Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Vertigo merupakan situasi yang mana anda berasa seperti berputar atau dunia berputar di sekeliling anda. Punca vertigo posisional paroksismal benigna ini disebabkan oleh masalah yang berlaku di bahagian telinga dalam. Masalah ini akan menyebabkan vertigo datang dan pergi.
Bagi sesetengah individu, masalah ini akan hilang dengan sendirinya dalam masa beberapa minggu. Tetapi individu tersebut boleh mengalaminya lagi. Masalah ini bukan tanda masalah kesihatan yang serius.
Kelaziman jenis vertigo ini berlaku bagi seumur hidup kira-kira 2.4% dan anggaran lain kira – kira antara 10-64 setiap 100,000 orang dalam populasi umum. Walau bagaimanapun, kebanyakan doktor percaya bahawa gangguan itu sering salah didiagnosis dan frekuensi sebenar mungkin lebih tinggi. Vertigo paroksismal benigna paling kerap terjadi pada golongan dewasa yang lebih tua terutama pada dekad keenam. Gangguan ini boleh berlaku pada setiap peringkat umur, tetapi agak jarang berlaku pada mereka yang berusia di bawah 20 tahun. Wanita dipercayai mempunyai risiko dua kali ganda berbanding lelaki. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Simptom utama adalah perasaan bahawa anda berputar atau bergerak sedangkan anda tidak bergerak. Situasi ini boleh berlaku apabila anda menggerakkan kepala anda dengan cara yang tertentu, seperti bergolek di atas katil, memutar kepala anda dengan cepat, membongkok, atau menjatuhkan kepala anda.
Vertigo jenis ini biasanya berlaku selama satu atau dua minit. Situasai ini boleh menjadi ringan, atau boleh menjadi cukup buruk hingga boleh menyebabkan anda berasa sakit perut dan muntah. Anda mungkin sukar untuk berdiri atau berjalan serta kehilangan imbangan badan anda.
Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.
Jika anda mengalami mana-mana tanda dan simptom yang disenaraikan di atas atau anda mempunyai apa-apa persoalan, sila berunding dengan doktor anda. Setiap tubuh manusia bertindak dengan berbeza. Oleh itu, berbincang dengan doktor anda adalah perkara yang terbaik untuk menentukan apa yang terbaik untuk situasi anda.
Punca vertigo ini disebabkan oleh masalah yang berlaku di bahagian telinga dalam. Batu kalsium kecil di dalam saluran telinga dalam membantu mengekalkan keseimbangan anda. Biasanya, apabila anda bergerak dengan cara tertentu, seperti ketika anda berdiri atau memusingkan kepala, batu-batu ini akan bergerak. Tetapi masalah–masalah seperti jangkitan atau keradangan boleh menghentikan batu-batu dari bergerak seperti yang sepatutnya. Keadaan ini akan menyebabkan penghantaran mesej palsu ke otak anda lalu terjadinya vertigo.
Punca vertigo posisional paroksismal benigna ini paling kerap berlaku pada golongan yang berumur 50 tahun atau lebih, tetapi boleh berlaku pada setiap peringkat usia. Vertigo ini juga lebih kerap berlaku dalam kalangan wanita berbanding lelaki. Kecederaan kepala atau sebarang masalah yang berlaku melibatkan organ-organ keseimbangan dalam telinga boleh membuatkan anda lebih mudah terdedah kepada vertigo.
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Biasanya doktor anda boleh memberitahu bahawa anda mengalami vertigo paroksismal benigna dengan bertanya soalan mengenai vertigo anda serta melakukan ujian fizikal. Anda akan menghadapi ujian di mana doktor anda akan mengalihkan kepala sambil meniliti kedudukan mata anda serta membantu anda berbaring. Ini dipanggil ujian Dix-Hallpike.
Terdapat faktor-faktor lain yang boleh juga mengakibatkan vertigo, jadi jika doktor anda mendapati anda tidak mempunyai vertigo paroksismal benigna, anda akan menghadapi ujian yang lain.
Biasanya doktor anda akan melakukan salah satu daripada dua prosedur yang berkesan untuk kebanyakan kes vertigo paroksismal benigna. Prosedur ini disebut manuver Epley dan manuver Semont. Jika anda tidak mahu rawatan atau jika rawatan tidak berjaya, vertigo ini biasanya akan hilang dengan sendirinya dalam masa beberapa minggu. Lama kelamaan, otak anda mungkin akan terbiasa dengan isyarat yang mengelirukan yang diperoleh dari kawasan dalam telinga anda. Tambahan lagi, anda boleh melakukan beberapa senaman mudah untuk melatih otak anda menjadi biasa dengan isyarat vertigo yang mengelirukan.
Ubat – ubatan boleh membantu melegakan loya dan muntah yang teruk yang disebabkan oleh vertigo anda. Tetapi dengan pengambilan ubat ini juga boleh menyebabkan vertigo paroksismal benigna mengambil masa yang lebih lama untuk reda. Hanya anda saja yang tahu sama ada anda berada dalam keadaan cukup sakit sehingga berbaloi untuk mengambil ubat (dan mungkin akan menghadapi vertigo dengan lebih lama).
Berhati-hati supaya anda tidak mencederakan diri anda atau orang lain jika anda mempunyai serangan vertigo yang secara tiba-tiba.
Jangan gunakan alat atau mesin yang boleh berbahayakan keselamatan anda sekiranya secara tiba-tiba anda menjadi pening atau kehilangan imbangan anda.
Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi vertigo ini:
Anda juga boleh membantu diri anda dengan melakukan senaman keseimbangan serta mengambil langkah berjaga – jaga:
Cara hidup yang aktif boleh membantu otak menyesuaikan situasi dengan lebih cepat. Tetapi perkara yang menyukarkan adalah pergerakan yang menjadi punca terhadap vertigo anda. Rehat di katil boleh membantu, tetapi biasanya akan meningkatkan masa yang diperlukan oleh otak untuk menyesuaikan diri.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor untuk memahami dengan lebih baik penyelesaian terbaik untuk anda.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Fakta Disemak oleh
Hello Doktor Medical Panel
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen