Apa itu Ujian tekanan pundi kencing dan ujian Bonney?

Oleh

Definisi

Apa itu Ujian tekanan pundi kencing dan ujian Bonney?

Ujian tekanan pundi kencing menyimulasikan pengeluaran air kencing secara tidak sengaja (inkontinensia kencing) yang mungkin berlaku apabila anda batuk, bersin, ketawa atau bersenam.

Ujian Bonney dilakukan sebagai sebahagian daripada ujian tekanan pundi kencing, setelah doktor mengesahkan air kencing hilang selepas anda batuk. Ia adalah sama dengan ujian tekanan pundi kencing kecuali leher pundi kencing akan diangkat sedikit dengan jari atau sejenis alatan dimasukkan ke dalam vagina sewaktu tekanan diberikan kepada pundi kencing. Ini akan memeriksa sekiranya inkontinensia adalah disebabkan oleh leher pundi kencing yang ditolak ke bawah melalui tekanan.

Mengapa ujian tekanan pundi kencing dan ujian Bonney dilaksanakan?

Ujian tekanan pundi kencing dan ujian Bonney mungkin dijalankan sebagai pemeriksaan fizikal apabila:

  • Anda terkeluar air kencing secara tidak sengaja ketika bersin, ketawa, batuk atau bersenam.
  • Sejarah perubatan anda, ujian fizikal dan urinalisis tidak dapat mengenalpasti punca inkontinensia.

Perkara-perkara yang perlu diketahui terlebih dahulu

Apakah perkara yang perlu diketahui sebelum menerima ujian tekanan pundi kencing dan ujian Bonney?

Ia bukanlah sesuatu yang luar biasa bagi wanita untuk mampu menahan cecair ( ketika melakukan ujian ini dalam keadaan berbaring tetapi kehilangan cecair dalam keadaan berdiri, berpunca daripada kesan graviti.

Adalah berkemungkinn bagi wanita untuk menghadapi kedua-dua tekanan incontinence dan incontinence mendesak pada masa yang sama. Rawatan untuk incontinence yang berjaya kadangkala membantu memulihkan incontinence mendesak juga.

Adalah sukar untuk menyelaraskan ujian Bonney. Oleh itu, hasil ujian adalah tidak boleh dipercayai sepenuhnya. Adalah penting ketika ujian untuk mengangkat tisu di kedua-dua belah leher pundi kencing berbanding memampatkan pundi kencing itu sendiri. Sekiranya air kencing terhenti apabila jari atau alatan dimsukkan kedalam vagina, ia mungkin berpunca daripada uretra yang ditutup dan bukan hasil daripada mengangkat pundi kencing. Sekiranya ujian Boney dilakukan bagi menentukan keperluan menjalani pembedahan, doktor yang melakukan ujia haruslah benar-benar berpengalaman untuk mendapatkan keputusan yang boleh dipercayai.

Ia mungkin sesuatu yang memalukan bagi sesetengah individu untuk membuang air kecil sambil diperhatikan.

Ketahui apa yang terjadi

Bagaimana persediaan untuk ujian tekanan pundi kencing dan ujian Bonney?

Bagi mengurangkan risiko jangkitan selepas ujian, anda harus meminum air, herba dan the buah, jus dan mengurangkan minuman berkafein seperti the dan kopi untuk tempoh 48 jam – ini akan mengurangkan kerengsaan pada buah pinggang.

Apa yang berlaku ketika Ujian tekanan pundi kencing dan ujian Bonney?

Ketika anda berbaring, tiub nipis dan fleksibel yang dipanggil kateter dimasukkan ke dalam pundi kencing melalui uretra. Sedikit sensasi terbakar mungkin dirasai ketika kateter dimasukkan. Sekiranya pundi kencing anda telah penuh, adalah tidak perlu untuk menggunakan kateter.

Anggaran 236.6 ml cecair dimasukkan ke pundi kencing dengan kateter. Kateter kemudian dikeluarkan, dan anda akan diminta untuk batuk. Doktor akan melihat kepada sebarang kehilangan cecair dan mengenalpasti sela masa diantara tekanan (batuk) dan kehilangan cecair.  Ujian tekanan mungkin diulang dalam keadaan anda berdiri.

Sekiranya kehilangan cecair tidak berlaku sewaktu ujian tekanan pundi kencing dan ujian Bonney ujian mungkin diulang dalam keadaan anda berdiri. Tuala serapan mungkin digunakan bagi mengutip air kencing yang dikeluarkan ketika anda melakukan aktiviti seharian anda.  

Apa yang berlaku selepas Ujian tekanan pundi kencing dan ujian Bonney?

Anda perlu minum air kira-kira dua setengah liter sehari untuk tempoh 48 jam selepas ujian dan sekiranya anda ke tandas untuk menmbuang air kencing, cuba untuk memastikan pundi kencing anda benar-benar dikosongkan. Anda boleh melakukannya dengan menunggu beberapa saat selepas selesai membuang air kencing dan mencuba lagi.

Sekiranya terdapat sebarang persoalan mengenai ujian tekanan pundi kencing dan ujian Bonney, sila berbincang dengan doktor anda untuk memahami arahan untuk anda.

Memahami keputusannya

Bagaimana mentafsir keputusan ujian?

Berlakunya kebocoran cecair selepas batuk menunjukkan anda mengalami tekanan inkontinensia. Individu yang kehilangan cecair sewaktuujian tekanan pundi kencing mungkin boleh dirawat melalui pembedahan yang akan menaikkan leher pundi kencing.

Kehilangan cecair yang berlaku bukan serta merta (beberapa saat selepas batuk) menunjukkan penguncupan otot pundi kencing yang tidak normal berlaku. Ini menunjukkan berlakunya interkontinensia mendesak. Penguncupan ini boleh dirawat dengan pengambilan ubat.

Bergantung kepada makmal dan hospital, julat normal ujian tekanan pundi kencing dan ujian Bonney mungkin berbeza. Sila berbincang dengan doktor jika terdapat sebarang soalan mengenai keputusan ujian anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: Mac 28, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 12, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.