Apa itu Varikosel?

Oleh

enEnglish

Definisi

Apa itu Varikosel?

Varikosel adalah pembengkakan atau pembesaran pada vena skrotum seperti penyakit vena varikos di kaki. Skrotum adalah kantung kulit di bawah penis yang mengandungi buah zakar. Skrotum mempunyai dua bahagian, kanan dan kiri. Vena membawa darah daripada sel dan tisu balik ke jantung, di mana sel-sel darah boleh mendapatkan oksigen. Varikosel boleh berlaku di satu atau kedua-dua bahagian skrotum. Penyakit ini kebiasaannya berlaku di bahagian kiri kerana vena di sebelah kiri menaggung tekanan yang lebih tinggi berbanding di sebelah kanan. Varikosel boleh menyebabkan skrotum meregang.

Apakah kebarangkalian Varikosel?

Varikosel adalah penyakit yang biasa dalam kalangan remaja dan orang tua tetapi boleh juga berlaku kepada kanak-kanak. Penyakit ini tidak mengganggu aktiviti harian tetapi ia boleh mengakibatkan kemandulan. Peratusan lelaki yang mandul disebabkan varikosel mencecah 40%.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Varikosel?

Simptom varikosel kebiasaanya susah untuk dikenalpasti. Pesakit selalunya tidak sedar sehingga doktor melakukan pemeriksaan. Kadangkala, pesakit merasakan skrotumnya semakin membesar tetapi tiada rasa sakit atau pesakit merasakan sakit atau berat pada skrotum. Varikosel boleh membuatkan testis mengecut akibat tekanan.

Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Varikosel biasanya tidak menyebabkan simptom yang teruk sehingga memerlukan perhatian atau rawatan dari doktor. Walaubagaimanapun, sekiranya anda ada rasa sakit, bengkak pada skrotum, saiz penis yang tidak normal atau bimbang jika anak anda menghidapi varikosel, sila berhubung dengan doktor anda. Selain itu, jika anda mempunyai simptom-simptom di atas, masih terdapat kebarangkalian yang anda tidak menghidapi varikosel tetapi penyakit yang lebih serius dengan simptom yang sama.

Punca

Apakah yang mengakibatkan varikosel?

Vena mempunyai injap satu hala yang membantu menolak darah dalam satu arah ke vena yang lebih besar. Apabila injap di dalam vena dan skrotum tidak berfungsi dengan baik, darah akan berkumpul dan menyebabkan bengkak. Akhirnya akan membawa kepada varikosel.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Varikosel?

Terdapat banyak faktor risiko bagi penyakit ini seperti:

Sehingga kini, pakar masih tidak menemui faktor risiko bagi varikosel. Walaubagaimanapun, sebahagian pengkaji mengatakan bahawa risiko varikosel terkesan oleh tinggi dan berat badan. Semakin tinggi ketinggian anda, semakin tinggi risiko untuk mendapat varikosel. Namun apa yang menarik tentang ini adalah obesiti mengurangkan risiko mendapat varikosel.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Varikosel didiagnosis?

Doktor akan membuat diagnosis melalui pemeriksaan skrotum. Jika diagnosis tidak jelas, doktor mungkin akan melakukan ujian ultrasonik untuk mendapatkan gambar vena di dalam skrotum dan untuk menyingkirkan sebab-sebab skrotum bengkak yang lain selain daripada varikosel.

Bagaimana pesakit Varikosel dirawat?

Anda tidak memerlukan apa-apa rawatan melainkan terdapat rasa sakit atau simptom-simptom lain seperti testis mengecut dan kemandulan. Pembedahan minor dilakukan jika perlu. Salur darah dibuang atau dipicit agar mengalir ke salur yang lain. Pembedahan membuang salur darah adalah pembedahan minor dan memerlukan rehat selama 1 ke 7 hari. Ia boleh menyebabkan rasa tidak selesa atau lebam. Walaubagaimapun, sebanyak lebih kurang 15% pesakit menghidap semula varikosel selepas pembedahan. Sekiranya hal ini berlaku, pembedahan sekali lagi diperlukan.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Varikosel?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi varikosel:

  •          Menggunakan seluar dalam bagi atlet jika anda mempunyai varikosel yang besar.
  •          Ambil ubat tahan sakit seperti acetaminophen jika rasa sakit berpanjangan.
  •          Berjumpa dengan doktor jika simptom yang disenaraikan di atas menjadi semakin serius.
  •          Hubungi doktor anda jika terdapat masalah kesuburan.

Apa yang anda TIDAK HARUS lakukan untuk menghalang varikosel menjadi semakin teruk:

  •          Menghiraukan rasa sakit atau bengkak pada skrotum.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: April 4, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 4, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.