5 Cara Ampuh Berhenti Merokok

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Merokok adalah masalah global. Statistik menunjukkan bahawa seramai 5 juta rakyat Malaysia menghisap rokok, iaitu lebih dari 15 peratus. Ini bukanlah angka yang sedikit. Seperti kita maklum, merokok menyebabkan banyak masalah kesihatan terutamanya kanser paru-paru dan penyakit pulmonari obstruktif kronik (COPD).

Kesedaran untuk berhenti dari merokok kini semakin baik. Banyak initiatif yang dilakukan oleh perokok sedari risiko yang ada. Namun, kadangkala ia tidak semudah kata-kata. Ramai dari kalangan mereka yang gagal.

Apakah ada cara yang berkesan untuk berhenti merokok? Ikuti 5 cara ampuh berhenti merokok di bawah.

1. Akupuntur

Akupuntur membantu mengurangkan simptom-simptom penarikan yang berkait dengan nikotin seperti menggigil, resah dan mudah marah. Simptom-simptom ini adalah paling teruk pada minggu pertama.

Menurut Allison Bailey, seorang ahli akupuntur yang dilatih di Universiti Harvard, bahawa salah satu cara yang paling efektif dan semula jadi untuk berhenti merokok tanpa menggunakan ubat adalah akupuntur.

2. Hipnoterapi

Hipnoterapi adalah sejenis psikoterapi yang membantu membuang tabiat buruk. Melalui meditasi terarah, musik yang menenangkan serta pernafasan dalam, anda akan dibawa ke keadaan khayal. Ahli hipnoterapi akan bercakap dengan anda semasa proses ini dan secara separa sedar, ia mampu membuang tabiat buruk yang ada.

Kajian yang dijalankan oleh San Francisco VA Medical Center dan Universitiy of Calfornia-San Francisco menunjukkan bahawa hipnoterapi adalah sama efektif seperti teknik konvensional dalam berhenti merokok.

3. Meditasi

Meditasi mampu memberikan seseorang mendapatkan dirinya dalam keadaan yang tenang. Tekanan dialami oleh perokok pada minggu pertama dalam percubaan untuk berhenti merokok boleh dikawal melalui meditasi.

Meditasi mampu membantu seseorang berhenti merokok dan menggalakkan mereka menjalani gaya hidup yang sihat seperti berbasikal, berenang dan joging.

4. Urut

Urutan biasa pada telinga atau tangan boleh mengurangkan keinginan untuk merokok. Menyentuh terlinga atau tangan menenangkan minda dan menghilangkan keinginan merokok.

Kajian yang dijalankan oleh University of Miami School of Medicine membuktikan bahawa mengurut telinga dan tangan mampu mengurangkan kebimbangan, meningkatkan mod serta mengurangkan kesan penarikan nikotin.

5. Berterus-terang

Bercakap dengan doktor tentang hasrat anda untuk berhenti merokok banyak membantu memudahkan proses tersebut. Dapatkan profesional yang boleh mambantu anda menyusun strategi terbaik untuk berhenti merokok.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan
Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.
Artikel yang Sama
Belajar Mengenainya
COPD: Penyakit Perokok
terus merokok
Belajar Mengenainya
Anda Tidak Akan Kecapi Manfaat Ini Jika Terus Merokok
Belajar Mengenainya, Bantu Pesakit, Menghadapi Penyakit Ini
Mengapa Anda Perlu Berhenti Merokok Sekarang?
Belajar Mengenainya
Perkara yang Tidak Patut Diperkatakan Pada Orang Sedang Berhenti Merokok
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut