jenis 1

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Action4Diabetic (A4D) adalah sebuah badan amal yang berdaftar di United Kingdom yang merentasi 6 negara di Asia Tenggara termasuk Kemboja, Laos, Malaysia, Myanmar, Thailand dan Vietnam.

Badan amal ini terus menyokong lebih 320 orang kanak-kanak dengan diabetes jenis 1. Diabetes jenis 1 adalah jenis diabetes yang memerlukan kebergantungan terhadap insulin. Keadaan ini biasanya berlaku pada kanak-kanak dan remaja, serta individu yang tidak dapat menghasilkan insulin.

A4D Cycle Challenge 2018: Berjaya Mengumpul RM294,919.73 ($71,000)

Apabila 17 penunggang basikal daripada A4D Cycle Challenge –  The Vuelta De Los Pyrenees –  berjumpa di lapangan terbang Barcelona pada Ogos, ia adalah permulaan hebat meningkatkan pengumpulan dana untuk menyokong lebih 150 kanak-kanak dengan ubat-ubatan penting selama setahun.

Para penunggang basikal daripada pelbagai usia dan keupayaan, disatukan dengan satu matlamat iaitu untuk mencapai puncak dan mengumpul wang untuk A4D. Dan sebagai satu pasukan, mereka berjaya melakukannya.

Malaysia Perlu Memulakan Langkah Ini

Aktiviti berbasikal merupakan satu cara yang murah, selamat dan efektif untuk melangsingkan tubuh berbanding pil-pil diet dan latihan di gim yang tidak mampu memberikan kesan yang diharapkan.

Aktiviti ini merupakan senaman terbaik kerana ia mampu mengeluarkan banyak peluh. Pengeluaran peluh ini sekali gus membawa keluar segala racun dan toksin yang terkumpul dalam badan yang akan membuatkan kulit kelihatan lebih berseri dan awet muda.

Menurut kajian University of Denmark, individu yang cenderung serta kerap berbasikal boleh mengurangkan risiko diabetes.

Hasil kajian menunjukkan bahawa mereka yang kerap berbasikal lebih rendah risiko menghidap diabetes jenis 2, dan lebih kerap mereka berbasikal setiap minggu, lebih rendah risiko tersebut.

Kajian berkenaan menumpukan kepada lelaki dan wanita pertengahan umur dan lanjut usia, ia membuktikan bahawa walaupun umur telah meningkat, masih belum terlambat untuk mula berbasikal secara kerap bagi mengurangkan risiko menghidap penyakit kronik.

Pagi bebas kenderaan di ibu negara

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sudah memperkenalkan program ‘KL Pagi Bebas Kenderaan’ sebagai salah satu aktiviti riadah pada hujung minggu.

Program ini bermula jam 7 pagi hingga 9 pagi membabitkan laluan sejauh tujuh kilometer yang bermula Jalan Raja Laut, Jalan Sultan Ismail, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Dang Wangi, Jalan Ampang dan Jalan P Ramlee. Terdapat pelbagai aktiviti riadah dan salah satunya adalah berbasikal.

Inisiatif baik ini boleh membantu meningkatkan kekeluargaan dan juga tahap kesihatan warga kota yang lebih baik.

Oleh yang demikian, aktiviti ini boleh menjadi pemangkin yang baik dalam membantu kanak-kanak yang mempunyai masalah kesihatan seperti diabetes jenis 1, yang mana berlaku akibat kekurangan insulun dalam tubuh mereka.

Kolaborasi antara Hello Health Group dan Action4Diabetics (A4D) bersempena World Diabetes Day pada 14 November ini,  orang ramai sebenarnya boleh menyumbang untuk membantu A4D dengan memberi sumbangan bagi membantu lebih ramai kanak-kanak yang menghidap diabetes jenis 1.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut