Jom Selidik Tanda Awal Kencing Manis

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 06/01/2020 . 4 minit bacaan

Bagaimana untuk mengetahui jika kita mungkin menghidapi masalah kencing manis? Adakah terdapat sebarang simptom yang boleh dikenal pasti? Jom ketahui apakah tanda awal kencing manis.

Penyakit kencing manis

Sebelum bercakap lebih lanjut mengenai tanda awal kencing manis, apa kata kita ketahui secara ringkas mengenai penyakit kencing manis ini.

Penyakit kencing manis bukanlah sejenis penyakit yang jarang didengar. Malahan ia sebenarnya telah menjadi satu penyakit yang kerap terjadi dalam kalangan penduduk Malaysia. Hakikatnya Malaysia adalah merupakan negara yang mempunyai kadar penghidap diabetes tertinggi di benua Asia dan antara yang tertinggi di dunia.

Penyakit kencing manis atau diabetes adalah satu keadaan yang merosakkan keupayaan tubuh untuk memproses glukosa darah atau juga dikenali sebagai gula darah. Tanpa pengurusan yang berterusan dan terkawal, diabetes boleh menyebabkan pembentukan gula dalam darah. Keadaan ini sekali gus boleh membawa kepada risiko peningkatan komplikasi berbahaya, termasuk penyakit berkaitan jantung seperti strok.

Tanda Awal Kencing Manis

Jadi adakah terdapat sebarang tanda awal yang boleh dikenal pasti sebagai simptom awal kencing manis? Sudah tentu jawapannya ada. Berikut adalah beberapa tanda awal kencing manis yang boleh berlaku kepada seseorang individu yang berkemungkinan menghidap penyakit ini, antaranya:

Kerap berasa haus 

Secara purata, bagi seseorang individu normal yang sihat akan kencing antara 4 hingga 7 kali sehari. Walau bagaimanapun, pesakit kencing manis biasanya akan kencing lebih daripada bilangan tersebut. Keadaan ini sekali gus akan menyebabkan anda lebih kerap berasa dahaga. Ini merupakan tanda awal kencing manis yang boleh dikenal pasti.

Sentiasa berasa lapar 

Makanan yang dimakan akan ditukar kepada glukosa dan dibawa masuk ke dalam sel badan untuk dijadikan sebagai sumber tenaga. Walau bagaimanapun, insulin diperlukan untuk mengangkut glukosa kepada sel-sel badan.

Jika badan anda tidak menghasilkan insulin yang cukup atau tidak menghasilkan langsung atau sel badan anda menghalangi insulin tersebut, maka glukosa tersebut tidak dapat masuk dan tenaga tidak dapat dihasilkan. Situasi ini sekali gus akan mengakibatkan, anda akan berasa lapar, seterusnya akan menyebabkan anda keletihan.

Penglihatan menjadi kabur

Perubahan paras cecair di dalam badan anda mengakibatkan kanta pada mata anda membengkak. Keadaan ini sekali gus menyebabkan berlakunya perubahan bentuk pada kanta mata dan membuatkan anda mengalami kesukaran untuk fokus.

Luka yang lambat sembuh

Tanda awal kencing manis lain adalah luka yang mengambil masa untuk sembuh. Antara sebab mengapa luka yang berlaku sukar untuk sembuh adalah kerana kadar gula dalam darah pada badan pesakit adalah terlalu tinggi. 

Keadaan ini cenderung untuk merosakkan dan mengganggu fungsi saraf, mengurangkan sistem imunisasi badan dan mengakibatkan proses aliran darah menjadi kronik. Kesan daripada gangguan yang berlaku, ia akan melambatkan proses penyembuhan jaringan sel dan tisu badan yang terluka serta mengalami kerosakan.

Kehilangan berat badan

Berat badan yang berlebihan merupakan faktor risiko kepada kencing manis. Walau bagaimanapun, kehilangan berat badan juga merupakan tanda awal kencing manis. Anda akan kehilangan kalori dalam air kencing dan tidak menyerap semula kalori daripada gula dalam darah.

Bagi individu yang mempunyai diabetes yang mula mengawal kadar glukosa mereka, ia mungkin akan menyebabkan kehilangan berat badan. Tetapi keadaan ini bermakna tahap glukosa dalam badan menjadi seimbang.

Kebas tangan dan kaki

Tahap gula dalam darah yang tinggi boleh menyebabkan berlakunya komplikasi sebelum anda mengetahui bahawa anda mempunyai diabetes. Salah satu daripadanya adalah kerosakan saraf ringan. Ia akan menyebabkan kebas pada bahagian kaki dan tangan.

Selain itu, berikut adalah beberapa tanda awal kencing manis lain:

  • Kehadiran keton dalam air kencing (keton adalah hasil sampingan daripada otot dan lemak yang terjadi apabila insulin dalam tubuh tidak mencukupi)
  • Keletihan
  • Kerap kencing
  • Loya dan muntah

Simptom kencing manis yang sering diabaikan

Adakalanya, terdapat beberapa simptom yang berlaku mungkin akan menyebabkan seseorang individu beranggapan ia adalah berkaitan masalah kesihatan yang lain. Berikut adalah beberapa simptom tersebut: :

Simptom diabetes dan wanita

Jika anda seorang individu wanita yang menghidap diabetes, anda mungkin akan mengalami simptom yang sama seperti individu lelaki. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa tanda unik untuk individu wanita yang mengalami diabetes. Antara simptom uniknya adalah:

Simptom diabetes ketika hamil

Kebanyakan individu wanita yang menghidap kencing manis semasa mengandung tidak akan berdepan dengan sebarang simptom. Walau bagaimanapun, sesetengah ibu yang hamil akan mengalami simptom seperti:

  • Rasa dahaga yang luar biasa
  • Kerap membuang air kecil dalam jumlah yang besar (tanda awal kehamilan juga akan kerap membuang air kecil)
  • Keletihan (kehamilan normal juga akan mengalami keletihan)
  • Gula dalam urin

Simptom diabetes bagi lelaki

Mati pucuk

Mati pucuk adalah ketidakupayaan untuk mencapai atau mengekalkan ereksi. Ia mungkin menjadi tanda-tanda melibatkan masalah kesihatan lain seperti penyakit buah pinggang, gangguan pada sistem peredaran darah atau saraf serta termasuk tekanan darah tinggi.

Ejakulasi pramatang

Ejakulasi pramatang mempengaruhi 15 hingga 30 peratus individu lelaki yang berusia melebihi 18 tahun. Walau bagaimanapun, kebanyakan pesakit yang mengalami diabetes mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidapi masalah disfungsi seksual ini. Namun, kaitan antara ejakulasi pramatang dengan kencing manis masih tidak dapat difahami dengan jelas.

Ejakulasi songsang

Individu lelaki yang menghidap diabetes juga boleh menghadapi ejakulasi songsang. Keadaan ini menyebabkan air mani akan dilepaskan ke dalam pundi kencing. Simptom ini boleh menyebabkan air mani yang dilepaskan menjadi berkurangan. 

Masalah pundi kencing dan saluran kencing

Isu-isu urologi boleh berlaku kepada individu lelaki dengan diabetes disebabkan kerosakan saraf. Tanda-tanda termasuk pundi kencing terlalu aktif, pengeluaran air kencing tidak terkawal dan jangkitan saluran kencing.

Kesimpulan

Sebenarnya banyak tanda awal kencing manis yang mungkin dianggap remeh oleh kebanyakan individu. Walau bagaimanapun, anda tidak boleh memandang remeh segala simptom yang mungkin melibatkan kencing manis kerana ia boleh menyebabkan risiko kesihatan yang lain. Berhati-hati, okay?

Jika terdapat sebarang kemusykilan berkaitan simptom yang dialami, pastikan anda melakukan pemeriksaan dan berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kepastian. 

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ingin Kekal Bertenaga Sepanjang Puasa? ELAKKAN 7 Benda Ini Waktu Sahur

    Bulan Ramadan sudah tiba. Anda ingin kekal bertenaga sepanjang lebih 12 jam berpuasa? Ini 7 perkara yang perlu anda elakkan pada waktu bersahur.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan, Perayaan 23/04/2020 . 3 minit bacaan

    Suka Makan Pakai Tangan? Jangan Pelik Ia Mungkin Punca Berat Badan Naik!

    Tahukah anda, mereka yang makan pakai tangan lebih menikmati makanan berbanding yang guna sudu? Ada banyak lagi dapatan kajian jika makan guna tangan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 17/02/2020 . 3 minit bacaan

    Daun Ketum Boleh Rawat Kencing Manis & Darah Tinggi? JANGAN Biasakan Diri Percaya Bulat-Bulat!

    Ramai individu yang beranggapan, daun ketum boleh merawat pelbagai jenis penyakit kronik termasuklah sebagai rawatan kencing manis dan hipertensi. Benarkah?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Pusat Kesihatan, Diabetes 17/02/2020 . 4 minit bacaan

    Betul Ke Anak Yang Dilahirkan Ibu Obes Memiliki IQ Lebih Rendah? Tapi Kenapa?

    Selain kesan negatif terhadap kualiti hidup, ibu gemuk atau obesiti juga dapat mempengaruhi kecekapan psikomotor anak di dalam kandungan. Baca artikel ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 28/01/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    kemaluan kesemutan

    Eh, Kenapa Faraj Rasa Kebas Selepas Bersetubuh? Bahaya Ke? Ini Penjelasannya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 24/06/2020 . 3 minit bacaan
    contoh menu makanan untuk diabetes

    Orang Kencing Manis Banyak Pantang-Larang, Tapi Makanan Apa Yang Boleh Diambil? Ini Dia!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 04/06/2020 . 3 minit bacaan
    ramadhan

    Bulan Syawal Tiba! Penghidap Diabetes Jenis 1 Perlu Lebih Berjaga-jaga, Ikuti Panduan Pemakanan Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 20/05/2020 . 3 minit bacaan
    bulan ramadhan

    Cuaca Panas Terik Di Luar Buat Badan Lesu? AWAS! Ini 15 Tanda Anda Dehidrasi Masa Berpuasa

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 18/05/2020 . 3 minit bacaan