Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ujian ini boleh mengesan hormon kehamilan (yang dinamakan gonadotropin korionik manusia/human chorionic gonadotropin, hCG) di dalam sampel air kencing. kadar hCG yang tinggi dihasilkan ketika hamil. Ujian di rumah mempunyai keputusan yang sama seperti ujian kehamilan yang dijalankan oleh kebanyakan pejabat doktor jika ia dilakukan seperti yang diarahkan.
Apabila seorang perempuan mengandung, telurnya secara umumnya disenyawakan di dalam tiub fallopian oleh satu sel sperma. Dalam tempoh 9 hari selepas persenyawaan, telur tersebut bergerak ke rahim dan melekat (tertanam) di dinding rahim. Apabila telur yang telah disenyawakan tertanam, plasenta (uri) mula terbentuk dan melepaskan hCG ke dalam darah perempuan. Sebahagian hCG ini turut masuk ke dalam air kencing. Dalam minggu-minggu awal kehamilan, kuantiti hCG dalam air kencing meningkat dengan sangat cepat–menjadi dua kali ganda setiap 2 ke 3 hari.
Terdapat dua jenis ujian kehamilan di rumah yang asas.
Air kencing pertama di waktu pagi (yang telah terkumpul di dalam pundi kencing semalaman) ialah yang terbaik untuk digunakan dan memberikan keputusan yang paling tepat.
Ketepatan ujian kehamilan di rumah adalah berbeza untuk setiap perempuan kerana:
Hanya sebahagian ujian kehamilan di rumah yang cukup sensitif untuk menunjukkan kehamilan pada hari pertama perempuan terlepas kitaran haid. Kebanyakannya lebih tepat selepas seminggu terlepas kitaran haid.
Jika anda merasakan anda sedang hamil, anda harus melakukan ujian di rumah sebelum ke hospital.
Ia boleh digunakan di hari pertama terlepas kitaran haid. Tetapi keputusan akan lebih tepat jika anda menunggu selama beberapa hari selepasnya. Jika anda melakukan ujian sejurus selepas terlepas kitaran haid dan keputusannya menunjukkan anda tidak hamil (negatif), sila ulanginya selepas seminggu jika kitaran haid anda belum bermula atau anda telah melakukan ujian kehamilan di perjabat doktor atau di klinik.
Kebanyakan perempuan akan mendapat keputusan positif dalam tempoh beberapa hari selepas terlepas kitaran haid tetapi sesetengah perempuan boleh mendapat keputusan negatif di awal kehamilan.
Gonadotropin korionik manusia (hCG) boleh ditemui di dalam darah sebelum ia ditemui di dalam air kencing. Ujian darah boleh memastikan kehamilan sekitar 6 hari selepas telur tertanam di dalam rahim (bahkan sebelum terlepas kitaran haid)
Anda boleh membeli kit ujian kehamilan di farmasi atau kedai runcit. Ia tidak memerlukan prekripsi.
Kit ujian ini secara umumnya mengandungi dipstick plastik atau strip ujian dan arahan yang menjelaskan cara melakukan ujian ini. Sesetengah kit menyediakan cawan mengumpul air kencing dan dipstick untuk dicelup ke dalam air kencing. Kit aliran air mengandungi strip ujian yang anda pegang semasa sedang kencing selama beberapa saat. Semua kit menyuruh anda menunggu kuantiti air kencing yang khusus sebelum membaca keputusan.
Baca dengan cermat arahan yang disediakan bersama kit tersebut. Arahan adalah berbeza mengikut kit. Pastikan anda membaca keputusan pada masa yang betul seperti yang dijelaskan untuk mendapatkan keputusan yang tepat.
Jika anda mempunyai kit yang meminta sampel air kencing di waktu pagi, sila gunakan air kencing yang sudah berada di dalam pundi kencing selama sekurang-kurangnya 4 jam. Sampel air kencing pertama di waktu pagi (yang telah terkumpul di dalam pundi kencing semalaman) memberikan keputusan paling tepat. Uji air kencing dalam tempoh 15 minit selepas ia dikumpul.
Jika anda menggunakan kit aliran air, sila kencing dengan kuantiti yang sedikit dahulu. Kemudian letakkan dipstick pada aliran air kencing sambil menghabiskan kencing. Uji sampel air kencing mengikut arahan yang disediakan.
Jika ujian menunjukkan anda hamil (positif), anda harus berjumpa dengan profesional kesihatan untuk memastikan ujian tersebut dan untuk menyusun penjagaan susulan. Jika sebaliknya (negatif), masih terdapat kemungkinan untuk anda hamil. Anda harus mengulanginya dalam tempoh seminggu selepasnya jika kitaran haid anda belum bermula. Jika masih juga negatif, berkemungkinan anda tidak hamil tetapi anda harus berbincang dengan profesional kesihatan berkenaan haid anda yang terhenti.
Adalah penting untuk mengetahui apa maksud keputusan positif dan negatif.
Jika anda mendapat keputusan positif, anda sedang hamil. Ini adalah benar tanpa mengira pudar mana pun garisan, warna atau tandanya. Jika anda mendapat keputusan positif, anda mungkin ingin menghubungi doktor untuk berbincang tentang hal seterusnya.
Dalam kes yang sangat jarang, anda boleh mendapat keputusan positif palsu. Ini bermakna bahawa anda tidak hamil tetapi ujian tersebut mengatakan sebaliknya. Anda boleh mendapatkan keputusan seperti ini jika ada darah atau protein di dalam air kencing anda. Juga jika terdapat sesetengah ubat seperti ubat penenang (tranquilizers), anti-sawan (anti-convulsant) atau hipnotik.
Jika anda mendapat keputusan negatif,anda berkemungkinan tidak hamil. walaubagaimanapun, anda mungkin hamil jika:
Jika anda mendapat keputusan negatif, cuba lakukannya dalam tempoh seminggu selepasnya untuk mendapatkan kepastian. Sesetengah kit mencadangkan supaya dilakukan ujian sekali lagi tidak kira apa keputusannya.
Bagaimana jika mendapat dua keputusan yang berbeza?
Hubungi doktor anda. Ujian darah adalah idea yang baik untuk mendapatkan kepastian.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Fakta Disemak oleh
Hello Doktor Medical Panel
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen