backup og meta

Panduan untuk Berhenti Merokok

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 03/12/2019

    Panduan untuk Berhenti Merokok

    Merokok membawa banyak kesan buruk, bukan sahaja kepada kesihatan anda tetapi individu di sekeliling anda. Tetapi, kebanyakan perokok tiada idea dengan cara untuk berhenti merokok secara kekal walaupun mereka telah mencuba beberapa cara berbeza. Jika anda salah seorang daripada mereka, artikel ini akan menyediakan beberapa tip bermanfaat untuk anda.

    Kesan merokok kepada badan manusia

    Sistem saraf utama

    Nikotin dalam rokok adalah sejenis ubat pengubah mood. Ia membuatkan anda berasa lebih bertenaga dalam jangka masa yang singkat. Selepas itu, anda berasa lebih ketagih dan penat.

    Sistem pernafasan

    Apabila asap disedut ke dalam sistem pernafasan anda, ia boleh merosakkan paru-paru anda dengan serius. Dalam jangka masa panjang, paru-paru anda akan hilang kebolehan untuk menapis bahan kimia berbahaya. Beberapa penyakit sistem pernafasan yang lazim adalah seperti jangkitan, demam selsema dan selsema.

    Sistem kardiovaskular

    Nikotin di dalam rokok juga merosakkan keseluruhan sistem kardiovaskular. Apabila anda menyedut asap rokok, paras gula dalam darah anda akan meningkat secara relatif. Akibatnya, ia merendahkan paras kolesterol baik dan meningkatkan tekanan darah anda. Disebabkan itu, ia meningkatkan risiko penghasilan darah beku berkaitan penyakit jantung.

    Sistem Integumentari (Kulit, Rambut dan Kuku)

    Asap rokok mengubah struktur kulit anda, menyebabkan berlaku perubahan warna, kulit berkedut dan penuaan pramatang.

    Sistem penghadaman

    Merokok meningkatkan risiko masalah oral seperti pereputan gigi, hilang gigi dan pernafasan berbau. Sesetengah jenis kanser seperti kanser mulut, tekak, larynx dan esofagus adalah kesan dariapada tabiat merokok.

    Panduan untuk berhenti merokok

    Produk farmakologi yang sesuai

    Tanya doktor anda tentang jenis ubat yang dapat membantu anda untuk mengganti dan membuang ketagihan anda kepada produk nikotin. Terdapat banyak produk yang boleh didapati:

    • Gula-gula getah nikotin.
    • Tampalan nikotin.
    • Spray hidung nikotin.
    • Penyedut  nikotin.

    Sokongan dan mobilisasi

    Ia boleh membuatkan anda menyedari untuk mengenal pasti perangsang anda. Selepas itu, anda akan membuat strategi dan jangkaan, kekalkan asas realistik dan teruskan rancangan anda dan menghalang daripada ianya berlaku semula.

    Tambah pengetahuan

    Berita terkini di internet, surat khabar dan minta nasihat pakar untuk menjelaskan tentang kesan negatif merokok kepada kesihatan anda.

    Kira dan Rekod

    Untuk membantu anda melihat kuantiti anda merokok, berapa kos yang dibelanjakan, dan berapa banyak anda boleh berjimat. Simpan jurnal tentang proses anda berhenti merokok untuk melihat kesihatan anda yang semakin baik dari semasa ke semasa.

    Semakin anda mengetahui keburukan nikotin, semakin tinggi peluang anda untuk berhenti merokok secara kekal. Hal ini bukan sahaja baik untuk kesihatan anda tetapi juga orang di sekeliling anda terutama orang tersayang.

    Hello Health Group tidak menyediakan khidmat nasihat, diagnosis dan rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 03/12/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan