Apa itu Ulser Korneal?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

enEnglish

Definisi

Apa itu Ulser Korneal?

Mata anda terdiri daripada dua bahagian untuk memfokus imej:

  • Kornea: Permukaan jernih di hadapan mata anda.
  • Kanta: Struktur jernih di dalam mata anda yang berubah bentuk untuk membantu fokus kepada objek.

Kornea adalah tingkap kepada mata anda dan membenarkan cahaya masuk ke mata. Air mata melindungi kornea daripada bakteria, virus, dan fungus. Ulser korneal merupakan kudis terbuka yang terbentuk pada kornea. Ia biasanya disebabkan oleh jangkitan berpunca dari kecederaan kecil pada mata atau hakisan disebabkan oleh pemakaian kanta lekap terlalu lama.

Apakah kebarangkalian Ulser Korneal?

Penyakit ini sangat biasa berlaku pada mana-mana pesakit tanpa mengira umur. Hal ini dapat diatasi dengan mengurangkan faktor risiko anda. Sila berjumpa doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Ulser Korneal?

Simptom-simptom biasa untuk ulser korneal adalah:

  • Mata merah;
  • Sakit yang teruk;
  • Rasa seperti ada sesuatu di dalam mata;
  • Mata berair;
  • Lelehan tebal mengalir dari mata;
  • Kabur pandangan;
  • Sensitif pada cahaya;
  • Radang mata;
  • Bengkak kelopak mata;
  • Bintik bulat putih pada kornea yang boleh dilihat dengan mata kasar jika ulser terlalu besar.

Kesemua simptom ulser korneal adalah teruk dan harus dirawat segera bagi mengelakkan buta.

Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Anda harus menghubungi doktor jika anda mengalami sebarang masalah berikut:

  • Perubahan penglihatan;
  • Sakit yang teruk;
  • Rasa seperti ada sesuatu di dalam mata;
  • Lelehan jernih mengalir dari mata anda;
  • Pernah menggaru mata atau terdedah pada bahan kimia atau habuk yang terbang.

Punca

Apakah punca Ulser Korneal?

Punca utama ulser korneal adalah jangkitan bakteria yang sering terjadi pada individu yang memakai kanta lekap. Jangkitan virus juga boleh menyebabkan ulser korneal. Virus seperti virus herpes simplex (virus yang menyebabkan melepuh) atau virus varisela (virus yang menyebabkan cacar air dan kayap).

Jangkitan fungus jarang sekali menjadi punca ulser korneal dan mungkin berlaku selepas cedera dengan bahan organik seperti dahan dan ranting. Individu yang mendapat jangkitan sebegini pernah dirawat dengan ubat titik mata steroid atau memakai kanta lekap yang tidak disterilkan dengan baik.

Punca-punca lain bagi ulser korneal termasuk:

  • Mata kering. Gangguan yang menyebabkan mata kering membuatkan mata tidak mempunyai air mata sebagai pelindung bagi melawan bakteria dan mengakibatkan ulser.
  • Kecederaan mata. Koyakan kecil pada kornea juga boleh menyebabkan ulser korneal.
  • Memakai kanta lekap yang tidak disterilkan.
  • Kekurangan Vitamin A.

Individu yang memakai kanta lekap lembut yang telah tamat tempoh atau memakai kanta lekap pakai buang untuk jangka masa yang lama (termasuk sepanjang malam) berisiko tinggi untuk mengalami ulser korneal.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Ulser Korneal?

Terdapat pelbagai faktor risiko bagi ulser korneal, seperti:

  • Lepuh
  • Cacar air;
  • Memakai kanta lekap;
  • Cedera pada korneal.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Ulser Korneal didiagnosis?

Oleh sebab ulser korneal merupakan masalah yang serius, anda harus berjumpa ahli oftalmologi (doktor pakar dalam penjagaan dan pembedahan mata)

  • Ahli oftalmologi akan dapat mengesan sekiranya anda mempunyai ulser dengan menggunakan mikroskop mata khas, dikenali sebagai lampu celah. Bagi melihat ulser dengan lebih jelas, doktor akan menitik sejenis cecair mengandungi pewarna flourescein ke dalam mata anda.
  • Jika ahli oftalmologi mengesyaki ulser anda berpunca daripada jangkitan, sampel ulser akan dihantar pada makmal untuk dikenal pasti.

Bagaimana pesakit Ulser Korneal dirawat?

Jika punca ulser korneal telah dikenalpasti,ubat mata antibakteria, antifungal, atau antiviral akan disyorkan. Jika jangkitan teruk, doktor akan memberi ubat titik mata antibakteria dan sedikit kikisan ulser akan diambil untuk diuji bagi mengetahui punca jangkitan. Selain itu, anda mungkin perlu menggunakan ubat titik mata kortikosteroid, jika mata menjadi radang dan bengkak.

Bagi kes yang teruk, ulser korneal mungkin memerlukan perpindahan kornea. Ia melibatkan pembedahan membuang tisu korneal dan menggantikannya dengan tisu penderma. Pembedahan ini mengakibatkan komplikasi kesihatan kelak seperti:

  • Penolakan tisu penderma;
  • Glaukoma (tekanan di dalam mata);
  • Jangkitan mata;
  • Katarak (kanta mata menjadi keruh);
  • Bengkak korneal.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Ulser Korneal?

Gaya hidup dan kaedah rawatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi ulser korneal:

  • Jika anda memakai kanta lekap, tanggalnya segera.
  • Letak pek sejuk pada mata yang terlibat.
  • Jangan sentuh atau garu mata anda dengan jari.
  • Elakkan jangkitan daripada merebak dengan selalu membasuh tangan dan keringkan dengan tuala yang bersih.
  • Ambil ubat tahan sakit tanpa preskripsi, seperti acetaminophen (Tylenol) atau ibuprofen (Motrin).
  • Elakkan tidur ketika anda sedang memakai kanta lekap.
  • Bersih dan steril kanta lekap anda sebelum dan selepas memakainya.
  • Bilas mata anda bagi membuang sebarang bendasing.
  • Basuh tangan sebelum menyentuh mata anda.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: April 20, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 20, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.