Apa itu Ujian bikarbonat?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Definisi

Apa itu Ujian bikarbonat?

Ujian bikarbonat, juga digelar ujian CO2, digunakan untuk mengesan ketidakseimbangan elektrolit atau perubahan kadar asid dalam darah (pH).

Ia kebiasaannya sebahagian daripada beberapa siri ujian yang dilakukan bagi menyiasat keadaan buah pinggang  (profil buah pinggang).

Ujian bikarbonat boleh dilakukan sebagai sebahagian pemeriksaan fizikal rutin atau ia boleh disyorkan sekiranya anda mengalami simptom-simptom seperti:

  • Lemah badan
  • Kekeliruan
  • Muntah berulang-ulang
  • Masalah pernafasan

Mengapa ujian bikarbonat dilaksanakan?

Ujian karbon dioksida (bicarbonate) membantu mencari dan menjejaki keadaan yang mempengaruhi tahap bikarbonat, termasuk banyak penyakit buah pinggng, sebahagian penyakit paru-paru dan keadaan metabolik.

Ia kerap dilakukan sebagai sebahagian daripada ujian makmal darah (skrin kimia) untuk mengesan punca bagi pelbagai jenis symptom.

Simptom-simptom

Apakah perkara yang perlu diketahui sebelum melakukan ujian bikarbonat?

Sesetengah ubatan mungkin meningkatkan tahap bikarbonat termasuklah; fludrocortisones, barbiturates, bikarbonat, hydrocortisone, diuretik gelung dan steroid. Ubatan yang menurunkan tahap bikarbonat termasuklah methicillin, nitrofurantoin, tetracycline, diuretic tiazide dan triamterene. Doktor anda akan menasihati sekiranya terdapat sebarang masalah

Ujian karbon dioksida (bikarbonat) juga boleh dilakukan pada sampel darah yang diambil dari arteri untuk ujian gas darah arteri (ABG)

Bagaimana persediaan untuk Ujian bikarbonat?

Anda tidk perlu melakukan apa-apa sebelum menjalani ujian ini. Banyak ubat-ubatan boleh mengganggu keputusan ujian darah:

  • Doktor anda akan meminta anda untuk tidak mengambil sebarang ubat-ubatan sebelum menjalani ujian ini.
  • Jangan berhenti atau menukar ubat-ubatan tanpa berbincang dengan doktor terlebih dahulu.
  • Berbincanglah dengan doktor sekiranya terdapat sebarang keraguan mengenai ujian ini, risikonya, bagaimana ia dijalankan atau apakah makna keputusan ujian.

Punca

Apa yang berlaku ketika Ujian bikarbonat?

Pakar perubatan yang, mengambil darah akan:

  • Membalut gelung elastik disekitar lengan untuk menghentikan aliran darah.
  • Membersihkan tempat suntikan dengan alkohol.
  • Memasukkan jarum ke dalam urat. Lebih dari satu jarum mungkin diperlukan.
  • Mencantumkan tiub ke jarum untuk dipenuhkan dengan darah.
  • Mencabut gelung elastik daripada lengan apabila darah yang diambil mencukupi.
  • Letakkan kain kasa atau bebola kapas pada bahagian yang disuntik selepas jarum dicabut keluar.
  • Menekan bahagian suntikan dan meletakkan balutan.

Faktor-faktor Risiko

Apa yang berlaku selepas Ujian bikarbonat?

Anda boleh kembali melakukan urusan seharian anda selepas ujian selesai. Ujian-ujian lain berkemungkinan dilakukan untuk doktor mengenalpasti keadaan kesihatan anda dengan lebih lanjut.

Keputusan ujian kebiasaannya boleh diperolehi dalam masa 1 ke 2 hari.

Sekiranya terdapat sebarang soalan berkenaan ujian bikarbonat, sila berbincang dengan doktor anda untuk mengetahui keperluan anda.

Diagnosis dan Rawatan

Bagaimana mentafsir keputusan ujian?

Julat nilai normal adalah antara 23-29 mEq/L (milliequivalents per liter).

Julat nilai normal mungkin berbeza bergantung kepada makmal. Berbincanglah dengan doktor bagi mengetahui keputusan ujian anda.

Jika tahap bikarbonat lebih atau kurang daripada normal, ia menunjukkan badan anda menghadapi masalah untuk mengekalkan keseimbangan asid-bes atau keseimbangan elektrolit tubuh terganggu, barangkali disebabkan kehilangan ataupengekalan cecair dalam tubuh. Kedua-dua ketidakseimbangan ini mungkin berpunca daripada pelbagai ketidak-fungsian.

Antara faktor kadar bikarbonat rendah termasuklah:

  • Penyakit Addison
  • Cirit-birit yang kronik
  • Ketoacidosis diabetes
  • Asidosis metabolic
  • Penyakit buah pinggang
  • Keracunan ethylene glycol atau methanol
  • Salisilat (aspirin) berlebihan

Peningkatan kadar bikarbonat pula mungkin berpunca daripada:

  • Muntah yang teruk
  • Sakit paru-paru, termasuk COPD
  • Sindrom Cushing
  • Sindrom Conn
  • Alkalosis metabolic

Makmal berbeza mungkin menggunakan ukuran berbeza atau sampel ujian yang berbeza.

Bergantung kepada makmal dan hospital, julat normal ujian bikarbonat mungkin berbeza. Sila berbincang dengan doktor jika terdapat sebarang soalan mengenai keputusan ujian anda.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

 

Rujukan

Tarikh Reviu: Mac 30, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Mei 16, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.