Apa itu Trigeminal Neuralgia?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

enEnglish

Definisi

Apa itu Trigeminal Neuralgia?

Neuralgia trigeminal adalah gangguan yang jarang berlaku yang boleh menyebabkan sakit saraf trigeminal. Ia adalah saraf utama di muka yang terletak di bahagian sisi muka. Ini adalah penyakit kronik disertai dengan sakit yang teruk yang boleh menyebabkan rasa lemah. Simptom ini boleh berlangsung untuk beberapa hari, minggu atau bulan dan kemudian hilang untuk beberapa bulan atau tahun.

Apakah kebarangkalian Trigeminal Neuralgia?

Penyakit ini boleh berlaku pada sesiapa sahaja. Walau bagaimanapun, neuralgia trigeminal sering memberi kesan pada golongan yang berusia lebih 50 tahun dan ia adalah lebih kerap berlaku di kalangan wanita berbanding lelaki.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Trigeminal Neuralgia?

Simptom yang paling biasa adalah sakit yang serupa dengan tikaman atau kejutan elektrik di bahagian-bahagian pada muka yang terjejas oleh saraf dan cabang-cabangnya. Sakit yang singkat tetapi cenderung untuk datang dan pergi kawasan di rahang, bibir, mata, hidung, kulit kepala, dahi dan muka anda. Kesakitan boleh mula tanpa amaran atau ia boleh diaktifkan apabila anda bercakap, mengunyah, melihat di cermin solek, basuh muka anda atau memberus gigi. Kadang-kadang dengan menyentuh bahagian tertentu, ia boleh menyebabkan kesakitan.

Mungkin ada beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai gejala ini, sila berunding dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mengalami sakit yang berpanjangan pada muka, sakit berkala dan tidak berkesudahan meskipun mengambil ubat penahan sakit, hubungi doktor anda.

Jika anda mempunyai sebarang tanda-tanda atau gejala-gejala yang disenaraikan di atas atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor anda. Keadaan fizikal setiap orang bertindak secara berbeza. Ia sentiasa terbaik untuk berbincang dengan doktor anda apa langkah yang terbaik untuk keadaan anda.

Punca

Apakah Punca Trigeminal Neuralgia?

Punca penyakit ini tidak diketahui. Kadang-kadang penyakit ini boleh muncul selepas membuat cabutan gigi, trauma di saraf muka, jangkitan herpes virus atau mampatan saraf oleh vaskular atau tumor.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Trigeminal Neuralgia?

Terdapat banyak faktor-faktor risiko untuk penyakit ini seperti:

  • Jantina: Wanita cenderung untuk mendapat penyakit ini lebih daripada lelaki;
  • Genetik: Penyakit-penyakit yang berpotensi diwarisi dalam keluarga;
  • Umur: Anda boleh mendapat penyakit ini jika anda berumur lebih daripada 50 tahun;
  • Status kesihatan: jika anda mempunyai sclerosis, anda mempunyai risiko untuk menghidapi neuralgia trigeminal.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Trigeminal Neuralgia didiagnosis?

Doktor mendiagnosis berdasarkan simptom, sejarah perubatan dan pemeriksaan fizikal. Doktor boleh mengambil tomografi (CT) atau pengimejan resonans magnetik (MRI) untuk membezakan penyakit lain yang menyebabkan kesakitan yang sama.

Bagaimana pesakit Trigeminal Neuralgia dirawat?

Rawatan bergantung kepada simptom-simptom. Perkara yang paling penting adalah bahawa anda harus mengelak daripada melakukan perkara-perkara yang boleh menyebabkan kesakitan. Selain itu anda juga boleh menggunakan ubat penahan sakit.

Pembedahan dilakukan untuk merawat tumor atau saluran darah menekan pada saraf atau rawatan lain yang anda rasa tidak berkesan. Jenis-jenis pembedahan termasuk radiosurgeri tanpa sentuh, rangsangan elektrik dan suntikan atau pembedahan terbuka untuk menghapuskan tekanan pada saraf.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Trigeminal Neuralgia?

Gaya hidup berikut dan rawatan rumah mungkin membantu anda menghadapi penyakit ini:

  • Makan makanan yang lembut.
  • Beritahu doktor anda jika anda menggunakan ubat-ubatan, termasuk preskripsi dan beri perhatian sekiranya anda mengandung atau merancang untuk mengandung.

Hubungi doktor anda jika:

  • Simptom tidak surut walaupun anda telah minum ubat yang ditetapkan oleh doktor.
  • Anda mengalami kesan-kesan sampingan ubat.
  • Anda mempunyai tanda-tanda baru seperti penglihatan berganda, kelemahan otot atau perubahan muka dalam pendengaran atau keseimbangan. Ini menunjukkan bahawa mungkin ada gangguan lain.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu April 3, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 3, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda