5 Keadaan Kesihatan yang Kelihatan Seperti Strok

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 15/11/2019

Strok adalah salah satu punca kematian utama di Malaysia dan juga di peringkat global. Gaya hidup moden yang kurang aktif serta pemakanan yang tinggi lemak adalah antara penyebab kepada bilangan kes yang tinggi.

Keadaan kesihatan ini perlu dicegah sebelum serangan berlaku. Ini adalah kerana apabila serangan telah berlaku, proses pemulihan memakan masa yang lama dan sesetengah pesakit mungkin tidak akan pulih seperti normal.

Terdapat beberapa keadaan kesihatan yang mungkin kelihatan seperti strok tetapi sebenarnya tidak.

1. Sawan

Sawan berlaku apabila aktiviti elektrik di dalam otak terganggu. Jadi, pelbagai jenis simptom boleh berlaku. Antara simptom-simptom tersebut, sebahagiannya kelihatan seperti strok. Ini termasuk kebas, rasa semut-semut serta lemah pada lengan dan kaki.

Selepas serangan sawan, anda boleh mengalami Tood’s paralysis di mana sebahagian atau keseluruhan badan menjadi lemah.

2. Migrain

Meskipun rasa sakit kepala daripada serangan migrain itu sendiri sudah cukup membuatkan anda ke hospital, ia bukan sekadar itu sahaja. Migrain juga mungkin berlaku bersama-sama gangguan penglihatan, serta rasa semut-semut dan kebas pada lengan dan kaki. Percakapan juga mungkin terganggu.

3. Kadar gula darah rendah atau tinggi

Gangguan pada kadar gula boleh memberikan keadaan seperti strok. Kewarasan boleh terganggu. Badan juga akan berada dalam keadaan tidak stabil dan menghadapi kesukaran untuk bergerak. Mata pula menjadi kabur dan badan menjadi lemah.

4. Bell’s palsy

Keadaan ini berlaku disebabkan kecederaan pada urat saraf yang mengawal otot muka. Kesannya, sebahagian daripada muka akan menjadi lumpuh, mata tertutup, mulut senget dan percakapan terjejas. Biasanya, ia akan kembali normal selepas beberapa minggu. Kadangkala, rawatan tertentu mungkin diperlukan seperti steroid dan terapi otot muka.

5. Multiple sclerosis

Ia adalah sejenis penyakit autoimun di mana sistem ketahanan badan menyerang sel-sel urat saraf (neuron) di dalam otak dan urat saraf tunjang. Simptom yang mungkin berlaku adalah pelbagai termasuk kebas, rasa semut-semut, lumpuh kaki dan lengan serta gangguan penglihatan. Ia mungkin kelihatan seperti strok.

Apa pun mungkin keadaannya, sila dapatkan bantuan perubatan dengan segera di pusat kesihatan berdekatan anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Belia Dewasa Dengan PTSD Berisiko Alami Strok Di Usia Pertengahan

    Pernah dengar mengenai PTSD? Ada kajian mengatakan individu belia dengan PTSD berisiko alami strok usia pertengahan, adakah ia benar?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Sampai Boleh Lumpuh? Kenali Komplikasi Migrain

    Himpunan komplikasi yang boleh berlaku akibat migrain boleh melibatkan darjah keterukan yang berbeza. Antara komplikasi migrain yang boleh berlaku adalah:

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab

    Nak Beli Rumah Kelak? ELAKKAN Rumah Di Bandar Besar! Ini Sebabnya…

    Terdapat peningkatan risiko untuk mendapat strok dalam kalangan penduduk yang tinggal di rumah yang mempunyai bunyi bising yang terhasil daripada trafik

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Pemakanan untuk Jantung yang Sihat

    Sekiranya anda sudah mempunyai keadaan jantung, pemakanan sihat sangat penting bagi mengurangkan kolesterol dan membawa manfaat kepada anda.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz

    Artikel lain untuk anda

    manfaat-tidur-malam-wajib-anda-tahu

    Zzzz… 7 Manfaat Tidur Malam Yang Wajib Anda Tahu! Yang Terakhir ‘Confirm’ Anda Suka

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 12/03/2020
    cara menurunkan darah tinggi hipertensi

    Orang Muda Yang Ada Tekanan Darah Tinggi, Ini 5 Cara Menurunkan Risiko Hipertensi!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 26/12/2019
    permainan video

    Maut Diserang Strok Akibat Ketagihan Permainan Video

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Diterbitkan pada 06/11/2019
    penjagaan pesakit strok

    Panduan Penjagaan Pesakit Strok di Rumah

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Diterbitkan pada 05/11/2019