Apa itu Vasomotor rhinitis?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

Definisi

Apa itu Vasomotor rhinitis?

Vasomotor rhinitis atau biasanya dikenali sebagai rhinitis bukan alahan didefinisikan sebagai radang mukosa hidung yang melibatkan bersin kronik, atau hidung berair dan berlendir tanpa sebarang sebab yang jelas. Penyakit ini tidak membawa maut. Untuk mereka yang mendapat penyakit ini, simptom-simptomnya membuatkan pesakit kurang selesa, tetapi tidak serius.

Apakah kebarangkalian Vasomotor rhinitis?

Vasomotor rhinitis sangat lazim terjadi. Walaupun ia boleh memberi kesan kepada semua peringkat umur, ia lazimnya terjadi kepada orang dewasa yang berusia lebih daripada 20 tahun. Wanita mempunyai risiko dua kali ganda berbanding lelaki untuk mendapat penyakit ini. Ia boleh ditangani dengan mengurangkan faktor risikonya. Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Vasomotor rhinitis?

Simptom vasomotor rhinitis mungkin datang dan pergi sepanjang tahun. simptom -simptom ini mungkin berlarutan untuk beberapa minggu atau lebih lama lagi jika tidak dirawat. Simptom lazim untuk penyakit ini termasuklah:

  • Mukus atau lendir daripada hidung terkumpul di dalam kerongkong;
  • Hidung berair;
  • Bersin;
  • Hidung tersumbat.

Terdapat beberapa simptom yang tidak dinyatakan di atas. Sila berunding dengan doktor sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan berkaitan simptom yang anda alami.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Anda perlu menghubungi doktor sekiranya anda mengalami perkara berikut:

  • Simptom anda semakin teruk;
  • Tanda-tanda dan simptom anda tidak pulih selepas mengambil ubat over the counter (OCD) atau penjagaan dirumah.
  • Anda terganggu dengan beberapa kesan sampingan daripada ubat yang dipreskrip atau ubat over the counter (OCD) untuk vasomotor rhinitis.

Sekiranya anda mendapati sebarang tanda atau simptom yang disenaraikan di atas atau sebarang persoalan, sila berunding dengan doktor anda. Setiap individu memberi tindak balas berbeza. Berbincang dengan doktor tentang rawatan anda adalah pilihan yang terbaik.

Punca

Apakah Punca Vasomotor rhinitis?

Vasomotor rhinitis berlaku apabila saluran darah di dalam hidung mengembang. Pengembangan akan menyebabkan bengkak/membesar, tersumbat dan mukus memenuhi hidung. Tiada sebab yang diketahui mengapa saluran darah tersebut mengembang. Beberapa faktor penggalak yang biasa menyebabkan penyakit ini ialah:

  • Bahan peradang di dalam persekitaran seperti pewangi, bau-bauan, kabus tau perokok pasif;
  • Perubahan cuaca terutamanya cuaca kering;
  • Jangkitan virus seperti individu yang juga mempunyai selsema;
  • Mengambil makanan atau minuman yang panas atau pedas
  • Penggunaan ubat-ubatan seperti aspirin atau ibuprofen;
  • Perubahan hormon disebabkan hamil, menstruasi, pil pencegah kehamilan atau keadaan hormon yang lain seperti hypotiroid.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Vasomotor rhinitis?

There are many risk factors for vasomotor rhinitis, such as:

Terdapat pelbagai faktor risiko untuk vasomotor rhinitis seperti:

  • Terdedah kepada bahan peradang seperti kabus, asap ekzos atau asap rokok.
  • Usia melebihi 20 tahun: tidak seperti rhinitis alahan (allergic rhinitis), ia biasanya berlaku selepas umur 20 tahun dala kebanyakan pesakit.
  • Penggunaan berpanjangan pencair lendiran hidung (decongestant nasal drops) atau spray: penggunaan ubatan ini (over the counter, OCD) seperti Afrin, Dristan dan lain-lain melebihi beberapa hari sebenarnya akan menyebabkan hidung dipenuhi lendiran dengan lebih teruk selepas ubat tersebut diberhentikan, dipanggil sebagai rebound congestion (kesan sebaliknya).
  • Wanita: disebabkan oleh perubahan hormon, hidung tersumbat selalunya bertambah teruk semasa menstruasi dan mengandung.
  • Mengalami beberapa masalah kesihatan: keadaan kesihatan yang kronik boleh menyebabkan atau membuat keadaan menjadi teruk seperti hypotiroid dan sindrom lesu yang kronik.
  • Stres: stres secara emosi atau fizikal mungkin menggalakkan penyakit ini untuk sesetengah individu.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Vasomotor rhinitis didiagnosis?

Jika anda mempunyai simptom vasomotor rhinitis, doktor anda akan mula melakukan ujian berbeza untuk melihat sekiranya rhinitis anda disebabkan oleh alahan atau masalah kesihatan yang lain. Setelah menyenaraikan kesemua kebarangkalian penyebab penyakit ini, doktor mungkin akan memberi diagnosis bahawa anda mendapat vasomotor rhinitis jika anda mengalami hidung tersumbat, hidung berair atau kahak berlebihan daripada hidung, dan ujian untuk keadaan lain tidak menunjukkan sebarang sebab lain seperti alahan atau masalah sinus (resdung).

Untuk mengesan masalah alahan, doktor anda mungkin melakukan ujian alahan ( ujian mencucuk kulit dan ujian darah).

Untuk kes tertentu, imbasan CT sinus mungkin diperlukan untuk menolak kemungkinan radang sinus kronik atau polyposis. Adalah penting untuk mendapat diagnosis yang tepat supaya anda boleh menangani keadaan anda dengan baik. Disebabkan simptomnya hampir sama, ujian lahan selalunya diperlukan untuk mengesan kemungkinan allergic rhinitis.

Bagaimana pesakit Vasomotor rhinitis dirawat?

Sekiranya simptom anda semakin teruk, doktor anda mungkin memberi preskripi ubat lain untuk membantu menhalang simptom-simptom tersebut. Ubat yang dipreskrip yang boleh digunakan untuk merawat penyakit ini termasuklah:

  • Saline nasal sprays;
  • Corticosteroid nasal sprays seperti fluticasone (Flonase) atau triamcinolone (Nasacort);
  • Antihistamine nasal sprays seperti azelastine (Astelin, Astepro) dan olopatadine hydrochloride (Patanase);
  • Anti-drip anticholinergic nasal sprays seperti ipratropium (Atrovent);
  • Oral decongestant medications seperti pseudoephedrine.

Dalam kes tertentu, pembedahan untuk membuang polyp hidung atau membetulkan septum yang terkeluar boleh membantu memperbaiki kesan ubat-ubatan ini. Pembedahan ini hanya dilakukan apabila rawatan lain gagal untuk mengurangkan simptom yang anda alami.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Vasomotor rhinitis?

If you have vasomotor rhinitis, there are some remedies that you can use to treat the condition at home. Examples include:

Sekiranya anda mendapat vasomotor rhinitis, terdapat beberapa pemulihan yang boleh digunakan untuk merawat keadaan anda dirumah. Contohnya seperti:

  • Over-the-counter (OTC) saline nasal sprays;
  • OTC decongestants seperti pseudoephedrine or phenylephrine;
  • OTC antihistamines seperti diphenhydramine (Benadryl), clemastine, atau loratadine (Claritin);
  • OTC corticosteroid nasal sprays seperti fluticasone.

If you have any questions, please consult with your doctor to better understand the best solution for you.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: Mac 28, 2018 | Kali terakhir kemaskini: September 13, 2019

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut