Vulvovaginitis

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

Definisi

Apakah itu vulvovaginitis?

Vulvovaginitis merupakan keradangan pada vulva dan faraj anda. Ia juga dikenali sebagai vaginitis. Ia adalah keadaan yang biasa berlaku – seramai satu-pertiga wanita mengamalinya semasa jangka hayat mereka. Ia biasanya terjadi semasa tahun reproduktif anda.

Apakah kebarangkalian vulvovaginitis?

Vulvovaginitis ialah keadaan yang lazim terjadi kepada wanita tidak mengira usia. Berdasarkan Centers for Disease Control and Prevention (CDC),vulvovaginitis bakteria akan menjangkiti hampir 30 peratus wanita semasa jangka hayat mereka. Jangkitan yis adalah lebih berluasa, menjangkiti kira-kira 3 daripada 4 wanita semasa jangka hayat mereka. Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom

Apakah simptom vulvovaginitis?

Simptom yang biasa terjadi kepada vulvovaginitis adalah:

  • Kegatalan pada kawasan kemaluan
  • Keradangan (gatal, kemerahan dan bengkak) pada kawasan kemaluan
  • Lelehan daripada faraj
  • Faraj berbau busuk
  • Ketidakselesaan atau sakit ketika kencing

Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak dinyatakan di atas. Jika anda mempunyai soalan berkenaan simptom tertentu, sila hubungi doktor anda.

Bilakah saya harus berjumpa doktor anda?

Jika anda mengalami mana-mana tanda dan simptom yang disenaraikan di atas atau anda mempunyai sebarang persoalan, sila berunding dengan doktor anda. Setiap tubuh manusia bertindak dengan berbeza. Oleh itu, berbincang dengan doktor anda adalah perkara yang terbaik untuk menentukan apa yang terbaik untuk situasi anda.

Punca

Apakah yang menyebabkan vulvovaginitis?

Terdapat banyak sebab berlakunya jangkitan pada faraj dan kawasan vulva. Penyebab utama adalah bakteria. Berikut juga merupakan punca berlakunya vulvovaginits:

Bakteria

Bakteria tertentu boleh membiak dan menyebabkan vulvovaginitis. Bakteria-bakteria ini adalah streptococcus, gardnella, dan staphylococcus. Jangkitan bakteria boleh mengakibatkan lelehan yang berwarna putih-kelabu berbau hanyir.

Yis

Salah satu sebab utama berlakunya vulvovaginits ialah candida albicans. Jangkitan yis boleh menyebabkan kegatalan dan lelehan berwarna putih seakan-akan keju kottage daripada faraj.  Jangkitan yis selalunya berlaku selepas penggunaan antibiotik. Antibiotik membunuh bakteria antifungal yang berada pada faraj. Ini akan mengakibatkan jangkitan yis.

Virus

Virus yang boleh menyebabkan vulvovaginitis adalah penyakit kelamin. Ini termasuklah herpes dan human papillomavirus (HPV).

Parasit

Cacing jarum, kudis buta dan kutu boleh menyebabkan keradangan pada vulva dan faraj.

Faktor sekeliling

Kebersihan yang kurang dan allergen boleh menyebabkan keadaan ini. Pakaian ketat yang bergeser dengan kulit menyebabkan keradangan. Kulit yang belaku radang cenderung terhadap vulvovaginitis berbanding kulit biasa. Keradangan juga melambatkan proses penyembuhan.

Penyakit kelamin

Penyakit kelamin (STI) Trichomonas Vaginitis juga boleh menyebabkan vulvovaginitis. Ia mengakibatkan rasa tidak selesa,gatal dan lelehan pada kemaluan. Lelehan boleh menjadi warna kuning, hijau atau kelabu. Ia selalunya berbau busuk. Sekiranya jangkitan ini berlaku kepada kanak-kanak, ia mungkin menandakan penderaan seksual.

Bahan kimia

Sesetengah bahan kimia boleh menyebabkan vulvovaginitis. Ia selalunya datang di dalam bentuk sabun, spray perempuan, wangian, dan ubat pencegah kehamilan wanita. Bahan kimia yang selalu menyebabkan tindak balas alahan termasuklah:

  • Parabens
  • Sodium sulfate
  • Triclosan
  • Dioxane

Jika terdapat salah satu bahan ini di dalam sabun atau bahan pencuci, anda mungkin perlu menukar kepada jenama yang hypoallergenis atau bebas bau. Ini boleh menghalang jangkitan daripada berulang.

Faktor risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya terhadap vulvovaginitis?

Risiko anda untuk mempunya vulvovaginitis meningkat dengan melakukan aktiviti tertentu yang menggalakkan jangkitan pada faraj. Contohnya, anda adalah berisiko untuk dijangkiti penyakit kelamin dengan melakukan hubungan seks bersama pasangan yang ramai (terutamanya jika mereka mempunyai STD) ataupun tidak menggunakan kondom. Juga, risiko anda juga meningkat apabila anda tidak mengamalkan amalan kesihatan yang sihat, seperti tidak membasuh tangan selepas menggunakan tandas atau sebelum menyentuh kawasan kemaluan. Mengelap daripada belakang ke hadapan juga mengakibatkan bakteria daripada kawasan dubur berpindah ke faraj anda. Umur menjadi faktor risiko kerana kekurangan hormon estrogen dalam wanita yang menopos dan kanak-kanak perempuan yang belum baligh (perempuan prepubertal) boleh menipiskan dinding faraj dan meningkatkan risiko jangkitan. Faktor risiko yang lain termasuklah memakai pakaian yang ketat, ia menyediakan persekitaran yang sesuai kepada jangkitan bakteria atau yis; kehamilan atau jangkitan faraj sebelum ini.

Diagnosis dan rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakah vulvovaginitis viral didiagnosis?

Jika anda telah didiagnosis dengan jangkitan yis sebelum ini dan mengetahui simptomnya, anda boleh mencuba untuk merawat dengan produk daripada farmasi. Walau bagaimanapun, sekiranya simptom anda tidak hilang dalam masa seminggu, sila hubungi doktor anda. Terdapat banyak jangkitan lain yang mempunyai simptom yang sama.

Doktor anda akan menjalankan pemeriksaan pelvik. Pemeriksaan ini akan menunjukkan kawasan kemerahan, bengkak pada vulva atau faraj.

Persediaan basah (memeriksa lelehan faraj dibawah mikroskop) selalunya dijalankan untuk mengenal pasti samada jangkitan faraj atau ketumbuhan yis atau bakteria. Dalam sesetengan kes, kultur daripada lelehan faraj boleh mengenal pasti kuman yang menyebabkan jangkitan tersebut.

Biopsi (ujian daripada tisu) daripada kawasan vulva yang meradang boleh dicadangkan sekiranya tiada tanda-tanda jangkitan.

Bagaimanakah vulvovaginitis dirawat?

Krim atau supositori digunakan untuk merawat jangkitan yis pada faraj. Anda boeh membelinya daripada kaunter farmasi, kedai runcit tertentu atau kedai-kedai lain. Patuhi arahan yang tertera pada ubat yang anda gunakan.

Terdapat banyak rawatan kepada faraj yang kering. Sebelum merawat simptom anda dengan sendiri, sila berjumpa doktor yang boleh mengetahui sebab berlakunya masalah ini.

Jika anda mempunyai BV atau trichomoniasis, doktor anda mungkin akan memberikan:

  • Pil antibiotik untuk ditelan
  • Krim antibiotik yang dimasukkan kedalam vagina

Ubat lain yang boleh membantu termasuklah:

  • Krim kortison
  • Pil antihistamin yang mengurangkan kegatalan

Pastikan anda menggunakan ubat ini dengan betul mengikut arahan yang terdapat pada label.

Perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh membantu saya menangani vulvovaginitis?

Perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan berikut mungkin boleh membantu anda mencegah vulvovaginitis:

  • Elakkan memakai pakai yang ketat yang menyimpan haba dan kelembapan
  • Jangan gunakan sabun yang beraroma atau spray pada dalam atau luar faraj anda
  • Jangan douche
  • Gunakan kondom semasa hubungan seks
  • Berbincang dengan doktor anda tentang sekiranya anda boleh mengambil pil atau krim semasa menopos untuk merawat faraj yang kering

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berbincang doktor anda untuk memahami penyelesaian terbaik bagi anda.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau sebarang rawatan.

enEnglish

Tarikh Reviu: Ogos 2, 2018 | Kali terakhir kemaskini: September 13, 2019

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut