Pakai Baju Raya Cantik Nak Solat Raya & Buat Rumah Terbuka, Boleh Ke Di Musim COVID-19 Ini?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 20/05/2020

Mungkin ada yang tertanya-tanya, bagaimanakah sambutan hari raya pada tahun ini susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang masih berlangsung.

Ada juga yang risau bagaimana untuk melakukan solat sunat hari raya Aidilfitri di masjid dan tertanya-tanya bolehkah sembahyang raya ini diadakan.

Sembahyang raya dibenarkan, tetapi bersyarat

Buat masa ini, kerajaan telah memberikan beberapa kelonggaran semasa PKPB berlangsung termasuklah dengan kebenaran aktiviti solat sunat hari raya Aidilfitri di masjid.

Namun ia masih mempunyai beberapa syarat tertentu yang mesti dipenuhi jika mahu melaksanakan sembahyang raya di masjid.

Beberapa negeri melalui Jabatan Mufti Negeri masing-masing telah membenarkan solat sunat hari raya Aidilfitri dilakukan di masjid tetapi terhad kepada hanya 12 orang sahaja.

12 orang yang dibenarkan untuk sembahyang raya di masjid itu adalah mereka yang terdiri daripada ahli jawatankuasa masjid tersebut sahaja.

Orang awam dilarang untuk hadir ke masjid bagi melakukan sembahyang raya dan digalakkan untuk melakukannya di rumah masing-masing.

Sehinggga hari ini, beberapa negeri seperti Johor, Selangor, Perak, Kedah dan Negeri Sembilan memberikan keputusan tersebut bersama-sama pelaksanaan Solat Jumaat dengan prosedur operasi standard (SOP) yang sama.

Bagi Perlis pula, Jabatan Mufti Perlis telah memutuskan tiada solat sunat hari raya Aidilfitri dilakukan di masjid dan surau di seluruh negeri itu pada tahun ini.

Kesemua rakyat di Perlis diminta untuk melakukannya di rumah masing-masing bersama ahli keluarga sahaja.

Ikut garis panduan, dipantau pihak berkuasa keselamatan

sembahyang raya

Walaupun sembahyang raya Aidilfitri dibenarkan, pihak masjid mestilah bertanggungjawab untuk memastikan semua jemaah mematuhi garis panduan Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing.

Ini termasuklah pemeriksaan kesihatan semua jemaah yang akan terlibat dan mengamalkan penjarakan sosial.

Selain itu, bagi memastikan bahawa jumlah kehadiran jemaah adalah seperti yang telah ditetapkan sahaja, pihak keselamatan seperti anggota polis dan askar akan turut hadir ke masjid.

Ini bagi memantau perjalanan solat sunat hari raya tersebut berikutan kebimbangan berkenaan kehadiran penduduk setempat ke masjid berkenaan. 

Bagaimanakah suasana rumah terbuka Aidilfitri 2020?

solat sunat hari raya

Antara sambutan atau acara yang sering dinanti-nantikan setiap tahun sewaktu Aidilfitri ialah rumah terbuka hari raya.

Namun, perkara tersebut mustahil akan berlaku pada tahun ini di saat semua pihak sedang sibuk melawan penularan wabak COVID-19.

Kerajaan telah melarang sebarang acara kenduri atau rumah terbuka sempena Aidilfitri pada tahun ini.

Selain itu, aktiviti ziarah menziarahi juga hanya boleh dilakukan pada hari raya pertama sahaja, terhad kepada kehadiran 20 orang bagi setiap rumah.

Walaupun kerajaan membenarkan aktiviti berhari raya ini dilakukan dengan jumlah yang terhad, ia masih menjadi satu kebimbangan besar bagi sesetengah pihak. 

Ini kerana ketika himpunan ahli keluarga semasa raya berpotensi untuk berlakunya penularan wabak.

Apatah lagi dengan kelonggaran pergerakan rentas daerah dalam negeri yang sama

Kerajaan juga telah melarang sebarang aktiviti rentas negeri dilakukan semasa hari raya sepanjang PKPB ini dikuatkuasakan.

Walaupun belum tiba hari raya, statistik menunjukan bahawa beribu-ribu kenderaan telah cuba untuk melakukan pergerakan rentas negeri sejak kebelakangan ini. 

Kebanyakan daripada mereka sama ada diarah untuk berpatah balik atau diberikan kompaun sebanyak RM1,000 seorang. 

Inilah antara perkara yang dikhuatiri oleh ramai pihak.

Masih ramai rakyat di negara ini cuba untuk melanggar arahan kerajaan untuk pulang ke kampung walaupun telah berulang kali diingatkan di saluran media.

Garis panduan dan larangan adalah satu bentuk pencegahan

solat sunat hari raya

Kita perlu faham setiap garis panduan yang dikeluarkan dan juga arahan dan larangan yang ditetapkan ini mempunyai tujuan khusus; iaitu untuk mengekang penularan wabak COVID-19 daripada menjadi lebih buruk

Tiada keperluan untuk mempersoalkan mengapa tiada sembahyang raya, rumah terbuka dan larangan untuk pulang ke kampung pada tahun ini.

Masing-masing perlu memahami bahawa ia adalah untuk kebaikan semua rakyat di Malaysia.

Jangan kerana disebabkan oleh sikap penting diri kita sendiri, individu lain pula yang menjadi mangsa jangkitan malah lebih teruk, menjadi korban COVID-19. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Raya Tetap Raya, TAPI Ini 11 Perkara Boleh & Tidak Untuk BERAYA Masa PKPB, Sila Patuhi!

Bagaimana dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri anda tahun 2020? Ini panduan untuk anda beraya dalam tempoh PKPB ini. Sila patuhi ye.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Makan Vitamin D Untuk Cegah Jangkitan COVID-19, Berkesan Ke?

Ada yang mengatakan jika makan vitamin D dapat membantu tubuh melawan jangkitan COVID-19. Namun adakah ia benar-benar berkesan atau sebaliknya?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Coronavirus, COVID-19 18/05/2020

TERBAHARU! Virus COVID-19 Dikesan Dalam Air Mani Manusia! Ada Potensi Merebak Melalui Hubungan Seks

Terbaharu, air mani 6 pesakit dan juga bekas pesakit COVID-19 disahkan mengandungi virus tersebut. Ia dilaporkan berlaku di sebuah hospital di China!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Coronavirus, COVID-19 15/05/2020

TERKINI! 3 Orang Pelajar UMS Pula Positif COVID-19, Apa Punca Sebenarnya?

Kes positif COVID-19 di Sabah semakin meningkat. Terbaharu, seramai 3 orang pelajar UMS didapati positif. Apa punca sebenar perkara ini berlaku?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Coronavirus, COVID-19 14/05/2020