backup og meta

Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Asma Alahan

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 29/11/2019

    Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Asma Alahan

    Alahan adalah tindak balas badan yang terlalu sensitif kepada bahan asing yang mungkin tidak berbahaya sama sekali. Bahan ini dipanggil alergen atau antigen. Apabila terdedah kepada alergen ini, sistem imun tubuh menjadi sensitif, melalui reaksi alahan, sehingga menghasilkan bahan kimia yang menyebabkan keradangan. Reaksi alahan boleh berlaku di kebanyakan bahagian badan termasuk sistem pernafasan yang boleh menyebabkan Asma Alahan.

    Apakah itu Asma Alahan?

    Jika anda mempunyai asma alahan, saluran pernafasan anda lebih sensitif kepada alergen tertentu. Sebaik sahaja mereka memasuki badan anda, sistem imun tubuh anda bertindak berlebihan. Otot-otot di sekitar saluran udara anda menjadi tegang. Sistem pernafasan menjadi meradang dan dari masa ke masa dan dibanjiri dengan mukus tebal.

    Sama ada anda mempunyai asma alahan atau asma tanpa alahan, simptom-simptom pada umumnya sama. Anda mungkin mengalami:

  • Batuk
  • Nafas berdehit (wheeze)
  • Sesak nafas
  • Bernafas dengan laju
  • Rasa dada anda menjadi ketat
  • Bahan manakah yang boleh menyebabkan alahan?

    Dengan kata lain, apakah jenis bahan yang boleh menjadi alergen?

    Mana-mana bahan boleh menjadi alergen, jika badan menjadi sensitif dan bertindak balas. Walau bagaimanapun, sesetengah bahan, disebabkan mekanisme kusus fisiologi-kimia, menjadi lebih berkemungkinan menjadi alergen berbanding yang lain. Sebagai contoh, debunga dari banyak tumbuh-tumbuhan, habuk, bijirin, berjerudung, dan sebagainya.

    Bagaimana untuk mencegah asma alahan?

    • Elakkan alergen daripada alam sekitar. Pesakit dengan asma alahan hendaklah mengelakkan pendedahan dengan debunga dan kulat, atau sebarang bahan yang boleh menyebabkan anda mengalami alahan;
    • Semua alergen di dalam rumah, seperti kotoran dan bulu haiwan, harus dielakkan.
    • Elakkan pendedahan kepada alergen tertentu seperti pendedahan kepada asap dan minyak wangi.
    • Perubahan mendadak dalam suhu dan pencemaran alam sekitar boleh menyebabkan kesan tidak spesifik pada pesakit dengan rinitis alahan;
    • Elakkan tekanan, perangsang dan kurangkan penggunaan aspirin.
    • Pesakit dengan asma alahan perlu berhati-hati dengan perubahan cuaca.
    • Pastikan hidung anda bersih. Bersihkan hidung anda dengan air suam atau air garam (saline water 0.9%) dengan kerap.
    • Elakkan asap rokok.

    Ubat-ubatan

    Penggunaan ubat-ubatan untuk rawatan asma alahan biasanya merupakan kaedah yang paling biasa digunakan. Ubat-ubatan yang ditetapkan untuk rawatan asma alahan termasuklah:

    Antihistamin yang menghalang pembebasan atau sintesis bahan-bahan kimia disebabkan alergen, semburan hidung,  Corticosteroids untuk episod akut dan teruk.

    Imunoterapi digunakan apabila dua rawatan untuk asma alahan tidak berkesan. Ini adalah kaedah yang digunakan untuk pesakit dengan pemberian dos terapeutik yang ditingkatkan secara berperingkat untuk mencapai hipersensitiviti, iaitu, untuk mengurangkan simptom pendedahan semula jadi kepada alergen yang sama. Terapi imun adalah satu-satunya cara merawat punca alahan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 29/11/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan