6 Tip Berhenti Merokok Di Bulan Ramadan

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Bulan Ramadan ini boleh memberikan satu momentum yang tepat bagi anda jika memang berniat berhenti merokok di bulan Ramadan. Selama menjalankan ibadah puasa, perokok biasanya menghentikan kebiasaan merokok dari sahur hingga berbuka puasa selama satu bulan penuh. Tentunya sangat diharapkan perilaku yang baik ini tidak hanya dijalankan semasa bulan Ramadan sahaja, tetapi juga selepasnya. Ini adalah kerana, penggunaan rokok akan meningkatkan seseorang kepada risiko kanser, penyakit kardiovaskular, emfisema, hipertensi, stroke, penyakit buah pinggang dan gangguan kesihatan lain.

Bagaimana cara berhenti merokok di bulan Ramadan?

Kesan buruk rokok terhadap kesihatan adalah kebenaran yang tidak dapat dinafikan. Walaupun demikian, masih ramai orang yang terus merokok walaupun beratus-ratus bahan toksik sudah memenuhi setiap sel di dalam badannya.

Kebergantungan terhadap nikotin ini menyebabkan beberapa perokok lebih memilih menghisap sebatang rokok untuk membatalkan puasa berbanding mengambil makanan atau minumam ketika berbuka. Hal ini tentunya akan membuat manfaat kesihatan dari puasa akan hilang hanya dengan menghisap sebatang rokok ketika berbuka puasa.

Berikut ini beberapa tip yang boleh anda lakukan untuk menghentikan kebiasaan merokok saat puasa.

1. Diawali dengan niat

Niat adalah permulaan untuk berhenti merokok. Sebab itulah penting untuk mengukuhkan niat dan mental anda sebelum membuat keputusan menghentikan tabiat merokok. Dengan begitu, anda akan lebih mudah menjalani setiap proses kerana sudah mempunyai komitmen dalam diri sendiri untuk berhenti merokok. Selain niat, tetapkan juga tujuan anda berhenti merokok. Fungsinya, agar anda lebih bermotivasi untuk mencapai matlamat tersebut.

2. Perlahan tapi konsisten

Memang susah untuk meninggalkan tabiat merokok secara total. Meskipun begitu, ia bukanlah mustahil. Jika pada hari di luar bulan Ramadan anda boleh merokok pada bila-bila saja dan boleh menghabiskan sebungkus rokok atau bahkan lebih dalam sehari, maka selama bulan Ramadan ini anda boleh mengurangkan pengambilan rokok kepada satu hingga dua batang sahaja sehari. Masa merokok yang terhad di bulan puasa akan membantu anda terbiasa merokok dengan jumlah yang lebih sedikit. Teruskan kebiasaan ini sehingga akhirnya tidak merokok lagi.

3. Tidak merokok selepas berbuka

Masa yang paling terdedah untuk merokok di bulan Ramadan adalah ketika berbuka. Jika anda memang berniat untuk menghentikan kebiasaan merokok, saat tiba waktu berbuka berikan badan anda  tenaga dan stamina setelah seharian berpuasa dengan makanan dan minuman yang sihat, bukan dengan sebatang rokok. Jika selepas berbuka, keinginan untuk merokok datang semula, segera mencari kesibukan lain yang mampu mengalihkan anda dari merokok.

4. Elakkan segala hal yang membuat anda ingin merokok

Beberapa perkara yang mungkin boleh jadi pencetus untuk anda merokok adalah pengaruh tabiat minum seperti alkohol, soda, kopi, yang membuat aktiviti merokok jadi lebih nikmat. Lebih-lebih lagi godaan selepas makan.

Jika itu penyebabnya, anda boleh menukar kebiasaan merokok dengan mengambil snek ringan yang sihat seperti buah-buahan, ataupun jus untuk meminimakan tabiat merokok anda. Apabila anda makan di luar, cuba letakkan minuman anda di tangan yang biasanya anda pegang rokok, atau gigit straw agar mulut anda seakan-akan menghisap rokok. Pendek kata, lakukan apa yang diperlukan untuk melepaskan diri dari tabiat merokok.

5. Melengahkan waktu

Kadang-kadang apabila anda stres, berdiam diri malah akan membuat anda semakin tertekan. Hal ini sering kali membuat keinginan untuk merokok menjadi semakin kuat. Jika anda sudah tidak tahan lagi dan benar-benar ingin merokok, anda boleh menggunakan helah dengan memanjangkan waktu. Misalnya tahan hasrat merokok selama 5 minit. Jika 5 minit berjaya, ulangi lagi sekali lagi.

Sering kali, setelah menunggu selama 5 minit, keinginan merokok akan beransur-ansur hilang. Jika anda berjaya melewati keinginan merokok kali ini, sepatutnya ketika keinginan merokok datang lagi, anda boleh melaluinya kembali.

6. Aktif bersenam

Jika anda benar-benar ingin berhenti merokok, anda harus aktif bersenam. Apabila anda aktif secara fizikal, otak anda akan menghasilkan zat-zat penting yang bekerja dalam mengawal keinginan anda untuk merokok. Anda boleh bersenam selepas berbuka puasa. Oleh sebab itu, mulakan rutin bersenam. Anda boleh melakukan sukan selepas berbuka puasa sekurang-kurangnya 30 minit dengan intensiti ringan hingga sederhana.

Rujukan
Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut