Apa itu Whiplash?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

enEnglish

Definisi

Apa itu Whiplash?

Whiplash ialah kecederaan leher yang berlaku apabila kepala seseorang bergerak ke belakang dan ke hadapan dengan terlalu cepat dan kuat menyebabkan kecederaan ligamen, otot, tulang, dan cakera. Whiplash menyebabkan ketidakselesaan kepada pesakit dan kesukaran melaksanakan pekerjaan terutamanya kerja berat.

Apakah kebarangkalian Whiplash?

Whiplash boleh berlaku kepada sesiapa pun tanpa mengira usia. Anda boleh mengurangkan risiko mengalami whiplash dengan mengurangkan faktor risiko. Sila hubungi doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Whiplash?

Kesakitan leher adalah simptom yang paling kerap berlaku jika anda mengalami whiplash. Rasa sakit tersebut selalunya dirasai selepas beberapa jam atau hari daripada waktu kemalangan. Anda juga mungkin akan mengalami rasa tegang pada leher, kekejangan leher, dan rasa pening pada bahagian belakang kepala. Rasa sakit pada bahu dan tangan, kebas, pergerakan menjadi terhad, bunyi berdering pada telinga dan kesukaran menelan juga boleh berlaku jika anda mengalami kecederaan yang lebih parah.

Terdapat tanda atau simptom yang tidak tersenarai di atas. Jika anda mempunyai sebarang kerisauan tentang sebarang simptom, sila hubungi doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Anda patut menghubungi doktor anda jika terdapat rasa sakit pada leher atau simptom whiplash yang lain, terutamanya setelah berlaku kemalangan (kemalangan kereta, kecederaan setelah aktiviti sukan)  

Punca

Apakah Punca Whiplash?

Whiplash kebiasaannya berlaku dalam kes kemalangan jalan raya, trauma disebabkan jatuh, kecederaan daripada aktiviti sukan atau penderaan fizikal. Lebih daripada 40% kes whiplash berpunca daripada pelanggaran bahagian belakang kenderaan.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Whiplash?

Faktor tertentu mungkin meningkatkan risiko anda menghadapi whiplash:

  • Usia: usia 65 tahun dan ke atas mempunyai risiko yang tinggi;
  • Jatuh daripada ketinggian 1 meter atau 5 anak tangga;
  • Mengalami pelanggaran, mengalami kemalangan kereta;
  • Melewatkan pemeriksaan perubatan setelah simptom kelihatan
  • Ketiadaan disk antara vertebra leher

Jika anda tidak terdedah dengan faktor risiko di atas, tidak bermakna anda bebas daripada penyakit ini. Tanda-tanda di atas hanyalah sebagai satu rujukan. Sila berhubung dengan doktor/pakar untuk maklumat lanjut.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Whiplash didiagnosis?

Doktor anda akan melakukan diagnosis berdasarkan rekod kesihatan dan pemeriksaan fizikal. Anda juga mungkin akan diminta menjalani ujian darah, X-rays dan MRI untuk memeriksa sebarang kecederaan saraf dan menolak kemungkinan punca lain. Anda juga mungkin akan disarankan doktor untuk merujuk neurologis (pakar penyakit saraf) atau pakar bedah ortopedik (pakar sakit tulang).

Bagaimana pesakit Whiplash dirawat?

Matlamat utama rawatan whiplash adalah untuk mengurangkan kesakitan dan memberikan masa untuk menyembuhkan kecederaan. Kebiasaannya rawatan konservatif yang akan digunakan. Pertamanya, anda perlu meletakkan pek ais pada kawasan sakit, kemudian haba (pad haba, mandian panas) atau sejukkan ia. Anda juga perlu memakai pakaian dengan kolar yang lembut.

Anda juga patut meletakkan dua gulung tuala kecil dalam 2 inci diameter atau bantal sokongan leher sewaktu tidur. Ultrabunyi juga mungkin membantu simptom anda.

Doktor anda mungkin akan menyarankan ubat-ubatan untuk rasa sakit tersebut seperti ubat anti keradangan dan acetaminophen (boleh digunakan dengan ubat anti keradangan atau tidak). Ubat relaksan otot juga akan disarankan untuk kekejangan otot anda.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Whiplash?

Apakah perubahan gaya hidup atau rawatan tambahan yang dapat membantu saya menghadapi whiplash?

Perubahan gaya hidup dan rawatan tambahan berikut mungkin dapat membantu anda menangani whiplash:

  • Ambil relaksan otot sebelum tidur. Ambil ubatan seperti yang diarahkan doktor.
  • Duduk di atas kerusi yang kukuh dan bersandar pada kerusi tersebut
  • Pakai tali pinggang keselamatan dan pandu dengan selamat. Naikkan bantal kepala kerusi untuk melindungi anda
  • Pakai peralatan keselamatan sewaktu bermain sukan yang berkaitan
  • Hubungi doktor anda jika terdapat rasa kebas atau kesemutan pada tangan, lemah otot, atau pening kepala atau jika simptom anda bertambah teruk.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor untuk memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: April 3, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 3, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.