Strok: Terlalu Muda Mendapatnya? Fikirkan Kembali

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Bagi kebanyakan orang muda, mereka berasakan peluang untuk mendapat strok adalah suatu yang mustahil. Tetapi risiko strok meningkat seiring dengan peningkatan usia dan ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja termasuk bayi, kanak-kanak, remaja dan dewasa. Walau bagaimapun, kebanyakan pakar menganggap umur strok muda adalah di bawah 45 tahun.

Fakta kajian semasa

Walaupun bercanggah, terdapat penyelidikan yang menunjukkan bahawa strok kini mungkin didiagnosis dengan lebih kerap pada orang di antara umur 20 dan 54 tahun.

Punca iskemia berlaku apabila bekuan menghalang aliran darah ke otak. Satu kajian 2011 mendapati kadar hospitalisasi strok iskemia pada remaja dan golongan muda berusia 15 hingga 44 meningkat sehingga 37 peratus antara 1995 dan 2008.

Pada tahun 2012, penyelidik mendapati bahawa kejadian strok untuk orang di bawah umur 55 telah meningkat dari 12.9 peratus kepada 18.6 peratus antara 1993 dan 2005.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) telah menjalankan kajian yang mengkaji kebenarannya sama ada orang muda mengalami strok atau sebaliknya. Walaupun laporan penuh belum dikeluarkan, kesimpulan awal mereka menunjukkan bahawa bilangan strok yang lebih tinggi mungkin dikaitkan kepada peningkatan dalam faktor risiko.

Berikut adalah beberapa statistik untuk kejadian strok tahunan bagi orang yang lebih muda dari 45 di Amerika Syarikat:

  • Dari lahir hingga 19 tahun, terdapat hampir 5 kali strok untuk setiap 100,000 kanak-kanak.
  • Strok dalam kalangan orang berumur di bawah 45 adalah antara 7 hingga 15 kali setiap 100,000 orang.

Siapa yang berisiko?

Faktor risiko strok bagi golongan muda adalah sama seperti orang dewasa yang lebih tua. Terdapat penyelidikan mencadangkan bahawa faktor-faktor berikut juga boleh meningkat risiko terhadap orang muda. Ini termasuk:

  • Tekanan darah tinggi
  • Obesiti
  • Kolesterol tinggi
  • Merokok
  • Diabetes

Walau bagaimanapun, golongan muda mungkin mempunyai beberapa faktor risiko tambahan:

  • Penyakit jantung kongenital dan gangguan pembekuan darah. Sekiranya tidak disedari dan dirawat dengan sewajarnya, keadaan ini boleh menyebabkan strok pada zaman kanak-kanak, awal dewasa atau dalam kehidupan.
  • Kawalan kelahiran. Wanita yang mengambil ubat kawalan kelahiran dan orang yang merokok juga meningkatkan risikonya.
  • Air mata dalan dinding pembuluh darah. Ia juga dikenali sebagai diseksi (dissection). Air mata dalam dinding pembuluh darah juga merupakan faktor risiko yang dapat ditemui pada orang dewasa yang lebih muda. Ia oleh menjadi tidak disengajakan tetapi sering kali disebabkan oleh beberapa jenis trauma, termasuk kemalangan kereta.
  • Penggunaan dadah. Orang muda mungkin lebih cenderung menggunakan dadah, yang boleh meningkatkan risiko strok mereka.

Perbezaan strok dalam kalangan orang muda

Merawat dan menguruskan strok pada orang yang berusia bawah 45 tahun memerlukan pendekatan yang berbeza kerana perlu mencari punca yang berbeza.

Terdapat beberapa jenis strok, tetapi semuanya disebabkan oleh bekalan darah ke otak yang berkurang. Jenis yang paling biasa adalah strok iskemia, dan ia sama ada disebabkan oleh pembekuan darah di dalam saluran darah otak, atau bekuan darah yang wujud di luar otak dan bergerak ke saluran tersebut.

Menurut profesor dan ketua neurologi Temple University Medical School di Philadelphia, Dr S Ausim Azizi, kardiogenik menyebabkan lebih banyak serangan strok pada orang dewasa muda. Satu lagi sebab yang perlu diperhatikan dalam kalangan orang muda ialah penggunaan dadah, terutamanya dadah intravena. Penyebab kardiogenik mungkin termasuk penyakit jantung reumatik, injap jantung tidak normal, dan dilahirkan dengan jantung lubang.

Selain itu, sehingga 25 peratus daripada strok di bawah umur 45 tahun disebabkan oleh diseksi pembuluh darah di leher. Ini adalah air mata kecil di dalam saluran darah besar yang menyebabkan bekuan terbentuk dan bergerak ke otak. Penyebab strok lain yang dikaitkan dengan umur strok yang lebih muda termasuk migrain, kehamilan, pil kawalan kelahiran dan merokok

Mencegah dan merawat strok dalam kalangan orang muda

Sekiranya anda mendapati strok yang semakin meningkat pada orang di bawah umur 45 tahun, satu sebab besar mungkin obesiti. Obesiti meningkatkan risiko tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi dan kencing manis.

Antara langakah yang boleh dilakukan untuk mencegahnya:

  • Berjumpa doktok untuk mengenalpasti panyakit berkaitan
  • Senaman rutin dan kekalkan berat badan yang sihat
  • Pemakanan rendah lemak tepu dan tinggi dalam buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin penuh
  • Mula mengawal tekanan darah tinggi dan kolesterol tinggi pada awal usia
  • Mengenalpasti dan mengawal diabetes
  • Elakkan alkohol, dadah dan rokok

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut