backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Sakit Kepala Yang Dialami Mungkin Didasari Oleh Tumor Otak, Ayuh Semak Gejala Lain!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 03/02/2023

Sakit Kepala Yang Dialami Mungkin Didasari Oleh Tumor Otak, Ayuh Semak Gejala Lain!

Kerap alami sakit kepala? Walaupun ia keadaan biasa untuk terjadi, tetapi awas, gejala itu mungkin didasari oleh masalah lebih serius seperti tumor otak. Jom ketahui apakah simptom tumor otak untuk lebih kepastian.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kanser sila dapatkannya di sini.

Definisi

Apakah itu tumor otak?

Sebelum mengetahui apakah simptom tumor otak, ayuh kita fahami terlebih dahulu mengenai keadaan ini.

Merupakan keadaan apabila tisu pepejal yang terhasil daripada tumor sel-sel abnormal. Tisu pepejal ini berasal daripada otak ataupun saraf tunjang yang boleh mengganggu fungsi normal otak  

Terdapat banyak jenis tumor otak dan ia dibahagikan samada mengikut asal sel tumor tersebut dan malignan (kanser) atau benigna (bukan kanser)

  • Benigna; jenis ini adalah yang paling kurang agresif. Ia adalah bukan kanser (tidak mengandungi sel-sel kanser) dan mungkin berasal daripada sel-sel dari dalam atau berdekatan otak. Kadar pertumbuhannya perlahan jika dibandingkan dengan jenis lain dan sel-selnya tidak merebak ke bahagian tisu lain.
  • Malignan; ini adalah sejenis kanser yang boleh membawa maut. Kadar pertumbuhan tumornya sangat laju berbanding benigna dan sangat agresif. Ia boleh merebak ke tisu-tisu di kawasan sekeliling seperti sistem saraf tunjang dan bahagian lain otak.
  • Primer; tumor jenis ini membawa maksud ia berasal daripada sel-sel otak. tumor primer jarang-jarang sekali merebak ke organ-organ lain, tetapi boleh merebak ke bahagian lain otak dan saraf tunjang.
  • Metastatik; tumor jenis ini dikenali juga sebagai tumor sekunder, Ia berasal daripada bahagian tubuh badan yang lain dan merebak ke otak.  

Berapa kerapkah tumor otak?

Kondisi kesihatan ini boleh membabitkan pesakit pada mana-mana peringkat umur. Ia boleh dikawal dengan mengurangkan faktor risiko. Silalah berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

simptom tumor otak

Simptom-simptom

Apakah simptom tumor otak?

Simptom tumor otak bergantung kepada jenis, lokasi dan saiz tumor tersebut.

Setiap satu bahagian otak mengawal  bahagian tubuh badan yang berlainan; jadi simptom-simptom yang berlaku akan berbeza bergantung kepada di mana tumor itu berada.

Sesetengah tumor menunjukkan simptom-simptom yang semakin teruk seiring dengan masa, sesetengah yang lain pula mungkin tidak menunjukkan apa-apa simptom sehinggalah ia menjadi terlalu besar dan mengganggu kesihatan anda.

Simptom tumor otak yang umum termasuklah:

  • Sawan, terutamanya pada individu yang tiada sejarah sawan
  • Sakit kepala yang berlaku berulang kali ataupun terdapat perubahan kepada pola sakit kepala
  • Loya dan muntah yang tiada penjelasan
  • Masalah penglihatan seperti kabur, penglihatan berganda, atau kehilangan penglihatan periferi.
  • Masalah pendengaran
  • Masalah pertuturan dan kefahaman
  • Masalah koordinasi dan keseimbangan
  • Rasa kebas dan semut-semut pada tangan dan kaki
  • Kehilangan memori
  • Masalah konsentrasi
  • Perubahan personaliti

Mungkin terdapat simptom-simptom yang tidak disenaraikan diatas. Sekiranya anda mempunyai kebimbangan mengenai apa-apa simptom. Silalah berunding dengan doktor anda.

Bila saya harus bertemu dengan doktor?

Sekiranya anda mempunyai apa-apa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas atau sebarang persoalan , silalah berunding dengan doktor anda. Setiap tubuh badan kita berbeza ,sebaiknya berbincanglah dengan doktor anda untuk mendapatkan solusi terbaik bagi diri anda.

Punca

Simptom tumor otak: Fahami puncanya

simptom tumor otak

Terdapat dua punca:

  • Tumor otak primer; Tumor jenis ini berasal daripada otak ataupun tisu-tisu disekeliling dan berdekatan dengan otak seperti meninges(selaput yang membaluti otak), saraf kranium, kelenjar pituitari atau kelenjar pineal. tumor otak primer bermula dengan mutasi pada DNA dalam sel . Mutasi ini berlaku apabla terdapat kerosakan dalam pemprosesan DNA yang  membenarkan sel untuk tumbuh, terbahagi dengan cepat, kekal sihat dengan mengambil nutrien dan memaksa sel sihat yang lain untuk mati. Ini akan menghasilkan tisu pepejal yang terdiri daripada sel-sel luar biasa- tumor tersebut.
  • Tumor otak sekunder (metastatik); tumor jenis ini berasal daripada bahagian tubuh badan yang lain dan merebak ke otak. Jenis ini berlaku lebih biasa daripada tumor primer

Faktor-faktor Risiko

Simptom tumor otak: Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada keadaan ini?

Terdapat banyak faktor risiko seperti;

  • Umur: risiko mengalaminya meningkat seiring dengan umur. Ia lebih biasa berlaku pada orang-orang tua. Walaubagaiman pun, kondisi ini boleh berlaku kepada sesiapa pada mana-mana peringkat umur.Terdapat juga tumor yang hanya berlaku pada kanak-kanak sahaja.
  • Pendedahan kepada radiasi; terdapat banyak jenis radiasi. Orang yang terdedah kepada sinaran pengayunan mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami keadaan ini. Beberapa contoh untuk sinaran pengayunan ialah terapi radiasi untuk rawatan kanser dan radiasi daripada bom atom. Gelombang frekuensi radio daripada sumber yang biasa seperti telefon bimbit dan ketuhar gelombang mikro masih tidak dapat dibuktikan ada kaitan dengan tumor otak.
  • Keluarga yang mempunyai sejarah mengalami tumor ini; mereka yang ada ahli keluarga/adik-beradik yang memiliki penyakit ini , berisiko tinggi untuk turut terkena kondisi yang sama.

Baca juga:

https://wp.hellodoktor.com/kanser/tumor-otak/strategi-mencegah-dan-menyembuhkan-tumor-otak/

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana tumor otak didiagnosis?

Sekiranya anda mengesyaki anda mempunyai tumor otak, penyedia penjagaan kesihatan anda, pertama sekali akan bertanya tentang simptom-simptom dan sejarah kesihatan keluarga anda.

Kemudian, dia akan menyarankan anda untuk menjalani beberapa ujian dan prosedur untuk mengesahkan kondisi tersebut, termasuklah:

  • Pemeriksaan neurologikal: ini adalah pemeriksaan fizikal untuk memeriksa penglihatan, pendengaran, keseimbangan, koordinasi, kekuatan dan refleks. Kesukaran pada mana-mana bahagian ujian membolehkan doktor untuk mendapatkan gambaran  bahagian otak mana yang terjejas dan akan meminta anda untuk melakukan ujian selanjutnya.
  • Ujian pengimejan; Pengimejan resonans magnetik (MRI) atau imbas CT akan memberi imej otak yang sangat teliti. Cara lain yang boleh dilakukan seperti angiogram atau angiografi resonans magnetik (MRA), doktor akan menggunakan pewarna dan sinar-X pada pembuluh darah untuk membolehkan doktor melihat tanda-tanda tumor atau pembuluh darah yang luar biasa.
  • Biopsi; prosedur ini adalah untuk memeriksa samada tumor itu kanser atau tidak. Sampel tisu akan diambil daripada otak samada sewaktu pembedahan dilakukan atau menggunakan jarum yang dimasukkan melalui lubang yang ditebuk ke dalam tengkorak. Sampel akan dihantar ke makmal untuk diuji
  • Bagaimana tumor otak dirawat?

    Rawatan yang diberikan bergantung kepada banyak faktor seperti:

    • Umur anda, kesihatan umum dan sejarah perubatan
    • Jenis, lokasi, dan saiz tumor
    • Kemungkinan tumor untuk merebak atau kembali selepas dibedah
    • Toleransi anda pada ubat-ubatan yang khusus, prosedur atau terapi

    simptom tumor otak

    Rawatan untuk simptom tumor otak termasuklah

    • Antisawan
    • Steroid
    • Pembedahan

    Tumor gred tinggi (gred 3 dan 4) adalah malignan dan tumbuh dengan sangat cepat. Ia sangat sukar untuk dibuang dan selalunya memerlukan rawatan tambahan selain dari pembedahan . Kadar untuk berlaku semula sangat tinggi.

    Semua rawatan yang diberikan bertujuan untuk melegakan simptom dan memanjangkan hayat. Pilihan rawatan tambahan untuk tumor gred tinggi termasuklah;   

  • Terapi radiasi; Sinar-X dan bentuk radiasi yang lain boleh memperlahankan kadar pembesaran tumor atau memusnahkan sel tumor itu.
  • Kemoterapi; terapi ini menggunakan dadah yang diambil melalui mulut atau suntikan ke dalam pembuluh darah untuk membunuh sel yang terbahagi dengan cepat
  • Terapi sasar (targeted): rawatan ini berfokus kepada elemen yang spesifik seperti molekul atau arah laluan yang diperlukan untuk pertumbuhan sel dan menggunakannya sebagai sasaran terapi.
  • Medan rawatan tumor; rawatan ini menggunakan alat mudah alih yang boleh dipakai. Alat ini akan menghasilkan medan elektrik yang mengganggu pertumbuhan sel-sel kanser.
  • Semua pesakit tumor otak perlu membuat pelan dengan doktor bukan sahaja untuk rawatan segera, tetapi untuk pemulihan dan pengurusan jangka panjang.

    Disebabkan rawatan kanser boleh menjejaskan tisu sihat yang lain, penting untuk memaklumkan kepada pesakit mengenai semua kesan sampingan dan kesan jangka panjang yang barangkali akan terjadi. Pelan pengurusan jangka panjang selepas mendapatkan rawatan termasuklah;

    • Rawatan lanjutan yang berterusan
    • Rehabilitasi; terapi fizikal, terapi pertuturan, terapi kerja
    • Rawatan sokongan dan rawatan paliatif

    Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

    Apakah gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang boleh digunakan ke atas tumor otak?

    Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang berikut boleh membantu anda untuk menghadapi masalah kesihatan ini.

    • Minda yang sihat. Pastikan minda anda sentiasa positif. Cuba untuk elakkan diri daripada perkara yang membuatkan anda stres. Buatlah perkara yang anda sukai dan kekalkan gaya hidup yang sihat.
    • Diet yang sihat ; cuba amalkan diet yang sihat dengan buah-buahan, sayur-sayuran, daging pejal, dan produk kurang lemak. Kurangkan pengambilan alkohol dan dan elakkan merokok.
    • Senaman yang menyihatkan; senaman berkala boleh membantu dengan meningkatkan kesihatan fizikal dan emosi. Cuba untuk melakukan lebih banyak senaman. Ingatlah , rasa penat sewaktu bersenam adalah normal. Anda boleh cuba untuk mengurangkan intensiti senaman dan mulakan daripada yang ringan . Kuncinya adalah konsistensi

    Sekiranya anda mempunyai apa-apa soalan, silalah berunding dengan doktor untuk memahami penyelesaian yang terbaik buat diri anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 03/02/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan