Apa Lagi Yang Boleh Anda Lakukan Semasa Cuti Tahun Baru Cina?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 23/01/2020 . 3 minit bacaan

Secara kebetulan, sambutan Tahun Baru Cina 2020 berlangsung selama tiga hari di Malaysia bermula pada hari Sabtu, Ahad dan Isnin. Malah, kanak-kanak sekolah telah memulakan cuti mereka lebih awal sempena Tahun Baru Cina ini. Ini merupakan kesempatan bagi kaum Cina yang menyambut perayaan ini untuk pulang ke rumah keluarga masing-masing dengan lebih awal. 

Bagaimana pula dengan mereka yang tidak menyambut perayaan ini? Bagi mereka yang tidak menyambut perayaan ini atau mereka yang tidak berkesempatan untuk pulang ke rumah keluarga dan menyambutnya, di sini kami sertakan beberapa aktiviti yang boleh anda cuba lakukan bagi mengisi masa cuti anda selama beberapa hari ini. Sekurang-kurangnya, anda boleh mengisinya dengan aktiviti yang bermanfaat dan menyeronokkan, betul tak?

Apa aktiviti yang boleh anda lakukan ketika musim cuti perayaan?

#1. Perbaiki kesihatan fizikal anda

Mungkin sudah lama anda tidak mengambil cuti tahunan dan lebih banyak meluangkan masa dengan memenuhi tugas kerjaya anda. Peluang cuti Tahun Baru Cina ini boleh digunakan untuk anda bersenam setiap hari, makan secara sihat dan mendapatkan tidur yang berkualiti dan mencukupi. Mungkin anda boleh cuba untuk pergi ke gym jika anda belum pernah ke sana. 

#2. Membaca

Peluang bercuti tidak semestinya perlu dihabiskan dengan aktiviti sosial semata-mata. Anda juga masih boleh menikmati cuti anda dengan mula membaca beberapa buku kegemaran anda. Jika sebelum ini anda ada membaca beberapa buah buku tetapi terhenti disebabkan oleh kekangan masa, inilah masanya untuk anda kembali membacanya semula. 

Aktiviti ini juga bersesuaian dengan pengisytiharan Kuala Lumpur sebagai World Book Capital 2020 oleh UNESCO. Anda boleh pergi ke Perpustakaan Negara Malaysia dan Perpustakaan Kuala Lumpur jika tinggal di Kuala Lumpur atau mana-mana perpustakaan dalam komuniti anda.

#3. Bina sesuatu

Bagi mereka yang minat dengan seni atau aktiviti pertukangan, anda boleh meluangkan masa anda dengan membina sesuatu yang anda gemar. Sebagai contoh, anda boleh bertukang membuat meja dan kerusi, atau anda boleh juga membaiki barangan elektrik atau perabot yang telah rosak. 

Aktiviti seperti ini juga memberikan manfaat bukan sahaja kepada kesihatan fizikal, malah kesejahteraan mental anda. Anda juga boleh mengasah kemahiran pertukangan anda yang mungkin sudah lama tidak digunakan sebelum ini.

#4. Pergi ke zoo atau muzium

Bagi mewujudkan ketenangan dalam diri anda dan juga anak-anak anda, bawalah keluarga anda bersama ke zoo bagi mengisi masa yang terluang semasa cuti Tahun Baru Cina ini. Anak-anak anda juga akan mempunyai masa yang lebih berkualiti berbanding dengan hanya bermain telefon atau gajet di rumah. 

Bagi peminat sejarah dan seni, anda boleh meluangkan masa untuk melawat muzium atau galeri seni berdekatan. Masa cuti terisi, ilmu pun dapat, kan?

#5. Cuba hobi baharu

Jika anda masih tidak tahu apa yang ingin dilakukan atau bosan dengan aktiviti sedia ada, cuba lakukan sesuatu yang baharu untuk diri anda. Cuba sesuatu yang tidak pernah anda lakukan sebelum ini kerana ia mungkin akan menarik minat dan seterusnya mencetuskan hobi baharu untuk anda. 

Jika anda tidak pernah berkebun atau menanam sayur di rumah, cubalah berkebun. Jika anda tidak pernah terlibat dengan sebarang tarian sebelum ini, sertai kelas tarian dan menari sepuasnya. Jenis hobi yang ingin dilakukan sememangnya tidak terbatas, oleh itu lakukan apa sahaja yang anda rasa menarik selagi mana ia tidak melanggar nilai budaya, agama dan undang-undang negara.

#6. Sertai aktiviti berkaitan alam sekitar

Jika ada mana-mana kumpulan hiking yang ingin melakukan aktiviti hiking di sekitar kediaman anda, jangan fikir panjang dan sertailah mereka. Jika anda kurang berminat dengan aktiviti hiking, jangan risau kerana banyak lagi aktiviti lain berkaitan alam sekitar yang boleh anda lakukan. Antaranya berkelah di tepi pantai dan bermain layang-layang di tasik rekreasi.

Selain itu, anda juga boleh melibatkan diri dengan aktiviti kesukarelawanan seperti mengutip sampah di tepi pantai atau tasik, menyertai pasukan sukarelawan di zoo atau menjadi sukarelawan dalam aktiviti kitar semula.

#7. Pergi berenang

Jika anda tinggal di kawasan kediaman yang mempunyai kemudahan kolam renang, apa tunggu lagi, terjun sahaja! Anda tidak perlu membuat sebarang bayaran jika ia berada di kawasan kediaman anda sendiri. Jika tidak, anda juga boleh pergi ke kemudahan kolam renang komuniti berdekatan dengan caj bayaran yang agak rendah. 

Jika tidak mahir atau tidak tahu cara untuk berenang dengan betul, ajak rakan anda untuk mengajar anda berenang. Anda juga boleh mengupah jurulatih renang bagi membantu anda. Jangan malu kerana masih ramai lagi yang tidak pandai berenang seperti penulis.

Kesimpulan

Sebenarnya, masih banyak lagi aktiviti yang boleh anda lakukan berbanding senarai yang kami berikan ini. Kami hanya memberikan senarai aktiviti yang bukan hanya bertujuan memenuhi masa lapang anda, malah memberikan manfaat kepada kesihatan fizikal dan juga mental. Apa yang paling penting, lakukannya bersama ahli keluarga anda agar keseronokan yang dirasai dapat dikongsi bersama. Selamat bercuti dan selamat Tahun Baru Cina!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    BMI Sana, BMI Sini. Apakah Sebenarnya BMI Ni?

    Ramai yang selalu menyebut BMI apabila bercakap mengenai berat badan masing-masing. Tetapi apakah sebenarnya yang disebut sebagai BMI ini?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Diet/Pengurusan Berat Badan 14/11/2019 . 2 minit bacaan

    Betul Ke Minum Susu Boleh Menyebabkan Kanser Prostat?

    Mereka yang kerap mengambil makanan tenusu berisiko untuk mendapat kanser prostat. Hah, betul ke? Ikuti artikel ini untuk penerangan selanjutnya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 03/11/2019 . 2 minit bacaan

    Peninju MMA Amalkan Terapi Minum Air Kencing Untuk Lebih Kuat? Betul Ke?

    Pada tahun 2009, Juan Manuel Marquez telah mempromosikan terapi air kencing untuk memperolehi kebaikan nutrisi. Persoalannya, bukan ada bakteria ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 17/10/2019 . 3 minit bacaan

    Diet Simple Ini Bantu Anda Kurangkan Beban Masalah Di Dalam Minda

    Kini terdapat cara yang jauh lebih berkesan untuk membantu anda mengurangkan beban masalah yang dialami dan dikatakan boleh mengurangkan kemurungan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 15/10/2019 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    lawatan ke muzium

    Muzium Membosankan? Lepas Baca Ini Pasti Anda Rasa RUGI Besar Kalau Tak Pergi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 03/03/2020 . 3 minit bacaan
    makanan tradisional cina

    Gong Xi Fa Cai! Ini 7 Tip Makan Secara SIHAT Semasa Tahun Baru Cina

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 20/01/2020 . 4 minit bacaan
    manfaat serat

    Ketahui, Makan Sihat Bukan Hanya Untuk Badan, Tetapi Juga Untuk Mental Anda!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 08/01/2020 . 4 minit bacaan
    tips kekal sihat

    Nak Lebih Sihat Dengan Cara Mudah? Cuba Mula Dengan Makan Popcorn!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 17/11/2019 . 2 minit bacaan