backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Asid Laktik (Ujian)

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Firdaus Rahim · Disemak pada 27/11/2019

Definisi

Apakah itu ujian asid laktik?

Ia adalah ujian darah yang mengukur kadar asid laktik yang dihasilkan dalam badan. Kebanyakannya dihasilkan oleh tisu otot dan sel darah merah. Apabila oksigen dalam badan pada kadar normal, karbohidrat diuraikan kepada air dan karbon dioksida. Apabila oksigen pada kadar rendah, karbohidrat diuraikan untuk menjana tenaga dan membentuk asid laktik.

Kadar asid laktik menjadi semakin tinggi ketika senaman berat atau keadaan lain–seperti kegagalan jantung, jangkitan teruk (sepsis) atau kejutan (shock)–mengurangkan aliran darah dan oksigen ke seluruh badan. Kadar asid laktik juga boleh meningkat apabila hati mengalami kecederaan atau penyakit yang teruk kerana hati adalah organ yang secara normal menguraikan asid laktik.

Kadar yang terlalu tinggi menyebabkan keadaan yang serius yang kadangkala mengancam nyawa iaitu asidosis laktik. Keadaan ini boleh juga berlaku kepada mereka yang mengambil metformin (Glucophage) untuk mengawal diabetes jika ada kegagalan jantung dan buah pinggan atau jangkitan yang teruk.

Ujian asid laktik secara umumnya dijalankan ke atas sampel darah yang diambil dari vena atau arteri (gas darah arteri).

Mengapa ujian ini dijalankan?

  • Memeriksa asidosis laktik. Simptom-simptomnya termasuk pernafasan laju, berpeluh berlebihan, kulit sejuk dan lembab, nafas berbau manis, sakit perut, mual atau muntah dan koma.
  • Melihat samada kandungan oksigen yang sampai ke tisu badan mencukupi atau tidak.
  • Mencari punca kadar asid yang tinggi (pH rendah) dalam darah.
  • Perkara yang perlu anda tahu sebelum ujian

    Apa yang anda perlu tahu sebelum menjalani ujian ini?

    Keputusan dari ujian asid laktik mungkin lebih tebat jika darah diambil dari arteri berbanding vena. Menggenggam tangan dan menggunakan pembalut elastik pada waktu yang lama sebelum darah diambil boleh menyebabkan kenaikan palsu pada kadar asid laktik.

    Ketika senaman aerobik, jantung dan paru-paru membekalkan oksigen yang cukup kepada badan untuk menghasilkan tenaga. Senaman anaerobik menggunakan oksigen lebih banyak dari yang boleh dibekalkan oleh paru-paru dan jantung menyebabkan bekalan tenaga semakin berkurang yang akhirnya meningkatkan kadar asid laktik dalam darah. Kebiasaannya senaman anaerobik memaksa seseorang untuk mengurangkan atau berhenti bersenam kerana perkumpulan asid laktik menyebabkan sakit otot dan kekejangan. Tetapi sesetengah atlet terlatih belajar menghadapi tempoh yang singkat dimana kadar asid laktik tinggi. Ketika senaman aerobik, udara yang anda sedut mengandungi oksigen yang cukup untuk menggunakan gula dalam darah secara normal dan sempurna bagi memenuhi keperluan tenaga badan. Maka kadar asid laktik tidak meningkat.

    Asid laktik boleh diukur dalam cecair selain darah seperti cecair tunjang. Kadar asid laktik dalam cecair badan kebiasaannya meningkat semasa jangkitan. Kadarnya dalam cecair tunjang boleh diukur untuk menentukan jangkitan kuman dalam otak disebabkan oleh bakteria atau virus.

    Ketahui apa yang berlaku

    Apakah persediaan ujian ini?

    • Jangan makan atau minum apa-apa selain air dalam tempoh 8 ke 10 jam sebelum ujian.
    • Jangan bersenam dalam tempoh beberapa jam sebelum ujian. Senaman boleh menyebabkan kenaikan sementara kadar asid laktik.

    Apa yang berlaku ketika ujian ini?

    Doktor akan membersihkan kawasan kecil di lengan atau siku anda menggunakan pengelap antiseptik atau pad alcohol. Dalam sesetengah kes, pembalut elastik akan dililit mengelilingi bahagian atas lengan anda untuk meningkatkan aliran darah. Ini akan membuatkan lebih mudah untuk mengambil darah dari vena anda.

    Kemudian, lengan anda akan dicucuk dengan jarum ke dalam vena. Satu tiub akan dilekatkan pada jarum untuk mengumpul darah.

    Apabila darah telah diambil, doktor akan mengalihkan jarum tersebut. Kemudian, doktor akan meletakkan swab kapas dan pembalut untuk menghentikan sebarang pendarahan di kawasan jarum dicucukkan.

    Apa yang berlaku selepas ujian ini?

    Anda boleh kembali kepada aktiviti normal selepas ujian selesai. Doktor akan berbincang dengan anda tentang keadaan dan rawatan yang sesuai. Kadangkala, doktor mungkin meminta pemeriksaan lanjut. Sila ikut arahan doktor anda dengan cermat.

    Memahami keputusan

    Apa maksud keputusan saya?

    Keputusan tersedia dalam sehari.

    Kadar normal

    Bacaan normal yang disenaraikan di sini–dinamakan julat rujukan–hanyalah sebagai panduan. Julat ini berbeza dari satu makmal ke makmal yang lain. Makmal anda mungkin mempunyai julat berbeza untuk bacaan normal. Laporan makmal anda seharusnya mengandungi julat yang digunakan oleh makmal tersebut. Doktor juga akan menilai bacaan anda bergantung kepada kesihatan anda dan faktor-faktor lain. Ini bermakna bacaan di luar bacaan yang disenaraikan normal mungkin masih normal bagi anda atau makmal anda.

    Darah vena: 0.5 ke 2.2 milliequivalents per liter (mEq/L) atau 0.5-2.2 millimoles per liter (mmol/L)

    Darah arteri: 0.5-1.6 mEq/L atau 0.5-1.6 mmol/L

    Kadar yang tinggi

    Keputusan abnormal bermaksud tisu badan tidak menerima oksigen yang cukup.

    Kadar asid laktik yang tinggi bermakna asidosis laktik yang boleh disebabkan oleh:

    • Kehilangan air dari darah dalam jumlah yang besar (dehidrasi).
    • Masalah darah seperti anemia teruk atau leukimia.
    • Penyakit hati atau kecederaan hati yang menghalangnya dari mengurai asid laktik dalam darah.
    • Keadaan seperti pendarahan yang teruk, kejutan, jangkitan yang serius, kegagalan jantung, aliran darah ke usus tersumbat, keracunan karbon monoksida atau embolisme pulmonari yang menghalang oksigen yang cukup sampai ke sel-sel badan.
    • Senaman yang sangat berat atau terlalu panas.
    • Keracunan alkohol (ethanol), alkohol dari bahan kayu atau antibeku.
    • Sesetengah ubat-ubatan seperti isoniazid untuk rawatan tuberkulosis atau meformin (Glucophage) untuk rawatan diabetes. Asidosis laktik ialah satu kebimbangan bagi mereka yang mengambil metformin untuk mengawal diabetes terutamanya jika mereka mengalami fungsi buah pinggang yang lemah.

    Julat normal bagi ujian ini mungkin berbeza bergantung kepada makmal dan hospital. Sila berbincang dengan doktor anda tentang apa-apa persoalan yang anda ada berkenaan keputusan ujian anda.

    Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Firdaus Rahim · Disemak pada 27/11/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan