Polisi, Terma & Syarat

 

*Jika terdapat kekeliruan mengenai Polisi, Terma dan Syarat penggunaan Hello Doktor, versi Bahasa Inggeris adalah terpakai sepenuhnya pada semua tatacara penggunaan dan akses informasi ke atas pengguna Hello Doktor. 

Isi Kandungan

  1. Informasi Penting Hello Health Malaysia
  2. FAQs
  3. Hantar Artikel Anda

I. Informasi Penting Hello Health Malaysia Sdn. Bhd.

Hello Health Malaysia Sdn Bhd akan selalu mengemaskini Soalan Lazim (FAQs) dengan informasi yang relevan dan terkini untuk pengguna kami. Sila ke bahagian  Soalan Lazim kami untuk menjawab segala persoalan anda. Jika tiada jawapan yang anda temui, bolehlah menghantar pertanyaan anda ke email kami; contact [at] hellodoktor.com


Kemaskini terakhir: 14 April 2018


II. Soalan Lazim Tentang Email Spam

Berhubung ada pihak yang menggunakan nama Hello Health Malaysia dalam email spam mereka, kami menyediakan bahagian khusus informasi mengenai isu spam ini untuk pengetahuan anda.

Perhatian

Spammers kadangkala menggunakan template email Hello Health Malaysia untuk mengirim email tidak rasmi menggunakan nama dan logo kami. Spammers (dan hackers) biasanya melakukan ini untuk beberapa tujuan, misalnya:

  • Menggunakan Hello Health Malaysia untuk menjual ubat kepada anda
  • Memasang  perisian tersembunyi (disebut malware) untuk mengawal komputer anda atau mencuri data.

Harap diingat bahawa semua email rasmi dari kami akan dikirim dari alamat email Hello Health Group atau Hello Doktor, dan semua link dari email dan newsletter kami adalah link menuju website kami, bukan website lain. Berikut ini jawapan dari sejumlah pertanyaan yang paling sering diajukan mengenai isu Spam. Semoga ini dapat membantu anda. Untuk menghubungi Hello Health Malaysia, anda boleh mengirim email spertimana alamat email dinyatakan di atas.

Apa itu spam?

Spam adalah istilah popular untuk email yang tidak diingini. Menurut kamus online Merriam-Webster’s, spam didefinisikan sebagai “unsolicited usually commercial e-mail sent to a large number of addresses,” atau “email yang tidak diinginkan, biasanya bersifat komersial, yang dikirim ke sejumlah besar alamat email sekaligus.” Istilah lain yang lebih formal untuk Spam adalah UCE (Unsolicited Commercial Email) dan UBE (Unsolicited Bulk Email)

Apa itu phishing?

Phishing adalah teknik yang digunakan oleh hackers untuk mendapatkan informasi dari komputer anda (misalnya username, password, dan data kewangan). Phishing biasanya dilakukan menggunakan email palsu yang seolah-olah dikirim oleh syarikat tertentu (serupa dengan spam) yang mengandung link dan/atau lampiran (attachment) yang berbahaya.

Apakah Hello Health Malaysia memberikan alamat email saya kepada orang lain?

Privasi dan keselamatan pengguna adalah keutamaan bagi Hello Health Malaysia. Setiap pengguna kami adalah dilindungi di bawah akta Keselamatan Data Peribadi (PDPA) sepertimana tertakluk dalam undang-undang Malaysia.

Bagaimana spammers dan hackers boleh mendapatkan alamat email saya?

Amat sukar untuk  menentukan bagaimana cara spammers dan hackers (mereka yang mengirim email yang tidak diinginkan) mendapatkan alamat email sasaran mereka, kerana ada banyak cara untuk mendapatkannya. Beberapa cara paling popular adalah: mendapatkan alamat email dari chat rooms, mesin pencari, daftar email yang tidak dilindungi oleh PDPA, dan link “mailto” dari banyak website. Kebanyakan syarikat dan mereka yang mengirim email spam biasanya menggunakan “Web crawlers” atau program auotomatik yang mencari dan mendapatkan alamat email dari beberapa website. Malangnya, jika alamat email anda didapati daripada laman web awam, akan sangat mudah bagi spammers mendapatkannya.

Biasanya spammers dan hackers juga mengirim spam ke alamat email yang menggunakan nama-nama yang cukup umum, atau istilah-istilah umum, seperti “[email protected]” atau “[email protected]” Mereka juga mungkin memiliki database dari domain Internet ternama dan akan terus menerus mendapatkan daftar alamat email dari domain tersebut. Ada juga virus yang boleh mengirim email ke semua alamat di daftar ‘contact’ email Anda.

Bagaimana saya dapat menghentikan email spam?

Sebagian besar penyedia layanan email sudah memiliki sistem yang akan auotomatik memisahkan email yang dikategorikan sebagai  spam ke dalam folder khusus yang biasanya bernama “Spam” atau “Junk”. Namun anda juga boleh mengasing sendiri untuk menyaring email tertentu atau mengaktifkan aturan “safe email.”

Selain menyaring atau ‘filter’ email, Anda juga boleh melakukan langkah berikut untuk mencegah Spam:

  • Jangan menulis alamat email anda dalam forum publik di Internet, blog, chat rooms, media sosial, dan direktori.
  • Pilihlah alamat email yang susah diduga oleh spammers.
  • Ketika mendaftar ke sebuah website, bacalah ruangan privasinya (privacy policy) terlebih dahulu untuk memastikan bahwa email anda akan dijaga keselamatannya. Banyak website juga menawarkan untuk mengirim newsletter setelah anda mendaftar, dan anda boleh memilih untuk tidak mendapatkan email ini dengan cara tidak menanda kotak langganan atau daftar ketika mendaftar.

Bagaimana agar saya tidak menjadi mangsa phishing?

Phishing melalui email hanya akan berjaya  jika anda klik pautan di dalam email tersebut, atau memuat turun dan membuka attachment yang dikirim email tersebut. Sebaiknya hindarilah pautan dan attachment dari email yang dikirim oleh pengirim yang  tidak dikenali. Periksa dahulu pautan  yang dikirim (klik) untuk memastikan bahwa itu adalah link ke laman web yang boleh dipercayai. Jika email yang anda terima kelihatan mencurigakan (meskipun dikirim dari alamat email orang yang anda kenal), sentiasalah waspada.

Anda juga boleh menjaga informasi dan data peribadi anda dari phishing dengan cara:

  • Memastikan komputer anda memiliki sistem keselamatan  dan anti-virus versi terbaru.
  • Berhati-hatilah menulis informasi peribadi anda di laman web awam dan pastikan anda hanya memberit informasi peribadi melalui alamat laman web yang bermula dengan https (SSL).
  • Muat turun software hanya dari laman web yang anda percaya.

Bolehkah saya mengetahui siapa yang mengirim spam?

Spammers biasanya akan menyamarkan informasi pengirim email. Biasanya ruangan “dari” dan “untuk” akan dipalsukan, atau tidak kelihatan. Bahkan kadangkala mereka juga boleh membuat seolah email tersebut dikirimkan untuk anda, dari anda sendiri! Malah alamat IP (Internet Protocol) yang mereka gunakan pun palsu. Teknik-teknik ini membuat identiti asal mereka tersembunyi dan kita tidak akan tahu siapa yang mengirim spam ini.

Namun, anda boleh memeriksa  “Internet path”, iaitu sistem yang digunakan email tersebut untuk mencapai email anda, dengan cara melihat informasi di header email tersebut. Pemeriksaan header information ini bergantung pada penyedia email anda. Biasanya anda boleh merujuk ke link “Help” atau “Bantuan” di penyedia email anda untuk mendapatkan petunjuk selengkapnya.

Selamatkah untuk “unsubscribe” atau membalas spam supaya email saya tidak menerima spam lagi?

Membalas spam dan meminta mereka untuk tidak mengirim email lagi malah akan membuat spammer tahu bahwa alamat email anda benar-benar wujud dan aktif, dan mereka mungkin akan memasukkannya ke database mereka. Kami menyarankan anda untuk tidak membalas email spam apapun. Perbuatan ini hanya akan memberikan petunjuk baru tentang status alamat email anda, dan spammer akan melakukan dua perkara berikut:

  1. Mengirim anda lebih banyak spam.
  2. Menjual info alamat email anda ke spammer yang lain, sehingga anda akan menerima semakin banyak spam.

Solusi terbaik memerangi spam adalah: hapus email tersebut tanpa membukanya, atur filter email Anda, dan/atau laporkan ke penyedia layanan internet Anda.

Bagaimana jika saya mau berhenti melanggan (unsubscribe) newsletter dan email dari website rasmi yang memang pernah saya gunakan?

Hello Health Group selalu menyediakan pilihan untuk unsubscribe atau berhenti langganan di setiap newsletter yang kami kirim. Tujuannya adalah untuk memudahkan anda jika ingin berhenti menerima email daripada kami.

Hampir semua email komersil yang rasmi akan menyediakan arahan bagaimana cara berhenti melanggan dan bagaimana cara mengeluarkan alamat email anda dari daftar mereka. Namun ini hanya akan berlaku jika anda sudah mendaftar atau bersetuju untuk dimasukkan ke dalam daftar email ini, sehingga secara teknikal email ini dikirim atas persetujuan anda dan tidak boleh dikategorikan sebagai spam.

Adakah anda lupa bahawa anda pernah mengisi data peribadi di sesebuah laman web? Ramai orang lupa akan hal ini. Atau mereka lupa untuk tidak menanda kotak ‘langgana’ yang menyatakan bahwa anda akan automatik didaftarkan ke newsletter untuk menerima informasi terbaru dari website tersebut. Hello Health Malaysia hanya menggunakan sistem pendaftaran yang harus anda isi sendiri secara sukarela (Anda harus mendaftarkan sendiri alamat email anda, atau menanda sendiri kotak pilihan langganan) supaya anda tahu dan sedar sepenuhnya bagaimanakah cara anda mendaftarkan email tersebut.

Selalulah berhati-hati sebelum anda bersetuju untuk memberikan  alamat email anda untuk didaftarkan ke sesebuah laman web. Anda mungkin  telah memberikan laman web tersebut hak untuk menjualbelikan alamat email anda kepada syarikat lain. Hello Health Malaysia menyarankan anda untuk selalu membaca ruangan data dan privasi laman web apapun sebelum anda mendaftarkan diri, sehingga anda faham bagaimana mereka akan memperlakukan data peribadi anda, termasuk alamat email.

 

Kemaskini terakhir: 14 April 2018


III. Hantar Artikel Anda

Hello Doktor berminat untuk menerbitkan artikel anda!

Anda dapat membantu kami membangunkan komuniti Hello Doktor dengan memberi lebih banyak akses kepada informasi berguna mengenai kesihatan dan gaya hidup sihat. Kami ingin mengetahui bagaimana anda kekal aktif, sihat dan memastikan keluarga anda sihat dan bahagia. Atau bagaimana kisah anda berjuang dengan sesuatu penyakit dan sentiasa ingin hidup secara positif dan berkongsi pengalaman berharga anda itu. Anda tidak perlu jadi seorang penulis profesional yang berpengalaman. Jika anda memiliki pengetahuan teknikal mengenai topik kesihatan dan bisa menceritakannya dengan bahasa yang mudah difahami semua orang, pengarang kami akan membantu menyunting tulisan anda dan kemudian menerbitkannya untuk dibaca oleh semua pengguna kami.

Jika anda tertarik berkongsi artikel untuk kami terbitkan, tulisan anda harus memenuhi syarat sebagai berikut:

  • Tepat dan berfakta. Ini adalah peraturan penting nombor satu di laman web kami. Jika tulisan anda tidak berdasarkan fakta atau data penelitian yang sudah terbukti, kami tidak dapat menerbitkannya.
  • Mendidik dan menghibur. Panduan untuk pesakit/pejuang yang masih hidup dengan keadaan atau penyakit tertentu, hasil penelitian kesihatan terbaru tentang cara menurunkan berat badan, atau panduan menghadapi masalah tertentu ketika hamil, adalah contoh untuk artikel yang bukan hanya berguna tapi juga menarik untuk dibaca.
  • Original. Artikel ini harus ditulis sendiri oleh anda dan bukan hanya menyalin atau menerjemahkan tulisan orang lain. (Catatan: kami selalu memeriksa semua artikel untuk plagiarisme sebelum menerbitkannya).
  • Belum pernah diterbit sebelumnya di laman web lain. Namun, jika artikel ini pernah dterbit di majalah atau buku versi cetak, harap anda dapat memberitahu kami terlebih dahulu. Kami masih boleh menerbitkan artikel tersebut jika anda adalah pemegang hak ciptanya.

Jika Anda ingin menulis untuk kami tapi masih ragu-ragu apakah idea anda akan diterima atau tidak, Anda boleh mengirim email kepada kami terlebih dahulu, dengan:

  • Topik atau tema yang ingin anda tulis, dan apa angle spesifik yang ingin anda ceritakan.
  • Tajukyang akan anda gunakan untuk artikel tersebut. (Tajuk ini sebaiknya dijadikan sebagai subjek email anda kepada kami).
  • Berapa panjang artikel anda. (Artikel yang dikirim harus mempunyai minimum 500 kata).
  • Informasi yang relevan mengenai diri anda dan latar belakang anda. Jika tulisan anda ada yang pernah diterbitkan di laman web atau media lain sebelumnya, ini bolehlah dilampirkan bersama. Jika Anda memiliki latar belakang perubatan atau pengalaman lain yang sesuai dengan topik artikel yang anda tulis, harap lampirkan juga. Anda juga boleh menyertakan CV anda jika perlu, untuk latar belakang yang lebih lengkap.

Kirim tulisan atau idea anda ke alamat email pengarang urusan kami di shahrul [at] hellohealthgroup.com Kami menerima banyak email setiap hari, jadi kadangkala memerlukan sedikit masa untuk membalas email anda, tapi kami pasti akan membalasnya. Jadi, harap bersabar.

 

enEnglish