Apa itu Trombosis Arteri?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

enEnglish

Definisi

Apa itu Trombosis Arteri?

Arteri adalah saluran darah yang membawa darah dari jantung ke seluruh badan dan otot jantung. Trombosis Arteri adalah pembekuan darah dalam arteri, yang boleh menjadi sangat serius kerana ia boleh menghentikan darah yang mencapai organ-organ penting.

Apakah kebarangkalian Trombosis Arteri?

Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Trombosis Arteri?

Bekuan darah biasanya tidak mempunyai sebarang gejala sehinggalah ia menghalang aliran darah ke bahagian badan yang lain.

Hal ini boleh menyebabkan beberapa masalah serius, termasuk:

  • Serangan jantung – apabila aliran darah ke otot jantung tiba-tiba dihalang, menyebabkan sakit dada, sesak nafas dan pening.
  • Strok – apabila aliran darah ke otak dipotong; gejala utama adalah muka yang lumpuh di satu belah, kelemahan pada satu lengan dan percakapan yang tidak jelas.
  • Serangan iskemia sementara (TIA) atau “Mini-strok” – apabila aliran darah ke otak disekat buat sementara, menyebabkan simptom strok jangka pendek.
  • Ischemia  kritikal di anggota – apabila bekalan darah kepada anggota badan disekat, menyebabkan ia menjadi sakit, berubah warna (sama ada pucat atau biru) dan sejuk.

Keadaan ini adalah semua kecemasan perubatan. Dapatkan bantuan perubatan dengan segera jika anda atau seseorang dalam penjagaan anda mengalami gejala-gejala ini.

Mungkin terdapat beberapa gejala yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang apa-apa gejala, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom yang disenaraikan di atas, atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor anda. Tubuh setiap orang bertindak secara berbeza. Oleh itu, adalah yang terbaik untuk berbincang dengan doktor apa yang terbaik untuk keadaan anda.

Punca

Apakah punca Trombosis Arteri?

Trombosis Arteri berlaku apabila darah beku terbentuk dalam arteri, dan seterusnya melambatkan atau menghentikan pengaliran darah. Kebanyakan kes Trombosis Arteri berlaku  apabila arteri rosak disebabkan Atherosclerosis. Unsur-unsur lemak terbina di dinding arteri dan menyebabkan ia menjadi keras dan sempit.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Trombosis Arteri?

Terdapat banyak faktor risiko untuk Trombosis Arteri, seperti:

  • Usia lebih tua.
  • Merokok.
  • Diet yang tidak sihat.
  • Kurang senaman.
  • Berat badan berlebihan atau obes.
  • Meminum alkohol yang berlebihan.
  • Keadaan kesihatan lain, termasuk tekanan darah tinggi, kadar kolesterol tinggi dan kencing manis.
  • Sejarah keluarga dengan Atherosclerosis.
  • Berketurunan Afrika Selatan, Afrika atau Afrika-Caribbean.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Trombosis Arteri didiagnosis?

Ujian yang digunakan untuk mengesan pembekuan darah di arteri (Trombosis Arteri) akan bergantung pada keadaan perubatan yang menyebabkan pembekuan darah tersebut berlaku.

Electrocardiogram (ECG)

Kes-kes yang disyaki sebagai  angina tidak stabil dan serangan jantung didiagnosis menggunakan Anelectrocardiogram (ECG).

Setiap kali jantung anda berdegup, ia menghasilkan isyarat elektrik yang kecil yang akan ditunjukkan di atas kertas. Ini membolehkan doktor anda melihat keadaan jantung anda berfungsi atau jika ada kawasan yang tidak menerima darah seperti serangan jantung.

Ujian darah

Darah juga boleh diambil untuk mengukur paras protein yang dipanggil troponin. Ini dikeluarkan apabila otot jantung rosak disebabkan oleh serangan jantung.

Imbasan

Kes-kes yang disyaki strok  didiagnosis dengan membuat imbasan otak menggunakan imbasan tomografi (CT) atau pengimejan (MRI)

Bagaimana pesakit Trombosis Arteri dirawat?

Terdapat dua jenis rawatan utama untuk pembekuan darah yang berlaku dalam arteri (Trombosis Arteri):

Ubat
Ubat boleh membantu membubarkan pembekuan dan mengembalikan aliran darah ke otak atau jantung.

Pembedahan
Anda mungkin memerlukan prosedur jantung jika pembekuan darah berada dalam arteri yang membekalkan darah ke jantung anda.

Angioplasti Koronari
Angioplasti Koronari adalah jenis prosedur yang paling biasa dilakukan untuk serangan jantung.

Tiub logam berongga yang dipanggil ‘stent’ dimasukkan untuk meluaskan arteri dan menghentikannya daripada tersumbat lagi.

Coronary Artery Bypass Graft (CABG)
Kadang-kadang, Coronary Artery Bypass Graft (CABG) boleh dilakukan selepas serangan jantung.

Satu saluran darah yang diambil dari bahagian lain badan digunakan untuk memintas penyumbatan tersebut.

Carotid Endarterectomy

Satu lagi jenis pembedahan untuk Trombosis Arteri dipanggil Carotid Endarterectomy, yang mungkin anda jalani jika anda mempunyai bekuan darah dalam arteri di leher anda (menyebabkan strok).

Pakar bedah akan membuat potongan di leher anda untuk membuka arteri dan mengeluarkan kepingan lemak tersebut.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Trombosis Arteri?

Gaya hidup dan kaedah yang berikut mungkin membantu anda mengatasi Trombosis Arteri:

  • Berhenti merokok.
  • Mempunyai diet pemakanan yang sihat.
  • Senaman secara teratur.
  • Mengekalkan berat badan yang sihat – baca nasihat tentang mengurangkan berat badan.
  • Kurangkan minuman alkohol.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: April 26, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 26, 2018

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut