backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Antibodi anti-DNA (Ujian)

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Azreen Madzlan · Disemak pada 27/11/2019

Definisi

Apa itu Ujian antibodi anti-DNA?

Ujian antibodi anti-DNA berguna untuk mendiagnosis dan memantau systemic lupus erythematosus (SLE). Antibodi-antibodi terdapat pada 65% -80% pesakit dengan SLE dan penyakit ini jarang dilihat pada penyakit-penyakit lain. Ciri-ciri systemic lupus erythematosus adalah kepekatan tinggi antibodi. Walau bagaimanapun, jika kepekatan antibodi ini di tahap sederhana hingga rendah, ia tidak bermakna anda menghidapi penyakit sistemik lupus erythematosus. Ini kerana terdapat banyak penyakit autoimun yang berbeza yang juga boleh meningkatkan kepekatan antibodi yang rendah hingga sederhana.

Mengapa ujian Anti-DNA Antibody dilakukan?

Doktor anda akan menentukan ujian-ujian apabila anda mempunyai tanda dan simptom yang berkaitan dengan lupus atau anda mempunyai keputusan positif untuk ujian ANA. Berikut adalah beberapa simptom SLE:

  • Kesakitan otot;
  • Demam sederhana;
  • Keletihan;
  • Keguguran rambut dan kehilangan berat badan;
  • Kulit sangat sensitif terhadap cahaya;
  • Sakit di sendi seperti arthritis, sakit sendi tetapi tiada kecederaan.
  • Kebas atau kesemutan seperti jarum di tangan dan kaki

Ujian ini juga digunakan untuk memantau dan mengenal pasti cetusan lupus yang teruk.

Perkara yang perlu diketahui

Apa yang perlu diketahui sebelum menerima ujian Anti-DNA Antibody?

Anda harus sedar tentang faktor-faktor ini yang mungkin mempengaruhi keputusan ujian:

  • Jika anda menggunakan pengimejan radioaktif dalam tempoh 1 minggu sebelum ujian, ia boleh menjejaskan keputusan ujian.
  • Ubat-ubatan boleh meningkatkan kepekatan antibodi-antibodi anti-DNA dan memalsukan keputusan ujian termasuk: hydralazine dan procainamide.
  • Kadangkala anda mempunyai keputusan positif jika anda mempunyai penyakit lain seperti hepatitis kronik, sirosis hati dan primary biliary stasis meningkatkan jangkitan mononucleosis jangkitan.

Adalah penting anda memahami amaran dan langkah berjaga-jaga sebelum menjalani ujian ini. Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan, sila berunding dengan doktor anda untuk maklumat dan arahan lanjut.

Ketahui apa yang berlaku

Bagaimana persediaan menerima ujian Anti-DNA Antibody?

Doktor anda akan menerangkan prosedur-prosedur ujian untuk anda. Sebenarnya ujian ini adalah ujian darah. Anda tidak perlu membuat persiapan untuk ujian. Anda juga perlu berhenti makan atau minum sebelum ujian.

Anda harus memakai baju lengan pendek agar jururawat dapat mengambil darah dengan mudah dari lengan anda.

Apa yang berlaku semasa ujian adrenocorticotropic hormone?

Doktor akan:

  • Membalut di sekeliling lengan untuk menghentikan pendarahan.
  • Membersihkan tempat suntikan dengan alkohol.
  • Menyuntik jarum ke dalam urat. Mereka boleh menyuntik lebih daripada 1 kali jika perlu.
  • Melampirkan hos untuk membendung pendarahan.
  • Menanggalkan jalur pita di sekitar lengan selepas mendapat cukup darah.
  • Meletakkan pembalut atau kapas di tempat suntikan.
  • Meletakkan pelekat perubatan di tempat suntikan

Doktor akan mengumpulkan darah ke dalam tiub dengan penutup merah.

Apa yang berlaku selepas ujian Anti-DNA Antibodies?

Doktor atau jururawat akan mengambil darah untuk diuji. Tahap kesakitan anda bergantung kepada kemahiran jururawat, keadaan urat anda dan kepekaan anda terhadap kesakitan.

Selepas pengambilan darah, anda perlu mengenakan pembalut dan menekan ringan pada lubang suntikan untuk menghentikan pendarahan. Anda boleh kembali ke aktiviti normal selepas ujian.

Jika anda mempunyai sebarang soalan mengenai ujian Anti-DNA Antibody, sila berunding dengan doktor anda untuk memahami arahan dengan lebih baik.

Memahami keputusan

Apa maksud keputusan saya?

Keputusan biasa: Negatif: <5 unit antarabangsa / mL

Keputusan tidak normal: Neutral 5-9 unit antarabangsa / mL;

  • Positif: ≥10 unit antarabangsa / mL;
  • Peningkatan kepekatan:
  • Penyakit circuit collagen (contohnya, penyakit systemic lupus erythematosus);
  • Hepatitis kronik;
  • Biliary cirrhosis
  • Mononucleosis berjangkit.

Bergantung kepada makmal dan hospital, julat normal untuk ujian Anti-DNA Antibody mungkin berbeza-beza. Sila berbincang dengan doktor anda mengenai apa-apa soalan yang anda ada mengenai keputusan ujian anda.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

 

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Azreen Madzlan · Disemak pada 27/11/2019

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan