backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Trombositopenia

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 05/07/2023

Definisi Trombositopenia

Apakah trombositopenia?

Platlet, atau trombosit, adalah sel darah yang memainkan peranan utama dalam proses pembekuan darah. Trombositopenia berlaku apabila kekurangan platlet darah.

Keadaan ini berlaku disebabkan oleh masalah kesihatan atau kesan daripada ubatan tertentu. Masalah kesihatan ini mungkin ringan dan menyebabkan beberapa simptom. Dalam kes yang jarang berlaku, bilangan platlet yang terlalu rendah menyebabkan pendarahan dalaman berbahaya berlaku.

Adakah trombositopenia biasa berlaku?

Ia boleh menjejaskan kanak-kanak, malahan individu dewasa pada sebarang usia. Sila berbincang dengan doktor untuk mendapatkan lebih maklumat.

Simptom trombositopenia

Apakah simptom trombositopenia?

Simptom bagi masalah kesihatan ini bergantung kepada jumlah kiraan platlet darah anda. Antara simptom yang mungkin berlaku:

  • Lebam
  • Gatal-gatal atau ruam
  • Pendarahan hidung atau gusi
  • Pendarahan pada luka yang tidak berhenti walaupun ia telah lama berlaku
  • Pendarahan haid yang berat
  • Pendarahan dari rektum/usus
  • Darah dalam najis atau air kencing
  • Keletihan
  • Dalam kes yang serius, anda mungkin mengalami pendarahan dalaman. Simptom pendarahan dalaman adalah termasuk:

    • Darah dalam air kencing
    • Darah dalam najis
    • Muntah berdarah

    Mungkin terdapat simptom yang tidak dinyatakan di atas. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan tentang simptom, sila berjumpa doktor anda.

    Bila masa untuk berjumpa doktor?

    Jika anda mempunyai tanda atau simptom yang disenaraikan di atas atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor anda. Setiap individu mempunyai tindak balas yang berbeza. Ia adalah terbaik untuk berbincang dengan doktor anda tentang apa yang terbaik untuk keadaan anda.

    Punca trombositopenia

    Apa yang menyebabkan trombositopenia?

    Masalah kesihatan ini boleh berlaku kerana faktor diwarisi atau masalah perubatan lain.

    • Masalah sumsum tulang menyebabkan kemerosotan penghasilan platlet. Beberapa masalah kesihatan di bawah menjejas fungsi sumsum tulang:
      • Leukemia
      • Anemia
      • Ubatan kemoterapi
      • Kekurangan vitamin B12, folat atau zat besi
      • Cirrhosis
    • Platlet tersumbat. Limpa anda mungkin terjejas disebabkan gangguan dan kehilangan fungsi ketika berlawan dengan jangkitan dan menghalang bahan berbahaya dalam darah anda. Apabila keadaan limpa menjadi luas, ia memerangkap terlalu banyak platlet yang menyebabkan pengurangan penghasilan platlet dalam aliran darah.
    • Kerosakan platlet. Beberapa masalah kesihatan boleh menyebabkan kemusnahan platlet:
        • Kehamilan. Trombositopenia boleh berlaku semasa hamil tetapi ia akan meningkat selepas kelahiran
        • Trombositopenia imun yang disebabkan oleh gangguan sistem autoimun.
        • Bakteria dalam darah. Jangkitan bakteria boleh menjejaskan saluran darah dan memusnahkan platlet.
    • Thrombotic thrombocytopenia purpura adalah satu keadaan yang jarang berlaku akibat peningkatan pembentukan bekuan darah kecil dan menggunakan sejumlah besar platlet.
      • Sindrom uremic hemolytic adalah keadaan jarang berlaku yang turut melibatkan jangkitan bakteria E.coli.
      • Ubatan tertentu ada masanya menjejaskan sistem imum dan mengurangkan bilangan platlet, seperti heparin, dan antibiotik yang mengandungi sulfa.

    Faktor risiko

    Apakah risiko terhadap penyakit ini?

    Terdapat banyak faktor risiko, antaranya:

    • Masalah kesihatan tertentu berkaitan kanser, anemia aplastik, atau sistem autoimun
    • Pendedahan kepada bahan kimia toksik
    • Kesan sampingan ubatan tertentu
    • Jangkitan virus
    • Keturunan

    Diagnosis & rawatan

    Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SENTIASA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

    Bagaimana trombositopenia didiagnosis?

    • Doktor akan memeriksa badan anda terlebih dahulu untuk mencari sebarang lebam atau gatal-gatal yang boleh menjadi simptom trombositopenia melalui pemeriksaan fizikal. Doktor mungkin akan bertanya tentang sejarah perubatan keluarga dan keadaan kesihatan anda, termasuk sebarang perubatan yang anda gunakan.
    • Ujian darah. Doktor akan melakukan ujian kiraan darah lengkap (CBC). ini akan membantu memberikan jumlah keseluruhan sel darah, bersama jumlah platlet. Doktor juga melakukan ujian pembekuan darah untuk menentukan berapa tempoh masa yang diperlukan darah anda untuk membeku dan faktor yang mempengaruhinya.
    • Ujian gelombang bunyi akan digunakan untuk memberikan doktor gambaran mengenai limpa jika ia membesar.
    • Ujian biopsi sumsum tulang dan aspirasi akan dilakukan untuk mengesahkan sebarang masalah yang disyaki berlaku pada sistem sumsum tulang.

    Bagaimana merawat trombositopenia

    Rawatan akan memfokuskan kepada punca yang mendasari. Jika trombositopenia disebabkan oleh penyakit atau ubatan, doktor akan mencadangkan rawatan sesuai untuk setiap keadaan. Jika jumlah platlet anda semakin merosot, anda mungkin memerlukan rawatan perubatan termasuk:

    • Pemindahan (transfusi) darah atau platlet untuk menggantikan jumlah platlet yang hilang
    • Ubatan untuk menekan sistem imun, corticoid untuk menghalang antibodi platlet
    • Pembedahan mungkin diperlukan untuk mengeluarkan limpa jika perlu

    Perubahan gaya hidup & rawatan rumah

    Apakah perubahan gaya hidup atau rawatan di rumah yang boleh membantu mengatasi masalah ini?

    Berikut adalah gaya hidup dan rawatan rumah yang mungkin dapat membantu anda menghadapi trombositopenia:

    • Elakkan kecederaan dalam apa jua aktiviti atau sukan
    • Hadkan pengambilan alkohol
    • Berhati-hati dengan ubat yang dijual di farmasi untuk mengelakkan sebarang kesan sampingan

    Jika anda mempunyai sebarang soalan, sila berunding dengan doktor untuk memahami dengan mendapatkan pemahaman lebih baik tentang keadaan anda.

    Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

    Definisi

    Apakah trombositopenia?

    Platlet, atau trombosit, adalah sel darah yang memainkan peranan utama dalam proses pembekuan darah. Trombositopenia berlaku apabila kekurangan platlet darah.

    Keadaan ini berlaku disebabkan oleh masalah kesihatan atau kesan daripada ubatan tertentu. Masalah kesihatan ini mungkin ringan dan menyebabkan beberapa simptom. Dalam kes yang jarang berlaku, bilangan platlet yang terlalu rendah menyebabkan pendarahan dalaman berbahaya berlaku.

    Adakah trombositopenia biasa berlaku?

    Ia boleh menjejaskan kanak-kanak, malahan individu dewasa pada sebarang usia. Sila berbincang dengan doktor untuk mendapatkan lebih maklumat.

    Simptom

    Apakah simptom trombositopenia?

    Simptom bagi masalah kesihatan ini bergantung kepada jumlah kiraan platlet darah anda. Antara simptom yang mungkin berlaku:

    • Lebam
    • Gatal-gatal atau ruam
    • Pendarahan hidung atau gusi
    • Pendarahan pada luka yang tidak berhenti walaupun ia telah lama berlaku
    • Pendarahan haid yang berat
    • Pendarahan dari rektum/usus
    • Darah dalam najis atau air kencing
    • Keletihan

    Dalam kes yang serius, anda mungkin mengalami pendarahan dalaman. Simptom pendarahan dalaman adalah termasuk:

    • Darah dalam air kencing
    • Darah dalam najis
    • Muntah berdarah

    Mungkin terdapat simptom yang tidak dinyatakan di atas. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan tentang simptom, sila berjumpa doktor anda.

    Bila masa untuk berjumpa doktor?

    Jika anda mempunyai tanda atau simptom yang disenaraikan di atas atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor anda. Setiap individu mempunyai tindak balas yang berbeza. Ia adalah terbaik untuk berbincang dengan doktor anda tentang apa yang terbaik untuk keadaan anda.

    Punca

    Apa yang menyebabkan trombositopenia?

    Masalah kesihatan ini boleh berlaku kerana faktor diwarisi atau masalah perubatan lain.

    • Masalah sumsum tulang menyebabkan kemerosotan penghasilan platlet. Beberapa masalah kesihatan di bawah menjejas fungsi sumsum tulang:
      • Leukemia
      • Anemia
      • Ubatan kemoterapi
      • Kekurangan vitamin B12, folat atau zat besi
      • Cirrhosis
    • Platlet tersumbat. Limpa anda mungkin terjejas disebabkan gangguan dan kehilangan fungsi ketika berlawan dengan jangkitan dan menghalang bahan berbahaya dalam darah anda. Apabila keadaan limpa menjadi luas, ia memerangkap terlalu banyak platlet yang menyebabkan pengurangan penghasilan platlet dalam aliran darah.
    • Kerosakan platlet. Beberapa masalah kesihatan boleh menyebabkan kemusnahan platlet:
      • Kehamilan. Trombositopenia boleh berlaku semasa hamil tetapi ia akan meningkat selepas kelahiran
      • Trombositopenia imun yang disebabkan oleh gangguan sistem autoimun.
      • Bakteria dalam darah. Jangkitan bakteria boleh menjejaskan saluran darah dan memusnahkan platlet.
      • Thrombotic thrombocytopenia purpura adalah satu keadaan yang jarang berlaku akibat peningkatan pembentukan bekuan darah kecil dan menggunakan sejumlah besar platlet.
  • Sindrom uremic hemolytic adalah keadaan jarang berlaku yang turut melibatkan jangkitan bakteria E.coli.
  • Ubatan tertentu ada masanya menjejaskan sistem imum dan mengurangkan bilangan platlet, seperti heparin, dan antibiotik yang mengandungi sulfa
  • Faktor risiko

    Apakah risiko terhadap penyakit ini?

    Terdapat banyak faktor risiko, antaranya:

    • Masalah kesihatan tertentu berkaitan kanser, anemia aplastik, atau sistem autoimun
    • Pendedahan kepada bahan kimia toksik
    • Kesan sampingan ubatan tertentu
    • Jangkitan virus
    • Keturunan

    Diagnosis & rawatan

    Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SENTIASA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

    Bagaimana trombositopenia didiagnosis?

    • Doktor akan memeriksa badan anda terlebih dahulu untuk mencari sebarang lebam atau gatal-gatal yang boleh menjadi simptom trombositopenia melalui pemeriksaan fizikal. Doktor mungkin akan bertanya tentang sejarah perubatan keluarga dan keadaan kesihatan anda, termasuk sebarang perubatan yang anda gunakan.
    • Ujian darah. Doktor akan melakukan ujian kiraan darah lengkap (CBC). ini akan membantu memberikan jumlah keseluruhan sel darah, bersama jumlah platlet. Doktor juga melakukan ujian pembekuan darah untuk menentukan berapa tempoh masa yang diperlukan darah anda untuk membeku dan faktor yang mempengaruhinya.
    • Ujian gelombang bunyi akan digunakan untuk memberikan doktor gambaran mengenai limpa jika ia membesar.
    • Ujian biopsi sumsum tulang dan aspirasi akan dilakukan untuk mengesahkan sebarang masalah yang disyaki berlaku pada sistem sumsum tulang.

    Bagaimana merawat trombositopenia

    Rawatan akan memfokuskan kepada punca yang mendasari. Jika trombositopenia disebabkan oleh penyakit atau ubatan, doktor akan mencadangkan rawatan sesuai untuk setiap keadaan. Jika jumlah platlet anda semakin merosot, anda mungkin memerlukan rawatan perubatan termasuk:

    • Pemindahan (transfusi) darah atau platlet untuk menggantikan jumlah platlet yang hilang
    • Ubatan untuk menekan sistem imun, corticoid untuk menghalang antibodi platlet
    • Pembedahan mungkin diperlukan untuk mengeluarkan limpa jika perlu

    Perubahan gaya hidup & rawatan rumah

    Apakah perubahan gaya hidup atau rawatan di rumah yang boleh membantu mengatasi masalah ini?

    Berikut adalah gaya hidup dan rawatan rumah yang mungkin dapat membantu anda menghadapi trombositopenia:

    • Elakkan kecederaan dalam apa jua aktiviti atau sukan
    • Hadkan pengambilan alkohol
    • Berhati-hati dengan ubat yang dijual di farmasi untuk mengelakkan sebarang kesan sampingan

    Jika anda mempunyai sebarang soalan, sila berunding dengan doktor untuk memahami dengan mendapatkan pemahaman lebih baik tentang keadaan anda.

    Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 05/07/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan