backup og meta

Mengapa ‘Ikrar Berhenti Merokok’ Penting untuk Anda Berhenti Merokok

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 15/11/2019

    Mengapa ‘Ikrar Berhenti Merokok’ Penting untuk Anda Berhenti Merokok

    Menghisap rokok mendedahkan seseorang individu untuk mendapat pelbagai masalah kesihatan, dan masalah kesihatan yang paling terkenal adalah kanser paru-paru yang amat ditakuti. Bukan itu sahaja, asap daripada tembakau juga membahayakan individu sekeliling yang tidak sengaja menghidunya kerana berada berhampiran dengan sumber asap, satu keadaan yang dikenali sebagai ‘merokok pasif’. Menimbulkan kesan negatif kepada kesihatan manusia dan beban kewangan kepada kerajaan, matlamat untuk melawan tembakau adalah sangat mudah dan jelas. Walau bagaimanapun, ketagihan yang dialami oleh perokok menyebabkan mereka mudah berputus asa untuk berhenti merokok. 

    Realiti berhenti merokok dan mengapa ‘Ikrar Berhenti Merokok’ sangat penting

    Walaupun pakar penjagaan kesihatan boleh membantu anda untuk berhenti merokok, realitinya adalah mereka hanya boleh membuatkan cabaran berhenti merokok anda menjadi lebih mudah – dan anda sendiri mesti mengelakkan sebarang godaan dan sentiasa berjuang untuk menghentikan tabiat tersebut. Perjalanan untuk berhenti merokok adalah satu bentuk kerjasama antara anda dan profesional penjagaan kesihatan. Selagi anda terus berjuang, mereka akan sentiasa membantu anda, dan kemanisan dalam berhenti merokok adalah satu kejayaan yang turut mereka banggakan. Bagi memastikan anda kekal berjuang, motivasi asas diri anda mestilah kukuh dan konsisten. Tambahan lagi, keinginan dan motivasi untuk berubah adalah satu aspek yang paling penting untuk memastikan anda terus berjuang dalam satu perjalanan yang sukar. Ini adalah satu pendekatan yang popular disebabkan oleh pengaruh psikologi komitmen.

    Komitmen adalah satu ikrar pengikat yang mewajibkan anda untuk melakukan sesuatu tindakan. Memberikan komitmen terhadap perkara yang anda lakukan – sama ada dalam kehidupan peribadi atau kehidupan profesional anda – adalah satu daripada prinsip-prinsip asas kejayaan. Komitmen seperti ikrar berhenti merokok adalah sangat kuat kerana ia mempengaruhi cara anda berfikir dan mekanisma pengatasan (coping) yang berikutnya. Tidak seperti harapan tanpa semangat, ikrar atau komitmen bermakna anda mencuba dengan gigih untuk merealisasikan komitmen anda tanpa mengira cabaran yang mendatang. Tambahan lagi, ia memberikan anda panduan berkenaan apa yang anda lakukan dan mengapa anda melakukannya, selain mengelakkan anda daripada memandang ke belakang.

    Unsur utama untuk menjadi komited adalah peringatan terhadap perkara yang sedang anda berikan komitmen terhadapnya. Itulah sebabnya mengapa tindakan susulan adalah penting bagi memastikan pengekalan motivasi agar profesional penjagaan kesihatan boleh menilai dan mengingatkan anda berkenaan ikrar berhenti merokok anda dan sejauh mana telah anda lalui dalam perjalanan anda untuk berhenti merokok. Kata-kata rangsangan daripada orang-orang yang menyokong anda adalah satu bentuk sokongan yang membantu memberi galakan secara emosi agar anda kekal mengikuti ikrar anda dan kekal komited terhadap tujuan tersebut. Jika ikrar tidak dilihat sebagai satu tindakan yang kuat bagi mencapai sesuatu, apabila terdedah secara psikologi, ia boleh menjadi satu alat yang kuat untuk meningkatkan motivasi dan keinginan seseorang untuk berubah. Disebabkan itu, psikologi diterapkan dalam hampir kesemua program berhenti merokok dan kursus rehabilitasi lain untuk memasukkan isyarat psikologi yang kuat.

    Bagaimana untuk mendapatkan bantuan

    Memahami betapa susahnya perjalanan tersebut, Kementerian Kesihatan Malaysia telah melancarkan inisiatif di seluruh negara yang dipanggil ‘klinik mQuit’, usaha bersama antara kerajaan dan sektor swasta dengan tujuan menyediakan pelan berhenti merokok yang berkualiti, berkesan dan komprehensif untuk perokok di seluruh negara yang ingin berhenti. Untuk maklumat lanjut mengenai program ini, sila layari jomquit.moh.gov.my.

    Pendekatan dan pengurusan holistik yang terdapat dalam perkhidmatan mQuit termasuk:

    • Membantu perokok membangunkan pelan berhenti merokok yang bersesuaian.
    • Menyediakan perokok dengan sumber yang betul dan nasihat mengenai berhenti merokok.
    • Pelan berhenti merokok yang komprehensif dengan sesi susulan oleh profesional penjagaan kesihatan yang berdedikasi.
    • Preskripsi terapi penggantian nikotin (NRT), seperti gula-gula getah dan tampalan nikotin, untuk memudahkan perjalanan berhenti merokok anda dengan mengawal simptom putus ubat (withdrawal).

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 15/11/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan