Apa itu Vasculitis?

Oleh

Definisi

Apa itu Vasculitis?

Vasculitis ialah keadaan yang menyebabkan radang pada saluran-saluran darah. Hal ini menyebabkan berlaku perubahan pada dinding saluran darah, termasuk saluran menjadi tebal, lemah, sempit dan luka/berparut. Perubahan -perubahan ini akan mengehadkan aliran darah dan menyebabkan kerosakan organ dan tisu. Vasculitis mungkin berlaku disebabkan oleh jangkitan, ubat-ubatan dan keadan atau penyakit lain. Terdapat hampir 20 penyakit berbeza yang dikelaskan sebagai vasculitis. Komplikasi dan tahap penyakit ini bergantung kepada saluran darah yang terjejas.

Apakah kebarangkalian Vasculitis?

Vasculitis ialah penyakit yang sangat lazim. Ia biasa dihidapi oleh sesiapa sahaja pada semua peringkat umur. Keadaan ini tidak mengecualikan mana-mana bangsa etnik. Walau bagaimanapun, ia boleh diatasi dengan mengurangkan faktor risiko anda. Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Vasculitis?

Simptom-simptom vasculitis ini bergantung kepada saluran darah tertentu yang terlibat dalam proses radang ini, organ yang terlibat, dan tahap keadaan saluran tersebut. Sesetengah individu mungkin mempunyai beberapa tanda dan simptom sahaja. Sesetengah individu yang lain pula akan mendapat sakit yang teruk. Secara amnya, simptom lazim untuk vasculitis termasuklah:

  • Sesak nafas dan batuk;
  • Kebas atau lemah tangan dan/atau kaki;
  • Bintik merah pada kulit, benjolan atau sakit/luka;
  • Demam;
  • Hilang selera makan;
  • Hilang berat badan;
  • Lesu;
  • Sakit badan secara keseluruhan;
  • Berpeluh pada waktu malam;
  • Ruam.

Terdapat beberapa simptom yang tidak dinyatakan di atas. Sila berunding dengan doktor sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan berkaitan simptom yang anda alami.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Sila berunding dengan doktor anda jika anda mempunyai mana-mana tanda atau simptom yang dinyatakan di atas atau sebarang persoalan. Setiap individu bertindak balas berbeza bergantung kepada jenis saluran darah yang terjejas. Sesetengah jenis vasculitis boleh menjadi teruk dengan cepat, jadi, diagnosis awal adalah kunci untuk mendapatkan rawatan yang berkesan. Berbincang dengan doktor tentang rawatan anda adalah pilihan yang terbaik.

Punca

Apakah Punca Vasculitis?

Penyebab kepada kebanyakan vasculitis ialah tidak diketahui dan bukan disebabkan secara langsung oleh mana-mana jangkitan atau toksin tipikal. Terdapat sesetengah vasculitis yang disebabkan oleh jangkitan seperti bakteria, virus atau kulat yang menyerobohi saluran darah secara langsung. Jenis-jenis vasculitis yang lain mungkin disebabkan oleh tindakbalas alahan kepada ubat-ubatan atau toksin.

Walau bagaimanapun, ianya jelas bahawa dalam kes systemic vasculitis, sistem imuniti memainkan peranan penting dalam kerosakan tisu. Sistem imuniti ini menyerang sel saluran darah dan menyebabkan berlakunya pendarahan atau radang saluran darah. Kemungkinan faktor penggalak (triggers) untuk sistem imuniti ini ialah:

  • Jangkitan seperti hepatitis B dan hepatitis C;
  • Kanser darah;
  • Penyakit autoimmune seperti rheumatoid arthritis, lupus and scleroderma;
  • Tindakbalas kepada sesetengah ubat-ubatan..

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Vasculitis?

Terdapat pelbagai faktor risiko untuk penyakit vasculitis seperti merokok, tekanan darah tinggi dan tidak seimbang tahap kolesterol.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Vasculitis didiagnosis?

Vasculitis didiagnos dengan kombinasi ujian darah, ujian air kencing, X-ray saluran darah, ujian makmal, biopsi dan ujian imbasan. Penanda am (general marker) untuk radang pada saluran darah seperti C-reactive protein, erythrocyte sedimentation rate and interleukin-6 mungkin meningkat dalam semua jenis penyakit. Tetapi, saluran darah memilih metod yang spesifik untuk mengenalpasti jenis vasculitis yang khusus.

Semua pesakit yang disyaki vasculitis perlu menjalani rheumatologic work-up untuk mencari penanda antibodi untuk penyakit mereka. Tambahan pula, imbasan saluran darah dengan ultrasound, computer tomography (CT) atau magnetic resonance angiography (MRA) perlu dilakukan kepada keseluruhan badan untuk menilai saluran darah yang terlibat dan komplikasinya. Pesakit perlu diawasi oleh pakar rheumatology dan vascular untuk mendapat diagnosis yang menyeluruh dan peribadi, plan untuk rawatan dan pemeriksaan berkala untuk jangka masa panjang.

Bagaimana pesakit Vasculitis dirawat?

Kebanyakan jenis vasculitis, rawatan yang diberikan termasuklah  mengawal radang, menyembuhkan penyebab asal serta menghalang daripada penyakit ini berulang. Pesakit yang menghidapi vasculitis tahap serius perlu dirawat dengan ubat-ubatan yang telah dipreskrip. Pembedahan jarang sekali dilakukan kepada pesakit ini. Untuk pesakit ditahap sederhana, mereka mungkin sembuh dengan ubatan over-the-counter seperti acetaminophen, aspirin, ibuprofen, or naproxen kecuali penyakit Buerger’s dimana ia dirawat dengan menghentikan pengambilan tobako.

Ubat yang biasa dipreskrip untuk merawat vasculitis ialah kortikosteroid dan cytotoxic atau immunosuppressant. Ujian darah juga menyediakan klu kepada doktor anda tentang perkembangan atau aktiviti penyakit ini. Setiap pesakit itu unik, dan plan penjagaan anda perlu seiring dengan apa yang anda perlukan.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Vasculitis?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda menghadapi masalah vasculitis:

  • Amalkan diet yang sihat dapat membantu menghalang masalah yang disebabkan oleh ubat-ubatan anda seperti penipisan/pereputan tulang, tekanan darah tinggi dan kencing manis. Pilihlah diet yang menekankan buah-buahan dan sayur-sayuran segar, gandum penuh, produk tenusu rendah lemak, daging tidak belemak dan ikan. Jika anda mengambil kortikosteroid, tanya kepada doktor anda sama ada anda perlu atau tidak untuk mengambil vitamin D atau supplemen kalsium.
  • Dapatkan vaksin rutin: dapatkan vaksin yang terkini seperti vaksin untuk selsema dan pneumonia (jangkitan paru-paru), boleh membantu menghalang masalah yang disebabkan oleh ubat-ubatan anda seperti jangkitan.
  • Kerap bersenam seperti berjalan dapat membantu menghalang kehilangan tulang, tekanan darah tinggi dan kencing manis yang biasanya seiring dengan vasculitis. Ia juga memberi manfaat kepada jantung dan paru-paru anda. Tambahan lagi, individu yang bersenam dapat memperbaiki perasaan dan berasa sejahtera secara keseluruhan.
  • Dapatkan sokongan mental: jika anda merasakan dengan berbual bersama penghidap vasculitis, dapat membantu anda, terus berhubung dengan kumpulan sokongan ini melalui kumpulan penjaga kesihatan anda. Tambahan, kongsikan bersama keluarga dan rakan-rakan tentang keadaan anda mungkin dapat membantu anda menangani penyakit ini dengan lebih mudah

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: April 6, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 6, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.