Apa itu Vertigo Posisional Paroksismal Benigna?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

enEnglish

Definisi

Apa itu Vertigo Posisional Paroksismal Benigna?

Vertigo merupakan situasi yang mana anda berasa seperti berputar atau dunia berputar di sekeliling anda. Punca vertigo posisional paroksismal benigna ini disebabkan oleh masalah yang berlaku di bahagian telinga dalam. Masalah ini akan menyebabkan vertigo datang dan pergi.

Bagi sesetengah individu, masalah ini akan hilang dengan sendirinya dalam masa beberapa minggu. Tetapi individu tersebut boleh mengalaminya lagi. Masalah ini bukan tanda masalah kesihatan yang serius.

Apakah kebarangkalian Vertigo Posisional Paroksismal Benigna?

Kelaziman jenis vertigo ini berlaku bagi seumur hidup kira-kira 2.4% dan anggaran lain kira – kira  antara 10-64 setiap 100,000 orang dalam populasi umum. Walau bagaimanapun, kebanyakan doktor percaya bahawa gangguan itu sering salah didiagnosis dan frekuensi sebenar mungkin lebih tinggi. Vertigo paroksismal benigna paling kerap terjadi pada golongan dewasa yang lebih tua terutama pada dekad keenam. Gangguan ini boleh berlaku pada setiap peringkat umur, tetapi agak jarang berlaku pada mereka yang berusia di bawah 20 tahun. Wanita dipercayai mempunyai risiko dua kali ganda berbanding lelaki. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Vertigo Posisional Paroksismal Benigna?

Simptom utama adalah perasaan bahawa anda berputar atau bergerak sedangkan anda tidak bergerak. Situasi ini boleh berlaku apabila anda menggerakkan kepala anda dengan cara yang tertentu, seperti bergolek di atas katil, memutar kepala anda dengan cepat, membongkok, atau menjatuhkan kepala anda.

Vertigo jenis ini biasanya berlaku selama satu atau dua minit. Situasai ini boleh menjadi ringan, atau  boleh menjadi cukup buruk hingga boleh menyebabkan anda berasa sakit perut dan muntah. Anda mungkin sukar untuk berdiri atau berjalan serta kehilangan imbangan badan anda.

Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mengalami mana-mana tanda dan simptom yang disenaraikan di atas atau anda mempunyai apa-apa persoalan, sila berunding dengan doktor anda. Setiap tubuh manusia bertindak dengan berbeza. Oleh itu, berbincang dengan doktor anda adalah perkara yang terbaik untuk menentukan apa yang terbaik untuk situasi anda.

Punca

Apakah punca Vertigo Posisional Paroksismal Benigna?

Punca vertigo ini disebabkan oleh masalah yang berlaku di bahagian telinga dalam. Batu kalsium kecil di dalam saluran telinga dalam membantu mengekalkan keseimbangan anda. Biasanya, apabila anda bergerak dengan cara tertentu, seperti ketika anda berdiri atau memusingkan kepala, batu-batu ini akan bergerak. Tetapi masalah–masalah seperti jangkitan atau keradangan boleh menghentikan batu-batu dari bergerak seperti yang sepatutnya. Keadaan ini akan menyebabkan penghantaran mesej palsu ke otak anda lalu terjadinya vertigo.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Vertigo Posisional Paroksismal Benigna?

Punca vertigo posisional paroksismal benigna ini paling kerap berlaku pada golongan yang berumur 50 tahun atau lebih, tetapi boleh berlaku pada setiap peringkat usia. Vertigo ini juga lebih kerap berlaku dalam kalangan wanita berbanding lelaki. Kecederaan kepala atau sebarang masalah yang berlaku melibatkan organ-organ keseimbangan dalam telinga boleh membuatkan anda lebih mudah terdedah kepada vertigo.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Vertigo Posisional Paroksismal Benigna didiagnosis?

Biasanya doktor anda boleh memberitahu bahawa anda mengalami vertigo paroksismal benigna dengan bertanya soalan mengenai vertigo anda serta melakukan ujian fizikal.  Anda akan menghadapi ujian di mana doktor anda akan mengalihkan kepala sambil meniliti kedudukan mata anda serta membantu anda berbaring. Ini dipanggil ujian Dix-Hallpike.

Terdapat faktor-faktor lain yang boleh juga mengakibatkan vertigo, jadi jika doktor anda mendapati anda tidak mempunyai vertigo paroksismal benigna, anda akan menghadapi ujian yang lain.

Bagaimana pesakit Vertigo Posisional Paroksismal Benigna dirawat?

Biasanya doktor anda akan melakukan salah satu daripada dua prosedur yang berkesan untuk kebanyakan kes vertigo paroksismal benigna. Prosedur ini disebut manuver Epley dan manuver Semont. Jika anda tidak mahu rawatan atau jika rawatan tidak berjaya, vertigo ini biasanya akan hilang dengan sendirinya dalam masa beberapa minggu. Lama kelamaan, otak anda mungkin akan terbiasa dengan isyarat yang mengelirukan yang diperoleh dari kawasan dalam telinga anda. Tambahan lagi, anda boleh melakukan beberapa senaman mudah untuk melatih otak anda menjadi biasa dengan isyarat vertigo yang mengelirukan.

Ubat – ubatan boleh membantu melegakan loya dan  muntah yang teruk yang disebabkan oleh vertigo anda. Tetapi dengan pengambilan ubat ini juga boleh menyebabkan vertigo paroksismal benigna mengambil masa yang lebih lama untuk reda. Hanya anda saja yang tahu sama ada anda berada dalam keadaan cukup sakit sehingga berbaloi untuk mengambil ubat (dan mungkin akan menghadapi vertigo dengan lebih lama).

Berhati-hati supaya anda tidak mencederakan diri anda atau orang lain jika anda mempunyai serangan vertigo yang secara tiba-tiba.

  • Jangan memandu atau berbasikal sekiranya terdapat sebarang kemungkinan vertigo akan menyerang dan menyebabkan anda kehilangan kawalan. (Ini bergantung pada jenis pergerakan yang akan mengakibatkan vertigo pada diri anda.)
  • Di rumah, pastikan lantai dan laluan pejalan kaki bebas daripada sebarang halangan supaya anda tidak terjatuh.
  • Elak daripada berada di tempat yang tinggi.

Jangan gunakan alat atau mesin yang boleh berbahayakan keselamatan anda sekiranya secara tiba-tiba anda menjadi pening atau kehilangan imbangan anda.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Vertigo Posisional Paroksismal Benigna?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi vertigo ini:

  • Guna dua atau lebih bantal ketika tidur.
  • Elakan tidur mengiring pada telinga yang akan menimbulkan masalah jika berada di bawah.
  • Bangun secara perlahan di waktu pagi dan duduk sebentar di katil sebelum berdiri .
  • Elakan bersandar ketika hendak mengutip barang serta elakkan mendongak kepala yang jauh ketika hendak melihat ke atas.
  • Berhati – hati ketika berbaring seperti ketika anda membasuh rambut anda di salon.
  • Berhati -hati ketika bermain sukan yang memerlukan anda untuk memusingkan kepala, bersandar serta berbaring.

Anda juga boleh membantu diri anda dengan melakukan senaman keseimbangan serta mengambil langkah berjaga – jaga:

  • Latihan Brandt-Daroff boleh dilakukan di rumah untuk membantu otak anda menjadi biasa dengan isyarat keseimbangan yang tidak normal yang dihasilkan oleh zarah-zarah di bahagian dalam telinga.
  • Latihan keseimbangan untuk vertigo, seperti berdiri dengan kedua – dua belah kaki anda, lengan ke bawah, dan perlahan-lahan menggerakkan kepala anda dari sisi ke sisi, boleh membantu anda menjaga keseimbangan dan memperbaiki gejala vertigo.
  • Ambil langkah berjaga-jaga  apabila anda mempunyai masalah keseimbangan dengan menambahkan tempat pemegang berhampiran tab mandi dan tandas serta memastikan laluan tidak mempunyai sebarang halangan. Cara ini boleh mengelakkan kemalangan dan kecederaan.

Cara hidup yang aktif boleh membantu otak menyesuaikan situasi dengan lebih cepat. Tetapi perkara yang menyukarkan adalah pergerakan yang menjadi punca terhadap vertigo anda. Rehat di katil boleh membantu, tetapi biasanya akan meningkatkan masa yang diperlukan oleh otak untuk menyesuaikan diri.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor untuk memahami dengan lebih baik penyelesaian terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: Mei 28, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Mei 28, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.