Apa itu Tuberkulosis?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

Definisi

Apa itu Tuberkulosis?

Tuberkulosis (TB) adalah jangkitan bakteria yang menyerang dan memusnahkan tisu. Bakteria ini dinamakan tuberkulosis Mycobacterium (MTB) dan ia tersebar melalui udara. Kebanyakan pesakit menghidap apa yang dikenali sebagai tuberkulosis laten, di mana terdapat bakteria TB yang “tidur” atau belum aktif secara klinikal. Bakteria TB akan mula menunjukkan simptom setelah jangka waktu tertent iaitu antara beberapa minggu hingga beberapa tahun, dan hal ini bergantung kepada kesihatan si pesakit. Jika pesakit mempunyai sistem imun yang lemah (menghidap HIV,  kanser atau kemoterapi), maka TB akan merebak dengan lebih cepat. Penyakit ini biasanya memberi kesan kepada paru-paru tetapi ia juga boleh merebak ke tulang, nodus limfa, sistem saraf pusat, jantung, dan organ-organ lain.

Apakah kebarangkalian Tuberkulosis?

Dalam sesetengah kes, tempoh inkubasi adalah lebih pendek bagi pesakit yang memiliki sistem imun yang lemah. TB boleh merebak dengan mudah sebaik sahaja penyakit ini mula berkembang menjadi penyakit aktif.  Berikut adalah mereka yang sering mengalami atau mempunyai risiko tuberkulosis yang tinggi, termasuk:

  • Mempunyai HIV atau penyakit ini melemahkan sistem imun;
  • Mempunyai perhubungan rapat dengan mereka yang menghidap TB;
  • Mereka yang menjaga pesakit-pesakit TB (doktor atau jururawat);
  • Menetap dan bekerja di tempat yang sama seperti pesakit-pesakit TB, seperti kem pelarian, klinik;
  • Mereka yang tinggal di kawasan dengan tahap kesihatan yang rendah;
  • Penyalahgunaan alkohol atau dadah;
  • Mengembara ke tempat-tempat di mana TB masih berleluasa. Kebanyakan mereka berada di negara-negara yang membangun seperti Amerika Latin, Afrika, Asia, Eropah Timur dan Rusia.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Tuberkulosis?

Dalam tempoh inkubasi, pesakit biasanya akan merasa normal. Kebanyakan pesakit tidak menunjukkan sebarang simptom di peringkat ini, dan penyakit ini tidak merebak. Sebaik sahaja  TB mula berkembang menjadi penyakit aktif, simptom-simptom akan mula terbit. Bergantung kepada organ-organ yang terjejas, simptom-simptom mungkin termasuk batuk yang berlarutan sehingga sekurang-kurangnya 3 minggu, batuk dengan darah, sakit dada, demam, berpeluh di malam hari, kehilangan berat badan, kurang selera makan, keletihan, dan rasa lemah. Simptom-simptom TB mungkin disebabkan oleh banyak penyakit lain yang berkaitan dengan paru-paru.

Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Sila berjumpa dengan dokto jika badan anda terasa demam, kehilangan berat badan yang tidak dapat dijelaskan dan berpeluh di malam hari. Paling penting, sila rujuk kepada doktor jika anda mengalami batu yang berterusan selama 3 minggu berturut-turut, risiko yang disebabkan oleh TB. Simptom ini biasanya adalah tanda tuberkulosis, tetapi ia juga boleh menjadi simptom kepada penyakit lain. Doktor anda boleh menjalankan ujian untuk membantu anda menentukan sebabnya.

Jika anda mempunyai tanda-tanda dan simptom-simpton seperti disenaraikan di atas atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor anda. Tubuh setiap orang bertindak secara berbeza. Sentiasa berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan nasihat terbaik berhubung keadaan semasa anda.

Punca

Apakah Punca Tuberkulosis?

Ia disebabkan oleh bakteria bernama Mycobacterium tuberculosis (MTB), yang tersebar melalui udara. Penyakit ini mudah untuk dijangkiti jika berlakunya kontak dengan mereka yang mengalami TB, di mana udara yang disedut tercemar dengan bakteria MTB yang tersebar melalui batuk.

Selepas memasuki badan, virus itu akan menjadi tidak aktif di mana ia akan “tidur” untuk beberapa waktu. Tempoh ini dikenali sebagai tempoh inkubasi. Oleh kerana virus itu berada dalam keadaan tidak aktif, maka tiadanya simptom, dan ia tidak merebak. Sekiranya anda mengambil ujian, anda masih akan mendapat keputusan yang positif meskipun tidak ada tanda-tanda sama sekali. Risiko terhadap TB dapat dikurangkan jika ia dapat dikesan awal dalam tempoh ini.

Walau bagaimanapun, dalam 10 yang dijangkiti virus MTB, akan ada satu kes di mana penyakit ini berkembang menjadi penyakit aktif. Virus akan menyerang tubuh apabila sistem imun tidak dapat melawan mereka, atau virus tunggu sehingga sistem imun lemah (seperti pada orang tua, orang yang hidup dengan HIV …). Oleh itu, tempoh inkubasi adalah berbeza bagi setiap orang. Apabila bakteria mula aktif, iaakan berkembang di dalam paru-paru dan di dalam saluran darah, dan berhijrah ke bahagian lain badan.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Tuberkulosis?

Faktor-faktor tertentu boleh meningkatkan anda pada risiko tuberkulosis. Majoriti kes-kes tuberkulosis telah melemahkan sistem imun, termasuk:

HIV / AIDS;

Diabetes;

Penyakit buah pinggang peringkat akhir;

Kanse tertentur;

Penyakit kekurangan zat makanan;

Anda mengambil beberapa rawatan kanser, seperti kemoterapi;

Anda mengambil ubat-ubatan tertentu yang digunakan untuk merawat arthritis rheumatoid, penyakit Crohn dan psoriasis.

Jika tidak ada faktor risiko, itu tidak bermakna anda tidak akan sakit. Tanda-tanda ini hanya untuk rujukan sahaja. Anda perlu berunding dengan doktor pakar untuk maklumat lanjut.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Tuberkulosis didiagnosis?

Sekiranya anda mengalami batuk yang berlarutan, penurunan berat badan, atau demam yang tidak dapat dijelaskan, ia mungkin petanda kepada tuberkulosis. Doktor anda akan bertanya tentang tempat tinggal anda, tempat kerja dan orang-orang yang rapat/kumpulan sosial untuk mengesan punca jangkitan TB. Atau sejarah keputusan ujian kulit tuberkulosis, faktor risiko (terutamanya HIV), perjalanan dan kerja luar adalah beberapa penentu diagnosis TB.

Reaksi ujian kulit dengan unsur tuberkulosis (PPD) boleh dilakukan. Untuk ujian ini, sejumlah kecil bakteria TB yang mengandungi protein disuntik ke dalam kulit di bawah lengan anda; bahagian bengkak akan diperiksa setelah 48-72 jam kemudian. Saiz bahagian bengkak di lokasi yang disuntik menentukan ujian kulit tuberkulin positif atau tidak. Hasil positif biasanya bermakna bahawa orang itu telah dijangkiti TB.

Doktor anda juga boleh mengambil sampel X-ray dan sputum (kahak), darah atau air kencing untuk memeriksa kehadiran virus MTB. Ujian HIV boleh dilakukan.

Bagaimana pesakit Tuberkulosis dirawat?

Tuberkulosis boleh dirawat dengan mudah. Biasanya, anda mesti mengambil ubat selama 6 bulan atau lebih. Rawatan yang betul sering melibatkan 3-4 antibiotik seharian. Anda akan berasa lebih baik selepas beberapa minggu. Walau bagaimanapun, penyakit itu mungkin boleh berulang. Adalah penting untuk teruskan pengambilan ubat walaupun simptom telah hilang. Sekiranya pengambilan ubat dihentikan di awal rawatan, TB boleh kembali ekoran bakteria masih kekal di dalam badan. Ia kemudiannya merebak ke bahagian lain badan serta ke orang di sekeliling anda. Ahli keluarga dan mereka yang mempunyai hubungan rapat dengan anda perlu diuji.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Tuberkulosis?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi tuberkulosis:

  • Pengambilan ubat mengikut preskripsi doktor anda;
  • Menggunakan pill box untuk mengasingkan ubat anda mengikut hari;
  • Tanya doktor anda tentang kesan sampingan ubat;
  • Lakukan pemeriksaan semula pada masa yang telah ditetapkan
  • Berhati-hati untuk tidak menyebarkan penyakit ini kepada orang lain;
  • Ikut arahan doktor tentang kebersihan;
  • Hubungi doktor anda jika anda mempunyai demam atau menggigil, jika anda bimbang tentang kesan ubat yang diberikan; apabila simptom-simptom atau keadaan anda semakin teruk walaupun setelah mengambil ubat;jika batuk anda disertai dengan kahak atau perubahan warna darah.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Tarikh Reviu: Mac 28, 2018 | Kali terakhir kemaskini: September 13, 2019

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut