backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Ujian Jangkitan Saluran Kencing Di Rumah, Bagaimana Cara Betul Untuk Buat?

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Firdaus Rahim · Disemak pada 15/10/2021

Ujian Jangkitan Saluran Kencing Di Rumah, Bagaimana Cara Betul Untuk Buat?

Definisi

Apa itu Ujian Jangkitan Saluran Kencing Di Rumah?

Saluran kencing terdiri daripada buah pinggang, pundi kencing, ureter dan urethra.

Air kencing di dalam pundi kencing kebiasaannya steril – tidak mengandungi bakteria atau organisma lain (seperti fungus).

Tetapi bakteria boleh memasuki saluran kencing melalui urethra.

Jangkitan saluran kencing lebih kerap berlaku kepada perempuan berbanding lelaki.

Ini mungkin sebahagiannya disebabkan urethra perempuan lebih pendek dan hampir dengan anus yang membenarkan bakteria daripada usus untuk berhubung dengan urethra lebih mudah.

Lelaki juga mengandungi bahan anti-bakteria di dalam kelenjar prostat yang mengurangkan risiko jangkitan.

Kebanyakan jangkitan saluran kencing boleh dirawat dengan mudah menggunakan antibiotik.

Tetapi, jangkitan yang tidak dirawat boleh merebak ke buah pinggang dan menyebabkan masalah yang lebih serius.

Jika anda menggunakan kit ujian rumah, pastikan doktor anda tahu tentang keputusan ujian yang abnormal agar masalah yang serius tidak terlepas.

Mengapa ujian ini dijalankan?

ujian jangkitan saluran kencing

Ujian jangkitan salur kencing dilakukan di bawah arahan doktor anda untuk:

  • Mengenal pasti jangkitan saluran kencing (urinary tract infection, UTI) terutamanya bagi mereka yang selalu mendapat UTI. Sesetengah keadaan boleh meningkatkan risiko UTI seperti hamil, diabetes atau keadaan yang mengganggu aliran kencing (seperti batu karang, strok atau kecederaan urat saraf tunjang). Untuk orang dewasa, UTI kebiasaannya menyebabkan simptom-simptom seperti sakit atau rasa terbakar semasa kencing, kerap kencing atau keinginan yang tiba-tiba dan kerap untuk kencing. Orang tua dan kanak-kanak mungkin tidak mengalami simptom-simptom ini. Atas sebab itu, pakar mengesyorkan orang tua dan kanak-kanak untuk berjumpa doktor jika disyaki mengalami UTI.
  • Memeriksa sejauh mana keberkesanan rawatan UTI. Jika anda sedang menerima rawatan UTI, anda boleh menguji air kencing di rumah untuk melihat jika antibiotik telah menyembuhkan jangkitan tersebut. Jika anda kerap mendapat UTI, anda boleh melakukan ujian ke atas diri sendiri.
  • Menguji kanak-kanak yang sering mengalami jangkitan pundi kencing tetapi tidak mampu melaporkan simptom-simpotmnya. Ujian rumah dilakukan bagi kanak-kanak ini di bawah arahan doktor.

Perkara yang perlu anda tahu sebelum ujian

Apa yang anda perlu tahu sebelum menjalani ujian ini?

Ujian ini harus dilakukan di bawah arahan doktor agar keputusan ujian abnormal yang disebabkan oleh selain UTI tidak terlepas.

Walaupun ujian ini boleh mengesan kehadiran UTI, ia tidak memberikan maklumat berkenaan lokasi jangkitan.

Keputusan positif tidak selalunya bermakna anda mengalami jangkitan.

Jika anda mendapat keputusan positif, pastikan anda berbincang dengan doktor.

Jika anda mengalami simptom-simptom jangkitan saluran kencing tetapi ujian menunjukkan sebaliknya, sila hubungi doktor anda untuk melakukan penilaian.

Kit ujian rumah tidak tepat 100%.

Jika anda berterusan mengalami simptom-simptom jangkitan walaupun keputusan ujian mengatakan sebaliknya, sila beritahu doktor anda.

Banyak jenis kit ujian rumah boleh dipesan melalui internet.

Jika anda boleh melayari internet, anda boleh mencari maklumat ini dengan mencari jenis atau nama pengeluarnya.

Sesetengah kit mengandungi kapsul atau ubat lain untuk kegunaan selepas ujian.

Sebarang ubat yang disediakan bersama kit bukanlah pengganti kepada susulan bersama doktor.

ujian jangkitan saluran kencing

Ketahui apa yang berlaku

Apakah persediaan ujian ini?

Anda boleh membeli ujian dipstick tanpa memerlukan preskripsi dari doktor.

Sila berbincang dengan doktor tentang penggunaannya.

Apa yang berlaku ketika ujian ini?

Jangan kencing sekurang-kurangnya 4 jam sebelum ujian.

Sampel pertama air kencing di waktu pagi (yang telah terkumpul di dalam pundi kencing semalaman) memeberikan keputusan yang paling tepat.

Uji air kencing dalam tempoh 15 minit sampel dikumpul atau letakkan dipstick ke dalam saliran kencing semasa anda sedang kencing.

Elakkan menyentuh bingkai bekas ke kawasan kemaluan anda dan elakkan penggunaan tisu tandas awam, bulu ari-ari, darah haid atau bahan asing yang lain dari masuk ke dalam sampel air kencing.

Apa yang berlaku selepas ujian ini?

Uji sampel air kencing mengikut arahan yang disediakan.

Pastikan doktor anda tahu keputusan ujian yang abnormal agar masalah salur kencing tidak terlepas.

ujian jangkitan saluran kencing

Memahami keputusan ujian tersebut

Apa maksud keputusan saya?

Ujian jangkitan salur kencing di rumah

Normal:

Ujian dipstick nitrite: Tiada nitrite ditemukan dalam air kencing. Keputusan normal ialah negatif.

Ujian dipstick leukocyte: Tiada sel darah putih (leukocyte) ditemukan dalam air kencing. Keputusan normal ialah negatif.

Abnormal:

Ujian dipstick nitrite: Nitrite ditemukan dalam air kencing. Keputusan ini ialah positif.

Ujian dipstick leukocyte: Sel darah putih (leukocyte) ditemukan dalam air kencing. Keputusan ini ialah positif.

Hubungi doktor anda jika keputusannya ialah positif.

Julat normal bagi ujian ini mungkin berbeza bergantung kepada makmal dan hospital.

Sila berbincang dengan doktor anda tentang apa-apa persoalan yang anda ada berkenaan keputusan ujian anda.

Jika anda mempunyai sebarang persoalan berkenaan ujian ini, sila berunding dengan doktor anda untuk memahami dengan lebih baik.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Firdaus Rahim · Disemak pada 15/10/2021

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan