backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Tuberkulosis Usus

Fakta Disemak oleh Nurul Halifah


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 24/07/2021

Tuberkulosis Usus

Definisi

Apa itu Tuberkulosis Usus?

Tuberkulosis adalah jangkitan bakteria yang sering berlaku dan ia boleh mengakibatkan pelbagai simptom.

Tuberkulosis disebabkan oleh bakteria yang dipanggil Mycobacterium Tuberculosis.

Kebiasaannya bakteria ini menjangkiti paru-paru, namun kadang kala ia boleh menjangkiti nodus limfa dan organ lain seperti usus, yang digelar Tuberkulosis Usus atau TBC usus.  

Rawatan bagi tuberkulosis biasanya memerlukan pengambilan beberapa jenis ubat pada masa yang sama untuk beberapa bulan.

Keadaan kesihatan anda juga perlu dinilai kerana ia boleh meningkatkan risiko anda untuk menghidapi tuberkulosis seperti jangkitan virus HIV.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom TBC usus?

Tiada simptom spesifik bagi tuberkulosis. Simptom yang paling biasa berlaku adalah seperti berikut :

TBC usus

Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas atau ada sebarang soalan, rujuk doktor anda kerana tubuh setiap individu bertindak dengan cara berbeza.

Berbincang dengan doktor apa yang terbaik untuk situasi anda.

Punca

Apakah punca Tuberkulosis Usus?

TBC usus boleh bermula dari usus (primer) atau dari tempat lain (sekunder).

Ia boleh terjadi melalui pengambilan uproduk yang diperbuat daripada susu yang tidak dipasteur yang mempunyai kuman tuberkulosis.

Kuman ini lebih aktif apabila sistem imun hos berkurang, seperti HIV dan anemia.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada TBC usus?

Terdapat banyak faktor risiko untuk tuberkulosis usus, seperti:

  • Jangkitan HIV, virus yang menyebabkan AIDS dan melemahkan sistem imun.
  • Diabetes mellitus.
  • Berat badan rendah.
  • Kanser kepala atau tengkuk, leukemia, atau penyakit Hodgkin.
  • Sesetengah rawatan perubatan termasuklah kortikosteroid, atau ubat tertentu yang digunakan untuk penyakit autoimun atau vaskulitis seperti artritis reumatoid atau lupus, di mana boleh melemahkan sistem imun.
  • Silikosis, keadaan pernafasan disebabkan oleh menghidu serbuk silika.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit TBC usus didiagnosis?

Diagnosis tuberkulosis usus dilakukan melalui ujian-ujian berikut:

  • Ujian makmal: Anemia, limfositosis, dan kadar mendapan eritrosit yang tinggi selalu dijumpai pada pesakit tuberkulosis.
  • Radiologi: Radiografi dada mungkin menunjukkan bukti tuberkulosis, tetapi radiografi dada yang negatif tidak menolak diagnosis ini.
  • Pemeriksaan melalui enema barium dan barium makanan.
  • Limfangiografi: Pemeriksaan sistem pembuluh limfa melalui X-ray selepas suntikan bahan yang kabur pada X-ray.
  • Ultrasound perubatan.
  • Pengimbas CT -Prosedur ini dapat membantu melihat ketumbuhan, jika ada, dan melihat keputusan penyakit ketika kimoterapi.
  • Pengimbas gallium sitrat mengesan radang serosa dan peritonitis.
  • Kolonoskop boleh mengesan luka-luka pada bintil-bintil di kawasan ileosekum.
  • Laparoskop.
  • Serum antibodi boleh dikesan menggunakan uji kaji immunosorbent berkaitan enzim atau ujian antibodi fluoresen antigen larut.
  • Bagaimana pesakit TBC usus dirawat?

    Tuberkulosis enterik dirawat secara perubatan dan seandainya pesakit mempunyai komplikasi, pembedahan ditangguhkan.

    Pilihan ubat: Isoniazid (300mg) dan rifampin (600mg) setiap hari untuk 18 hingga 24 bulan adalah rutin pilihan. Jika kahak mengandungi banyak bilangan basilus tahan asid, anda akan disyorkan untuk mengambil streptomicin 1g/hari untuk 2 hingga 3 bulan. Bagi pesakit yang mempunyai tuberkulosis peritonitis, steroid akan ditambah dalam rutin antituberkulosis bagi menghalang pelekatan.

    Pilihan pembedahan: Usus tersumbat teruk, perforasi, dan peritonitis akan dirawat secara konservatif, sekiranya boleh. Pembedahan yang dilakukan ketika di tahap kritikal, boleh membawa kadar kematian yang tinggi. Jika diagnosis tuberkulosis enteritik disahkan sebelum pembedahan, rawatan optimum terdiri daripada kimoterapi prabedah (isoniazid, rifampin, dan ethambutol) untuk 4 hingga 6 minggu diikuti dengan pembedahan. Kimoterapi pascabedah (isonizid dan rifampin) diberi selama 18 bulan.

    Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

    Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Tuberkulosis Usus?

    TBC usus

    Individu yang menghidapi penyakit TBC usus aktif perlu tinggal di rumah dan jauhi tempat kerja dan sekolah sehingga doktor menyatakan anda selamat untuk kembali semula, bagi mengelakkan jangkitan kepada orang lain.

    Ini akan mengambil masa beberapa minggu, walaupun rawatan akan diteruskan lagi untuk beberapa bulan.

    Anda boleh kembali pada aktiviti normal anda jika anda mahu, setelah anda disahkan sihat.

    Jika dirawat di rumah, ketika anda masih membawa jangkitan, anda harus berhati-hati bagi mengelakkan daripada menjangkiti ahli keluarga anda.

    Bakteria boleh merebak melalui udara, pakai topeng untuk menutup hidung dan mulut anda.

    Tutup mulut anda dengan tisu apabila bersin atau batuk, kemudian masukkan tisu tersebut dalam beg atau buang tisu tersebut.

    Pastikan bilik anda mempunyai pengudaraan yang baik supaya bakteria yang anda hembus boleh dibawa keluar.

    Anda boleh letak kipas yang menghala keluar tingkap bagi meniup udara yang mengandungi bakteria keluar dari bilik.

    Perkara yang paling penting adalah pengambilan ubat tepat pada masa dan dalam tempoh masa yang ditetapkan.

    Jika anda berhenti mengambil sebahagian daripada ubat-ubatan atau melangkau mana-mana dos, anda telah meningkatkan risiko ketahanan antibiotik.

    Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Nurul Halifah


    Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 24/07/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan