backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Ulnar neuropati

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Apple Suet Leng Cheah · Disemak pada 13/09/2019

Definisi

Apa itu Ulnar neuropati?

Ulnar neuropati adalah radang pada saraf. Ulnar adalah salah satu daripada tiga saraf utama di lengan dan tangan. Ia memberikan sensasi ke bahagian tangan dan jari (jari manis dan jari kelingking). Saraf ulnar yang terjejas disekat terutamanya pada bahagian atau berhampiran siku dan pergelangan tangan (sindrom terowong silinder atau dikenali sebagai carpal tunnel syndrome).

Apakah kebarangkalian Ulnar neuropati?

Sesiapa sahaja boleh menghidap kondisi ulnar neuropati tanpa mengira umur dan jantina. Tetapi mereka yang sering mengalami tekanan pada siku mempunyai risiko yang lebih tinggi.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Ulnar neuropati?

Simptom termasuklah lemah, kebas dan sakit pada bahagian siku atau bahagian bawah legan. Anda mungkin merasa sensasi kesemutan di bahagian bawah lengan (terutama jari kelingking dan cincin). Anda juga akan merasa kesukaran meregangkan jari jadi tangan anda kelihatan melengkung seperti kuku. Simptom ini lebih kerap berlaku apabila anda membengkok siku anda ketika memandu atau memegang telefon. Sesetengah orang mungkin merasa kebas pada bahagian tangan atau jari apabila bangun pada waktu malam. Jika saraf terlalu tegang akibat tidak bergerak dalam jangka masa yang lama, kondisi ini akan menjadi lebih serius dan sukar untuk anda pulih.

Mungkin ada beberapa tanda-tanda atau gejala-gejala tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai gejala, sila berunding dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mempunyai sebarang tanda-tanda atau gejala-gejala yang disenaraikan di atas atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor anda. Badan semua orang bertindak secara berbeza. Anda disarankan berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan rawatan/nasihat terbaik untuk keadaan anda.

Punca

Apakah Punca Ulnar neuropati?

Puncanya termasuklah tekanan berterusan pada saraf seperti yang dialami penunggang basikal, jurutaip dan orang yang menggunakan alat seperti gerudi tukul atau kerap bermain instrumen seperti biola. Tekanan ke atas saraf boleh disebabkan oleh trauma atau dipukul pada siku atau tekanan pada siku untuk jangka masa yang lama. Punca-punca lain mungkin disebabkan retak atau patah tulang, sista, dan tumor.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Ulnar neuropati?

Terdapat banyak faktor-faktor risiko untuk penyakit ini seperti:

  • Menunggang basikal;
  • Menaip;
  • Menggunakan gerudi tukul;
  • Bermain biola;
  • Bersandar pada siku dalam masa yang panjang;
  • Retak, patah tulang, tumor mungkin merupakan penghalang.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Ulnar neuropati didiagnosis?

Doktor akan memeriksa lengan, tangan dan jari, dan mungkin menguji anda menerusi electromyogram (EMG) untuk mengesahkan diagnosis. Ujian-ujian lain yang mungkin akan dibuat termasuk ultrasound diagnostik,  kajian magnet pengimejan resonans (MRI), konduksi saraf, pemeriksaan jarum elektrod, radiografi dan tomografi (CT). Hasil ujian kekonduksian saraf boleh membantu menentukan jika saraf berfungsi dengan berkesan dan mencari bahagian yang terjejas.

Bagaimana pesakit Ulnar neuropati dirawat?

Kaedah rawatan bukan pembedahan boleh digunakan dulu. Rawatan termasuk ubat penahan sakit, ubat-ubatan anti-radang bukan steroid, antidepresan dan anticonvulsants trycyclic. Anda mungkin perlu menggunakan anduh, atau bekerja dan bersenam ketika dalam proses rawatan. Tukar regimen latihan atau alat-alat khas seperti sarung tangan untuk membantu mengurangkan tekanan langsung pada saraf.

Jika rawatan lain tidak berkesan, anda mungkin perlukan pembedahan untuk menghilangkan tekanan pada saraf. Pembedahan biasanya berlaku pada siku tetapi ia juga mungkin dilakukan pada pergelangan tangan. Biasanya saraf dipindahkan dari belakang siku ke lokasi baru yang di hadapannya.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Ulnar neuropati?

Gaya hidup berikut dan rawatan rumah mungkin membantu anda mengatasi penyakit ini:

  • Mengelakkan lenturan pada siku.
  • Pastikan kerusi tidak terlalu rendah jika anda kerap menggunakan komputer.
  • Mengelakkan lenturan pada siku atau pada lengan dalam.
  • Pastikan siku lurus pada waktu malam apabila anda tidur. Anda boleh gulungkan tuala sekeliling siku untuk menjadikannya lurus, memakai pad siku ke belakang atau menggunakan wayar khas.
  • Mengubah kedudukan tangan anda pada roda stereng ketika berbasikal atau memandu kereta.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Apple Suet Leng Cheah · Disemak pada 13/09/2019

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan