backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Ulser Mulut

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Firdaus Rahim · Disemak pada 27/11/2019

Definisi

Apakah itu ulser mulut?

Ulser mulut kebiasaannya luka kecil merah dan menyakitkan yang berlaku di dalam mulut anda atau pada gusi. Ulser mulut yang berlaku sekali-sekala biasanya tidak berbahaya dan hilang dengan sendiri. Ia hanya menyebabkan rasa sakit dan susah untuk makan dan minum.

Apakah kebarangkalian ulser mulut?

Keadaan ini adalah sangat kerap berlaku. Ia kebiasaannya berlaku lebih kepada wanita berbanding lelaki dan boleh melibatkan semua peringkat umur. Ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor risiko. Sila berbincang dengan doktor untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom ulser mulut?

Simptom biasa ialah ulser kecil berbentuk bujur atau bulat yang hilang dalam tempoh 1 atau 2 minggu tanpa meninggalkan kesan. Saiznya berbeza-beza mengikut jenis ulser: minor, major atau ulser mulut Herpetiform.

Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Anda harus menghubungi doktor jika anda mengalami mana-mana perkara berikut:

  • Ulser yang besar;
  • Selalu berulang dengan ulser baru datang sebelum ulser lama hilang atau berlaku dengan kerap;
  • Ulser berekalan melebihi 2 minggu;
  • Ulser yang menjangkat ke bibir;
  • Sakit yang anda tidak boleh kawal dengan rawatan sendiri;
  • Sangat susah makan atau minum;
  • Demam tinggi bersama ulser.

Ketahui puncanya

Apakah yang mengakibatkan ulser mulut?

Sebab yang pasti masih tidak jelas walaupun para pengkaji mengesyaki bahawa ia disebabkan oleh kombinasi beberapa faktor yang menyumbang kepada berlakunya penyakit ini, walaupun pada orang yang sama.

  • Luka minor pada mulut anda disebabkan prosedur gigi, memberus gigi terlalu kasar, kemalangan sukan atau tergigit.
  • Ubat gigi dan pembasuh mulut yang mengandungi sodium lauryl sulphate.
  • Sensitif terhadap makanan, khususnya coklat, kopi, stawberi, telur, kacang, keju dan makan pedas atau berasid.
  • Diet kurang vitamin B-12, zink, asid folik atau zat besi.
  • Tindakbalas alergik terhadap bakteria tertentu di dalam mulut.
  • Helicobacter pylori, bakteria yang sama menyebabkan ulser peptik.
  • Perubahan hormon semasa haid.
  • Tekanan emosi.
  • Keadaan kesihatan: HIV/AIDS, penyakit Behcet, penyakit keradangan usus, penyakit Celiac.

Ketahui faktor risiko

Apakah yang meningkatkan saya kepada risiko ulser mulut?

Terdapat banyak faktor risikonya seperti:

  • Ia berlaku lebih kerap kepada remaja dan dewasa muda.
  • Ia lebih kerap berlaku kepada wanita.
  • Diagnosis dan Rawatan

    Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

    Bagaimanakan ulser mulut didiagnosis?

    Pemeriksaan visual sudah mencukupi untuk mendiagnosis ulser mulut. Dalam sesetengah kes, anda mungkin menjalani ujian untuk melihat masalah kesihatan lain terutamanya jika ulser anda teruk dan berpanjangan.

    Bagaimanakan ulser mulut dirawat?

    Rawatan akan disyorkan bagi ulser yang besar, berpanjangan atau luar dari kebiasaan.

    • Pencuci mulut. Ia mengandungi lidocaine dan steroid dexamethasone yang boleh mengurangkan sakit dan radang.
    • Produk melalui kaunter dan preskripsi seperti Benzocaine, Fluocinonide, Hydrogen peroide mungkin membantu menghilangkan sakit dan mempercepatkan proses pemulihan jika ia disapu pada ulser tunggal sebaik sahaja ia muncul.
    • Suplemen nutrisi. Asid folik, vitamin B-6, vitamin B-12 atau zink diperlukan jika anda kekurangan vitamin ini.

    Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

    Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Ulser Mulut?

    Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi ulser mulut:

    • Basuh mulut anda. Gunakan bilasan air garam atau serbuk penaik (larutkan 1 sudu teh serbuk penaik di dalam ½ cawan air suam).
    • Sapukan sedikit susu magnesia pada ulser beberapa kali sehari.
    • Elakkan makanan berasid atau pedas yang boleh menyebabkan irirtasi dan sakit.
    • Letakkan ais pada ulser terbabit dengan membiarkan ketulan ais cair secara perlahan di atas ulser tersebut.
    • Berus gigi anda dengan lembut menggunakan berus lembut atau ubat gigi tanpa buih seperti Biotene atau Sensodyne ProNamel.

    Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Firdaus Rahim · Disemak pada 27/11/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan