backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Bilirubin (Ujian)

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Mellisa Lim · Disemak pada 19/10/2022

Bilirubin (Ujian)

Apa itu bilirubin? Ujian Bilirubin memeriksa tahap bilirubin dalam darah. Bilirubin (bil-ih-ROO-bin) pula ialah pigmen oren-kekuningan yang merupakan produk sisa hasil penguraian normal sel-sel darah merah. Tahap bilirubin tinggi mungkin menandakan masalah hati ataupun pundi hempedu. 

Bilirubin akan melalui hati dan keluar dari tubuh – kebanyakan melalui pembuangan air besar, sedikit melalui air kencing. Kadangkala, tahap bilirubin tinggi berlaku disebabkan peningkatan tahap pemecahan sel darah merah atau hemolisis. 

Definisi

Apa itu Bilirubin Dan Ujian Bilirubin?

Sebelum ini, kami telahpun menerangkan apa itu bilirubin. Ujian bilirubin selalunya dilakukan untuk memeriksa tahap kesihatan hati. 

Sebelum tiba di hati, bilirubin digelar tidak konjugat. Tetapi, apa itu bilirubin tidak konjugat?

Bilirubin tidak konjugat bermaksud tidak bergabung. Di dalam hati, bilirubin akan bergabung dengan gula tertentu untuk menghasilkan bentuk larut air digelar Bilirubin konjugat.

Bilirubin konjugat melepasi hati dan di dalam usus besar, ia akan ditukar kembali kepada bentuk tidak konjugat sebelum disisihkan dari tubuh. 

Kebanyakan makmal menggunakan ujian yang mengesan bilirubin konjugat, yang digelar terus. Dengan mengeluarkan bilirubin secara terus daripada keseluruhan billirubin, anggaran bilirubin tidak konjugat, digelar tidak terus, dapat diperolehi.

Mengapa ujian Billirubin dilaksanakan?

ujian bilirubin

Doktor biasanya mengarahkan ujian bilirubin dilakukan bersama-sama ujian ujian makmal yang lain (alkaline phosphatase, aspartate aminotransferase, alanine aminotransferase).

Apabila seseorang individu menunjukkan tanda-tanda fungsi hati yang luar biasa. Tahap bilirubin mungkin diperiksa sekiranya seorang individu:

Simptom-simptom yang mungkin dialami:

  • Air kencing yang gelap atau berwarna kuning
  • Loya/ muntah
  • Sakit dan/atau bengkak abdomen
  • Keletihan bersama sakit hati yang kronik

Menentukan tahap bilirubin pada bayi baru lahir yang menghidap penyakit kuning dikira sebagai prosedur biasa bagi penjagaan kesihatan.

Ujian mungkin juga diarahkan bagi seseorang yang disyaki menghidap (atau diketahui menghidap) anemia hemolitik yang membawa kepada anemia.

Dalam kes ini, ia akan diarahkan bersama ujian-ujian lain bagi menguji hemolisis, seperti jumlah darah lengkap, kiraan retikulosit, haptoglobin dan LDH.

Simptom-simptom

Apakah perkara yang perlu diketahui sebelum menerima ujian Bilirubin?

ujian bilirubin

Kadangkala bilirubin diukur sebagai sebahagian daripada ujian-ujian “panel”.

Kebiasaannya, hati dinilai bersama sekumpulan ujian-ujian termasuk bilirubin, alanine transaminase (ALT), aspirate transaminase (AST), alkaline phosphatase (ALP), albumin, jumlah protein dan lain-lain.

Bilirubin boleh diukur dalam cecair amniotic sekiranya doktor merasakan bayi dalam kandungan mempunyai keadaan yang membunuh sel darah merah (erythroblastosis fetalis). 

Dalam sesetengah kes, bilirubin mungkin diukur melalui air kencing. Kebiasaannya, air kencing tidak mengandungi bilirubin.

Sekiranya bilirubin dikesan dalam air kencing, ujian tambahan mungkin dijalakan bagi mengesan puncanya. Kandungan bilirubin yang tinggi dalam air kencing mungkin menunjukkan bilirubin tidak disingkirkan dari tubuh melalui hati.

Bagaimana persediaan untuk ujian Bilirubin?

Anda tidak boleh makan dan minum sekurang-kurangnya 4 jam sebelum menjalani ujian. Doktor mungkin menasihati anda untuk tidak mengambil sebarang ubat yang mungkin mempengarushi keputusan ujian.

Tiada persediaan khusus bagi kanak-kanak sebelum ujian ini.

Banyak jenis ubat yangmungkin mengubah tahap bilirubin dalam darah anda. Pastikan doktor mengetahui jenis ubat-ubatan yang anda ambil.

Sila beritahu doktor jika anda::

  • Sedang mengambil sebarang ubat-ubatan.
  • Mempunyai alergi terhadap sebarang jenis ubat.
  • Mempunyai masalah melibatkan pendarahan atau mengambil pencair darah, seperti aspirin, clopidogrel (Plavix), atau warfarin (Coumadin).
  • Anda sedang mengandung atau mengesyaki diri mengandung.

Punca

Apa yang berlaku ketika Ujian Bilirubin?

Sejumlah kecil darah anda diperlukan untuk melakukan ujian ini.

Sampel darah akan diambil melalui venipuncture, dimana jarum dimasukkan kedalam urat melalui kulit di bahagian lengan atau tangan, dan sejumlah kecil darah akan keluar melalui jarum memasuki tiub dandisimpan di dalam tiub ujian.

Faktor-faktor Risiko

Apa yang berlaku selepas Ujian Bilirubin?

Pembalut akan diletakkan dan ia perlu dibiarkan kebiasaannya sekitar 10 ke 20 minit, dan anda harus mengelakkan menggunakan lengan tersebut bagi melakukan pekerjaan berat sepanjang hari.

Sekiranya terdapt sebarang persoalan mengenai ujian Bilirubin, sila berbincang dengan doktor anda untuk memahami arahan bagi anda.

Diagnosis dan Rawatan

Bagaimana mentafsir keputusan ujian?

Pada kanak-kanak yang sedikit besar atau orang dewasa, nilai normal Bilirubin terus (konjugat) adalah antara 0 ke 0.3 miligram per deciliter (mg/dL). Nilai normal bagi jumlah total Bilirubin (terus dan tidak terus) adalah di antara 0.3 ke 1.9 mg/dL.

Pada bayi baru lahir, nilai Bilirubin yang tinggi adalah normal disebabkan stress ketika kelahiran. Nilai normal Bilirubing bagi bayi bar lahir ialah dibawah 5 mg/dL, tetapi sehingga 60% bayi baru lahir mempunyai Jaundice dan tahap Bilirubin melebihi 5 mg/dL.

Nilai-nilai ini berkemugkinan sedikit berbeza bergantung kepada makmal yang berbeza dan biasa untuk lelaki dewasa.

Nilai normal bagi wanita dan kanak-kanak juga mungkin sedikit berbeza, bergantung kepada jenis makanan yang diambil, ubat-batan atau senaman berat.

Pastikan anda memberitahu doktor tentang sebarang makanan atau ubat-ubatan yang anda ambil atau tahap aktiviti anda bagi doktor menganalisa keputusan ujian dengan lebih tepat.    

Nilai tinggi Bilirubin dalam darah pula mungkin berpunca daripada:

  • Sedikit jangkitan, seperti pundi hempedu yang dijangkiti atau cholecystitis.
  • Penyait keturunan seperti sindrom Gilbert, keadaan yang menyebabkan gangguan pada hati sewaktu memproses bilirubin. Walaupun jaundis mungkin berlaku bagi sesetengah individu dengan sindrom gilbert, keadaan ini adalah tidak berbahaya.
  • Penyakit yang menyebabkan kerosakan hati, seperti hepatitis, cirrhosis atau mononucleosis.
  • Penyakit yang menyebabkan salur hempedu tersumbat, seperti batu karang atau kanser pancreas.
  • Kemusnahan sel darah merah yang pantas, seperti dari penyakit sel sabit atau tindak balas alergi daripada darah yang diterima ketika pemindahan darah (digelar reaksi transfusi)
  • Ubat-ubatan yang mungkin meningkatkan tahap bilirubin. Ini termasuklah pelbagai jenis antibiotik, beberapa jenis pil perancang, diazepam (Valium), flurazepam, indomethacin (indocin), dan phenytoin (Dilantin).

Kesimpulan

ujian bilirubin

Kami berharap, anda dapat mengetahui dengan lebih lanjut apa itu bilirubin dan ujian bilirubin setelah membaca artikel ini.

Jika anda mempunyai persoalan mengenai ujian yang anda lakukan, pastikan anda bertanya doktor untuk meleraikan kerunsingan anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Mellisa Lim · Disemak pada 19/10/2022

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan